Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah PENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAAN - Sertailah Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia.
(1)

TAKRIF PERTAHANAN AWAM

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh. SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan hart

a benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana. Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

15/08/2026
14/08/2026
SAMBUTAN HARI PAHLAWAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 202614 OGOS 2026 | TAMAN UJANA RIMBA, KOTA KINABALUAngkatan Pertahan...
14/08/2026

SAMBUTAN HARI PAHLAWAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026

14 OGOS 2026 | TAMAN UJANA RIMBA, KOTA KINABALU

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah turut hadir memenuhi undangan sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 yang berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Hadir bersama adalah ialah YS PPj.(PA) Mohd Yusoff Bin Samad, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah, diiringioleh lain-lain pegawai APM Sabah.

Sambutan Hari Pahlawan merupakan wadah penting dalam mengenang, menghargai dan menyanjung tinggi jasa serta pengorbanan para pahlawan dan pejuang negara yang telah mencurahkan bakti demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan keselamatan tanah air.

Pengorbanan mereka menjadi inspirasi kepada seluruh warga Malaysia untuk terus memelihara semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti. Bagi warga APM, semangat kepahlawanan ini diterjemahkan melalui kesediaan untuk berkhidmat, melindungi dan membantu masyarakat, khususnya ketika berdepan bencana, kecemasan dan situasi yang mengancam keselamatan awam.

Sambutan ini juga mengingatkan kita bahawa keamanan yang dinikmati hari ini tidak hadir dengan mudah, sebaliknya lahir daripada keberanian, pengorbanan dan kesetiaan insan-insan yang mendahulukan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

“Jasa dan pengorbanan pahlawan tetap dikenang, semangat mereka terus menjadi inspirasi.”

Perdana Menteri
Pertahanan Awam Malaysia













LATIHAN PENGENDALIAN PERALATAN KOMUNIKASI GOVERNMENT INTEGRATED RADIO NETWORK (GIRN) ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (...
11/08/2026

LATIHAN PENGENDALIAN PERALATAN KOMUNIKASI GOVERNMENT INTEGRATED RADIO NETWORK (GIRN) ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) NEGERI SABAH TAHUN 2026

11 OGOS 2026 / BILIK TRUSMADI, ARAS 2, BLOK A, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SABAH (KPKPS)

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah melalui Cawangan Pengurusan Bencana Operasi (CPBO) dengan kerjasama pihak SAPURA telah melaksanakan Latihan Pengendalian Peralatan Komunikasi Government Integrated Radio Network (GIRN) APM Sabah Tahun 2026.

Latihan ini turut dihadiri oleh YS PPj.(PA) Mohd Yusoff Bin Samad, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah, bersama pegawai-pegawai APM Sabah.

Pelaksanaan latihan ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan aspek teknikal, pengurusan serta kaedah pengendalian peralatan komunikasi GIRN, bagi memastikan kemudahan komunikasi berkenaan dapat digunakan secara optimum dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab APM.

Latihan ini juga mempunyai kepentingan yang signifikan kepada APM Sabah dalam memperkukuh kecekapan dan kesiapsiagaan pegawai serta anggota, khususnya dari aspek pengendalian sistem komunikasi yang menyokong penyampaian maklumat dan penyelarasan tugasan semasa pelaksanaan operasi.

Penguasaan terhadap peralatan komunikasi GIRN dapat membantu memastikan maklumat berkaitan penugasan, arahan dan keperluan operasi dapat disampaikan serta diselaraskan dengan lebih teratur. Keupayaan ini amat penting dalam menyokong pelaksanaan tugas APM, khususnya ketika berhadapan situasi bencana dan kecemasan yang memerlukan tindakan serta penyelarasan secara berkesan.

Sehubungan itu, pelaksanaan latihan secara berterusan merupakan salah satu usaha APM Sabah dalam memperkasa kompetensi warga kerja, mengoptimumkan penggunaan kemudahan komunikasi serta memperkukuh kesiapsiagaan operasi, selaras dengan tanggungjawab APM dalam pengurusan bencana dan kecemasan di Negeri Sabah.

Perdana Menteri
Pertahanan Awam Malaysia













URUSAN UJIAN KOMPETENSI PEMANDUAN (UKP) PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 DI NEGERI SABAH11 Ogos 2026 | BILIK MESYUARAT BLOK A...
11/08/2026

URUSAN UJIAN KOMPETENSI PEMANDUAN (UKP) PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 DI NEGERI SABAH

11 Ogos 2026 | BILIK MESYUARAT BLOK A, ARAS 7, KPKPS.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah turut mengambil bahagian dalam Urusan Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) bagi Pengambilan ke Jawatan Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan) di pelbagai kementerian bagi penempatan di Negeri Sabah.

Hadir dalam urusan tersebut ialah YS PPj.(PA) Mohd Yusoff Bin Samad, Pengarah APM Negeri Sabah, bersama pegawai-pegawai APM Sabah.

Penglibatan ini menjadi sebahagian daripada usaha memastikan proses pemilihan dan penempatan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran serta memenuhi keperluan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Sebagai sebuah agensi yang sentiasa mengutamakan kesiapsiagaan, kecekapan dan profesionalisme, APM Sabah komited untuk terus menyokong pelaksanaan urusan pengurusan sumber manusia serta memperkukuh kapasiti warga kerja dalam mendepani keperluan perkhidmatan awam yang semakin dinamik.

Perdana Menteri
Pertahanan Awam Malaysia













MESYUARAT PENYELARASAN PEMASANGAN REPEATER DI TAPAK REPEATER TELEKOM MALAYSIA (TM) SABAH10 OGOS 2026 | SECARA DALAM TALI...
10/08/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PEMASANGAN REPEATER DI TAPAK REPEATER TELEKOM MALAYSIA (TM) SABAH

10 OGOS 2026 | SECARA DALAM TALIAN / PNPA SABAH

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah hari ini telah menyertai Mesyuarat Penyelarasan Pemasangan Repeater di Tapak Repeater Telekom Malaysia (TM) Sabah yang dianjurkan oleh Unit Komunikasi dan Taktikal (UKT), Cawangan Khidmat Kecemasan dan Kemanusiaan (CKKK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YS PPj.(PA) Mohd Yusoff bin Samad, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah, secara dalam talian.

Sesi penyelarasan ini merupakan platform penting bagi membincangkan perkara berkaitan pemasangan repeater di tapak repeater Telekom Malaysia (TM) Sabah, khususnya dalam memperkukuh aspek komunikasi dan kesiapsiagaan APM dalam melaksanakan tugasan kecemasan serta operasi bencana.

APM Sabah sentiasa komited memperkukuh keupayaan komunikasi dan koordinasi antara agensi bagi memastikan penyampaian maklumat operasi dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, berkesan dan berintegriti, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Address

TINGKAT 6, RUMAH PERSEKUTUAN, PETI SURAT NO. 11193
Kota Kinabalu
88813

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088264161

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share