25/08/2026
KEMABONG,TENOM | 25 Ogos 2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ (๐๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐,๐๐๐๐๐
Program Penuaian Sawah Satelit Benih Padi Sah Anjuran Jabatan Pertanian Sabah telah diadakan di Kg. Kalibatang Baru, Kemabong Tenom telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Jamawi Haji Jafaar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah.
Turut hadir, YBhg. Tuan Jackson Ronald Jaimi, Pengarah Pertanian Sabah, Puan Maria David (Timbalan Setiausaha Tetap) yang mewakili Setiausaha Tetap MAFFI, Tuan Alexander Liew (Pegawai Daerah Tenom), Yang Berbahagia Datuk Ts. Ramle Hj. Kasin (Pengurus Besar Lembaga Padi dan Beras Sabah), Tuan Supritendent Azmir bin Abd Razak (Ketua Polis daerah Tenom), Encik Ayub Tingkalor wakil kepada ADUN N.43 Kemabong, Encik Bilvin Bermie, wakil Ahli Parlimen P.181 Tenom, Wakil kepada Pegawai Daerah Kecil Kemabong, wakil daripada ketua-ketua Jabatan/Agensi, Timbalan-Timbalan Pengarah Pertanian, Ketua-ketua Penolong Pengarah Pertanian/Penyelidik, Penolong-Penolong Pengarah Pertanian/Penyelidik, Pegawai-pegawai Pertanian/Penyelidik, kakitangan Jabatan Pertanian Sabah dan peserta Sawah Satelit Benih Padi Sah Kg. Kalibatang.
Penuaian Sawah Satelit Benih Padi Sah Kg. Kalibatang merupakan Program Sawah Satelit dibawah kendalian Jabatan Pertanian Sabah melalui Pusat Pengeluaran Benih dan Tanaman Kontan, Lagud Sebrang, Tenom. Kawasan yang meliputi 67.21 hektar ini melibatkan 83 orang petani yang dibahagikan kepada 4 blok. Kawasan yang dituai pada hari ni adalah blok B. Penuaian untuk blok A telah dimulakan pada bulan Julai lalu dan penuaian keseluruhan blok dijangka selasai pada bulan Oktober. Padi yang diusahakan ini telah melalui proses kawalan kualiti yang ketat oleh Jabatan Pertanian Sabah bermula dari penyediaan tanah sehingga sampai ke tangan petani untuk diusahakan. Program ini juga sedikit berbeza daripada penanaman padi biasa memandangkan kawasan ini ditanam untuk memperbanyakkan benih padi.
Tahniah diucapkan kepada Puan Hjh. Suraya Hj. Jubahar (Timbalan Pengarah Pertanian, Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Industri Tanaman), Puan Crisnah Karading (Penolong Pengarah Pertanian, Seksyen Pengeluaran dan Pengagihan Bahan Tanaman), Encik Macbeth Majilon (Pegawai Pertanian Kanan, Pusat Pengeluaran Benih Padi dan Tanaman Kontan Lagud Sebrang,Tenom), Encik Ts. Mohammad Fauzi Ab Gulam (Pegawai Pertanian Kanan Daerah Tenom) dan semua kakitangan Jabatan yang terlibat menjayakan program penuaian pada kali ini.