Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah

Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah. (JPN SABAH)

Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara,Sabah
(JPN SABAH)

Maklumat lanjut di http://www.jpn.gov.my

13/08/2026

๐Ÿ“Œ๐“ฃ๐“ช๐”ƒ๐“ด๐“ฒ๐“ป๐“ช๐“ฑ ๐“ก๐“ฒ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“ช๐“ผ.

๐Ÿ“‘ PASTIKAN AL QURAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP

Firman Allah SWT :
ุฅูู†ู‘ูŽ ูููŠ ุฐูŽูฐู„ููƒูŽ ู„ูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู‹ ูˆูŽุฐููƒู’ุฑูŽู‰ูฐ ู„ูู‚ูŽูˆู’ู…ู ูŠูุคู’ู…ูู†ููˆู†ูŽ
(Al-Ankabut - 51)
Terjemahan :
โ€œSesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.โ€

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI SABAH MENYERTAI SIMPOSIUM KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH NEGERI SABAH TAHUN 2026.Ja...
13/08/2026

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI SABAH MENYERTAI SIMPOSIUM KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH NEGERI SABAH TAHUN 2026.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah telah menyertai Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah Tahun 2026 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Antara pengisian program adalah Pameran dan Khidmat Nasihat JPN Negeri Sabah kepada para peserta. JPN Negeri Sabah turut menyampaikan pembentangan oleh Puan Mearinna Lubiren, Pegawai Pendaftaran, yang bertajuk โ€œJabatan Pendaftaran Negara: Perintah Pengangkatan Anak Orang Islamโ€.

Simposium ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Penyertaan JPN Negeri Sabah dalam program ini merupakan salah satu usaha dalam memperkasa penyampaian maklumat, perkongsian ilmu serta khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan Jabatan kepada masyarakat dan pihak berkepentingan.




Ramai yang bertanya kepada JPN mengenai kewujudan sebuah NGO yang secara terbuka mempromosikan perkhidmatan berkaitan pe...
12/08/2026

Ramai yang bertanya kepada JPN mengenai kewujudan sebuah NGO yang secara terbuka mempromosikan perkhidmatan berkaitan pengeluaran โ€œKad Statelessโ€ serta mengaitkannya dengan permohonan MyKAS.

JPN ingin menegaskan bahawa JPN tidak pernah melantik mana-mana NGO, individu atau pihak ketiga sebagai ejen atau perantara bagi urusan permohonan, penentuan kelayakan atau pengeluaran MyKAS.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan, mengenakan bayaran atau memberikan jaminan tertentu berkaitan urusan MyKAS.



POCKET TALK LIVE JPN SABAH | โ€œANDA TANYA, JPN JAWAB.โ€Semoga sesi ini dapat memberikan penerangan yang jelas, meningkatka...
12/08/2026

POCKET TALK LIVE JPN SABAH | โ€œANDA TANYA, JPN JAWAB.โ€

Semoga sesi ini dapat memberikan penerangan yang jelas, meningkatkan kefahaman masyarakat serta membantu orang ramai mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Zamrie , Puan Nur Syuhada, Puan Evelyn dan Puan Alvira, panel penceramah Pocket Talk Live kali ini atas perkongsian ilmu, penerangan yang jelas serta komitmen sepanjang sesi berlangsung.

Terima kasih juga kepada semua penonton yang telah mengikuti siaran secara langsung melalui TikTok rasmi Officialjpnsabah.

โœจ Jumpa lagi di Pocket Talk yang akan datang dengan pelbagai perkongsian menarik dan bermanfaat!




11/08/2026

POCKET TALK LIVE JPN SABAH | Anda Tanya, JPN Jawab!

Orang ramai dijemput untuk menyertai Pocket Talk LIVE JPN Sabah yang akan bersiaran secara langsung bagi memberi ruang kepada masyarakat mengemukakan pertanyaan berkaitan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama Bahagian Kad Pengenalan (BKP), Bahagian kelahiran,Kematian & Anak Angkat (BKA) & Bahagian Perkahwinan dan Perceraian (BKC).

๐Ÿ—“ Tarikh: 12 Ogos 2026 (Rabu)
๐Ÿ•™ Masa: 10.00 pagi
๐Ÿ“ฑ Platform: TikTok Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih terus daripada pegawai JPN Sabah.




10/08/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ๐Ÿ‘๐Ÿป

Tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa serta warga KDN Sabah atas kejayaan menganjurkan ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐‚๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐  (๐€๐๐‚) ๐Š๐ƒ๐ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“.

Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan lancar, meriah dan penuh bermakna. Lebih menggembirakan apabila YBhg. Datuk Dr. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri turut menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan keseluruhan penganjuran majlis.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Dalam Negeri (KDN), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah, serta seluruh urus setia dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam memastikan majlis ini berjalan dengan jayanya.

Kejayaan ini adalah hasil kerja berpasukan, komitmen dan semangat kebersamaan semua pihak.

Syabas dan terima kasih semua. Semoga semangat ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan KDN dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kita buat sama-sama, kita jayakan sama-sama.

@ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

KOTA KINABALU โ€“ Seorang wanita warga Filipina dijatuhi hukuman penjara selama 28 bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Kina...
10/08/2026

KOTA KINABALU โ€“ Seorang wanita warga Filipina dijatuhi hukuman penjara selama 28 bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu selepas didapati bersalah memiliki kad pengenalan MyKad palsu tanpa kuasa yang sah.

Tertuduh, Rowena Llenado, 44 tahun, telah ditangkap pada 30 Julai 2026 kira-kira jam 6.20 petang semasa Operasi Bersepadu Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan hasil pemeriksaan mendapati tertuduh memiliki MyKad palsu atas nama Norain binti Abd. Rahman.

Susulan itu, tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Tertuduh tidak diwakili oleh peguam, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Mohamad Faizal bin Tahir. Minit pertuduhan telah dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sabah, Dana Arabi Wazani.

Tertuduh turut dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia selepas hukuman selesai dilaksanakan untuk tindakan selanjutnya.

09/08/2026

Detik-detik Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Komuniti Daerah Nabawan yang membawa perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) lebih dekat kepada masyarakat.

Program anjuran JPN Negeri Sabah ini telah berlangsung selama dua hari, pada 7 hingga 8 Ogos 2026, bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar bin Nasarah bersama Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, YBhg. Datoโ€™ Badrul Hisham bin Alias, pegawai-pegawai kanan JPN, pemimpin serta masyarakat setempat.

Antara pengisian program ialah penyerahan sijil kelahiran kepada penduduk setempat serta sumbangan bakul makanan kepada golongan sasar sebagai tanda keprihatinan dan komitmen dalam menyantuni masyarakat.




08/08/2026
08/08/2026

Address

Kota Kinabalu
88400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah:

Shortcuts

Share