10/08/2026
10 Ogos 2026 | ISNIN
Sebanyak 1,026 aduan telah direkodkan bagi bulan Julai 2026, menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 1,006 aduan pada bulan Jun 2026. Majoriti aduan tertumpu kepada skop Kejuruteraan Awam (42.01%), Kejuruteraan Mekanikal (26.90%) dan Kejuruteraan Elektrikal (25.63%), yang secara keseluruhannya mewakili 94.54% daripada jumlah aduan bagi bulan Julai.
Daripada keseluruhan 1,026 aduan tersebut, sebanyak 674 aduan (65.69%) telah CLOSED, manakala 352 aduan (34.31%) masih berstatus OPEN dan sedang dalam tindakan susulan serta pemantauan lanjut.
Dari aspek kepuasan pelanggan, pencapaian bagi bulan Julai menunjukkan prestasi yang amat baik apabila 100% daripada 674 aduan yang CLOSED menerima penilaian pada skala Baik dan Cemerlang, sekali gus melepasi sasaran KPI Jabatan iaitu 80%. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 78.78% dinilai Cemerlang dan 21.22% dinilai Baik, tanpa sebarang penilaian pada tahap Memuaskan, Kurang Memuaskan atau Lemah.
Secara keseluruhannya, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) terus komited dalam memperkukuh pengurusan aduan, penyelenggaraan fasiliti serta penyampaian perkhidmatan kepada warga kampus secara responsif, efisien dan berkualiti selaras dengan usaha merealisasikan kecemerlangan pengurusan pembangunan dan penyelenggaraan kampus serta objektif Universiti Malaysia Sabah.