BAKAT LAUT PTKK 2023

BAKAT LAUT PTKK 2023 BAKAT (L) PTKK ARMADA TIMUR 2023

17/12/2023

VIDEO MAJLIS PERPISAHAN TIMBALAN PENGERUSI BAKAT (L) ARMADA TIMUR 2023 DAN AJK-AJK INDUK BAKAT (L) PTKK 2023 YANG AKAN BERPINDAH KELUAR

Beberapa rangkap pantun dari kami yang akan berpindah keluar

Sungguh bijak orang berpengetahuan
Selalu mencari pelbagai bahan
Bila ada sebuah pertemuan
Pasti datang sebuah perpisahan

Balik ke kampung hanya berlima
Tiada air hendaklah ditadah
S**a duka kita bersama
Menjadi kenangan yang amat indah

Jika marah hati membara
Bukan kehendak bukan diminta
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf kami pinta

Makan mee goreng di tengahari
Taugeh p**a tidak dimakan
Kami yang pergi memohon diri
Silap dan salah mohon dimaafkan

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita bertemu lagi

Dilain masa kita bersua
Mekar mewangi si bunga melati
Salam perpisahan untuk semua
BAKAT (L) PTKK tetap dihati

Akhir kalam, semoga BAKAT (L) PTKK terus sukses selamanya

Artikel :
Pn Azura Binti Abdul Ghani
Ketua Biro Media
Bakat (L) PTKK

“BERSAMA BERBAKTI”

MAJLIS PERPISAHAN TIMBALAN PENGERUSI BAKAT (L) ARMADA TIMUR DAN AJK-AJK INDUK BAKAT (L) PTKK 2023 Pada hari Selasa, 12 D...
17/12/2023

MAJLIS PERPISAHAN TIMBALAN PENGERUSI BAKAT (L) ARMADA TIMUR DAN AJK-AJK INDUK BAKAT (L) PTKK 2023

Pada hari Selasa, 12 Disember 2023 tepat jam 3 petang bertempat di Wisma Kejora, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, telah diadakan Majlis Perpisahan Puan Norhiyati Binti Hamid, selaku Timbalan Pengerusi BAKAT (L) Armada Timur dan 5 orang AJK Induk BAKAT (L) PTKK yg akan berpindah keluar. Mereka adalah Puan Azizah Binti Yusoff, Ketua Biro Resepsi Dan Sajian, Puan Azura Binti Abdul Ghani, Ketua Biro Media, Mejar (B) Zaleha Binti Hj Mohd Yusoff Setiausaha 2, Puan Samsudiar Binti Anuar, Timbalan Ketua Unit 3 dan Pn Siti Noor Herlina Hanis Binti Bakar, Timbalan Ketua Unit 4.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya amanat dr Ybhg Datin Hjh Aznor Hayati Binti Hj Abdul Wahab yang tidak dapat hadir pada hari tersebut, telah dibacakan oleh Pn Hjh Rohaizah Binti Kasah @ Akasah, selaku Pengerusi BAKAT (L) PTKK.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari AJK-AJK Induk yang akan keluar. Akhir sekali penyampaian sijil dan hadiah kepada yang diraikan sebagai penghargaan dan kenangan.

Artikel :
Pn Azura Binti Abdul Ghani
Ketua Biro Media
Bakat (L) PTKK

“BERSAMA BERBAKTI”

MAJLIS BACAAN YAASIN PENUTUP SERTA PERSARAAN AHLI BAKAT LAUT PTKK BAGI TAHUN 2023 ANJURAN AJK INDUK BAKAT (L) PTKKMajlis...
30/11/2023

MAJLIS BACAAN YAASIN PENUTUP SERTA PERSARAAN AHLI BAKAT LAUT PTKK BAGI TAHUN 2023 ANJURAN AJK INDUK BAKAT (L) PTKK

Majlis Bacaan Yaasin Penutup serta Persaraan Ahli Bakat (L) PTKK bagi tahun 2023 telah diadakan di Dewan Rumah BAKAT (L) PTKK pada hari Rabu, 29 November 2023 tepat jam 2 petang. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi BAKAT (L) Armada Timur, Pn Norhiyati Binti Hamid dan Pengerusi BAKAT (L) PTKK, Pn Hjh Rohaizah Binti Kasah @ Akasah serta 80 orang ahli BAKAT (L) PTKK. Pengacara majlis kali ini ialah Pn Farah Asyiekin Binti Zamberi.

Majlis dimulai dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Sjn Ustaz Muhammad Yazid bin Md Nor.

Setelah selesai bacaan Yaasin ini, majlis diteruskan p**a dengan penyampaian sumbangan persaraan kepada ahli BAKAT (L) PTKK yang aktif. Beliau ialah Pn Rosbibah Binti Barmah. Jutaan terima kasih di atas segala jasa dan komitmen yang telah diberikan selama ini. Selamat maju jaya Puan!

Artikel :
Pn Azura Binti Abdul Ghani
Ketua Biro Media
Bakat (L) PTKK

“BERSAMA BERBAKTI”

CERAMAH ETIKA DAN PROTOKOL (ADAB BERKOMUNIKASI) ANJURAN BERSAMA KETUA BIRO PENDIDIKAN DAN UNIT 3Seramai 70 orang ahli BA...
22/11/2023

CERAMAH ETIKA DAN PROTOKOL (ADAB BERKOMUNIKASI) ANJURAN BERSAMA KETUA BIRO PENDIDIKAN DAN UNIT 3

Seramai 70 orang ahli BAKAT (L) PTKK telah hadir ke Aktiviti Ceramah Etika Dan Protokol (Adab Berkomunikasi) di Dewan Rumah BAKAT (L) PTKK pada hari Selasa, 21 November 2023 tepat jam 2 petang.

Turut hadir ialah Pengerusi BAKAT (L) PTKK iaitu Pn Hjh Rohaizah Binti Kasah @ Akasah. Penceramah kali ini ialah Kdr Muhammad Hafiz Bin Othman TLDM.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian Lagu Bakat oleh ahli-ahli BAKAT (L) PTKK dan seterusnya bacaan doa oleh Pn Nurul Auni Binti Ahmad. Pengacara majlis kali ini adalah Pn Awanis Binti Abas.

Antara perkara yang disentuh di dalam ceramah kali ini ialah Adab Berkomunikasi, Etika di dalam Media Sosial dan Etika di Meja Makan.

Seramai 4 orang dari setiap unit telah berjaya menjawab soalan kuiz yang berkaitan aktiviti kali ini.
Mereka adalah Pn Nurmala Binti A.M Rusly dari Unit 1, Pn Nur Syuhadah Binti Abdul Rahman dari Unit 2, Pn Norazfazira Binti Mohd Azmi dari Unit 3 dan Pn Afizatul Solehah Binti Abdul Rahman dari Unit 4.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pn Hjh Rohaizah Binti Kasah @ Akasah dengan diiringi oleh Pn Masliza Binti Yunus

Artikel :
Pn Azura Binti Abdul Ghani
Ketua Biro Media
Bakat (L) PTKK

“BERSAMA BERBAKTI”

AKTIVITI KERJATANGAN GUBAHAN HANTARAN TUALA - ANJURAN BERSAMA KETUA BIRO KERJATANGAN DAN UNIT 2Seramai 60 orang ahli BAK...
15/11/2023

AKTIVITI KERJATANGAN GUBAHAN HANTARAN TUALA - ANJURAN BERSAMA KETUA BIRO KERJATANGAN DAN UNIT 2

Seramai 60 orang ahli BAKAT (L) PTKK telah hadir ke Aktiviti Kerjatangan Gubahan Hantaran Tuala di Dewan Rumah BAKAT (L) PTKK pada hari Selasa, 14 November 2023 tepat jam 2 petang.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Biro Agama, Pn Normaya Binti Mohamad Hashim. Tenaga pengajar kali ini ialah Pn Nurul Khatika Binti Mohd Kasbollah manakala Pn Zaini Arifah Binti Othman merupakan juruacara majlis.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian Lagu BAKAT oleh ahli-ahli BAKAT (L) PTKK dan disusuli bacaan doa oleh Pn Zaini Arifah Binti Othman.

Ahli-ahli BAKAT Laut telah berpeluang mempelajari teknik gubahan hantaran menggunakan tuala dan ianya sangat membantu untuk dipraktikkan di dalam sesebuah majlis seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan dan sebagainya.

Acara penyampaian sijil & cenderahati kepada tenaga pengajar telah disampaikan oleh Ketua Biro Agama iaitu Pn Normaya Binti Mohamad Hashim.

Seramai 3 orang ahli BAKAT Laut telah dipilih menjadi peserta terbaik keseluruhan. Mereka adalah Pn Nik Norafizah Binti Abd Rashid dari Unit 1, Pn Siti Faizura Binti Sa’don & Pn Aitdlen Anak Daud dari Unit 3 dan Pn Dayang Norhana Binti Mohd Nor dari Unit 1. Manakala ahli BAKAT (L) PTKK yang hadir paling awal juga telah dihargai dan diberikan cenderahati. Beliau adalah Pn Hajar Adidayani Binti Afandi dari Unit 4.
Hadiah-hadiah ini p**a telah disampaikan oleh Ketua Biro Pendidikan, Pn Masliza Binti Yunus.

Artikel :
Pn Azura Binti Abdul Ghani
Ketua Biro Media
Bakat (L) PTKK

“BERSAMA BERBAKTI”

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA, JENERAL TAN SRI DATUK SERI MOHAMMAD BIN AB RAHMAN DAN ISTERI, PUAN...
11/11/2023

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA, JENERAL TAN SRI DATUK SERI MOHAMMAD BIN AB RAHMAN DAN ISTERI, PUAN SRI DATIN SERI
RAMLAH BINTI DAWI SERTA PANGLIMA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA, LAKSAMANA TAN SRI ABDUL RAHMAN BIN AYOB DAN ISTERI, PUAN SRI NORINAH BINTI MUSTAPHA BERSAMA AHLI BAKAT LAUT PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU

Majlis Ramah Mesra telah diadakan sempena lawatan ulung Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Datuk Seri Mohammad Bin Ab Rahman dan isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah Binti Dawi bersama Panglima Tentera Laut Di Raja Malaysia, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Bin Ayob dan isteri, Puan Sri Norinah Binti Mustapha bersama warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu telah diadakan pada hari Rabu, 1 November 2023 di Dewan Sepanggar, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.
Ianya turut disertai oleh Pengerusi BAKAT (L) Armada Timur, Datin Hajjah Aznor Hayati Binti Haji Abdul Wahab, Timbalan Pengerusi BAKAT (L) Armada Timur, Pn Norhiyati Binti Hamid, Pengerusi BAKAT (L) PTKK, Pn Hajjah Rohaizah Binti Akasah @ Kasah, Ketua-Ketua Biro, Ketua-Ketua Unit serta sebahagian ahli-ahli Bakat (L) di sini.

YBhg Tan Sri PAT juga telah menyampaikan amanat dan pesanannya kepada seluruh warga PTKK. Disamping itu YBhg Tan Sri PAT turut mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh tenaga kerja PTKK yang telah bersatu padu menjayakan lawatan rasmi beliau dan isteri.

Artikel :
Pn Azura Binti Abdul Ghani
Ketua Biro Media
Bakat (L) PTKK

“BERSAMA BERBAKTI”

AKTIVITI KERJATANGAN GUBAHAN BUNGA TELUR MENGGUNAKAN KRISTAL ANJURAN BERSAMA KETUA BIRO KERJATANGAN DAN UNIT 1Aktiviti K...
18/10/2023

AKTIVITI KERJATANGAN GUBAHAN BUNGA TELUR MENGGUNAKAN KRISTAL ANJURAN BERSAMA KETUA BIRO KERJATANGAN DAN UNIT 1

Aktiviti Kerjatangan Gubahan Bunga Telur Menggunakan Kristal telah diadakan di Bilik Aktiviti Rumah Bakat, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah pada hari Selasa, 17 Oktober 2023 bermula jam 2 petang.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Hajjah Aznor Hayati Binti Haji Abdul Wahab selaku Pengerusi BAKAT (L) Armada Timur. Seramai 60 orang ahli BAKAT (L) telah hadir memeriahkan majlis.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Bakat oleh ahli-ahli BAKAT (L) PTKK dan seterusnya bacaan doa oleh Puan Nur Mawarni Binti Izwar Arfani. Pengacara majlis adalah Puan Norhanishah Binti Sarbini.

Tenaga pengajar untuk aktiviti kali ini ialah Puan Nurul Khatika Binti Mohd Kasbollah. Ahli-ahli Bakat Laut telah diberi peluang belajar teknik bagaimana untuk menggubah bunga telur gantung menggunakan kristal dan ianya sangat menarik untuk dipelajari. Tambahan lagi, ianya merupakan satu ilmu yang sangat berguna untuk dipraktikkan sekiranya ingin membuat sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan, majlis akikah dan sebagainya.

Penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada tenaga pengajar iaitu Puan Nurul Khatika Binti Mohd Kasbollah telah disampaikan oleh Pengerusi Bakat (L) Armada Timur, Datin Hajjah Aznor Hayati Binti Haji Abdul Wahab.

Seramai 3 orang ahli Bakat Laut telah dipilih menjadi peserta terbaik keseluruhan dan mengikut kategori.
Kategori Gubahan Paling Kreatif, Puan Nafsiah Binti Sabdan dari Unit 3, Gubahan Paling Kemas, Puan Siti Aisyah Binti Mohd Roslan dari Unit 1 dan Gubahan Paling Cantik, Puan Amelia bte Hashim dari Unit 3. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Puan Anita Binti Kassim selaku Ketua Biro Kebajikan

Artikel :
Pn Azura Binti Abdul Ghani
Ketua Biro Media
Bakat (L) PTKK

“BERSAMA BERBAKTI”

14/10/2023

VIDEO MAJLIS PERPISAHAN KETUA BIRO AGAMA, PN NORMAYA BINTI HASHIM BERSAMA KETUA-KETUA BIRO DAN KETUA-KETUA UNIT (AJK INDUK)

Artikel :
Pn Azura Binti Abdul Ghani
Ketua Biro Media
Bakat (L) PTKK

“BERSAMA BERBAKTI”

MAJLIS PERPISAHAN KETUA BIRO AGAMA, PN NORMAYA BINTI HASHIM BERSAMA KETUA-KETUA BIRO DAN KETUA-KETUA UNITMajlis perpisah...
14/10/2023

MAJLIS PERPISAHAN KETUA BIRO AGAMA, PN NORMAYA BINTI HASHIM BERSAMA KETUA-KETUA BIRO DAN KETUA-KETUA UNIT

Majlis perpisahan Pn Normaya Binti Hashim selaku Ketua Biro Agama, BAKAT (L) PTKK telah diadakan pada 13 Oktober 2023 bertempat di Diner Cafe, Kota Kinabalu, Sabah tepat jam 7 malam.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan ucapan dan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenangan beliau di sini.

Beliau turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK-AJK Induk di atas kerjasama dan komitmen yang berterusan.

Selamat Maju Jaya Pn Normaya di tempat baru nanti.

Berjalan kaki hingga ke tanjung
Tanjung terletak di daerah selatan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan

Artikel :
Pn Azura Binti Abdul Ghani
Ketua Biro Media
Bakat (L) PTKK

“BERSAMA BERBAKTI”

AKTIVITI SUKAN SENAMROBIK DAN ZUMBA  - ANJURAN BERSAMA KETUA BIRO SUKAN, PENDIDIKAN, UNIT 2 DAN 4Aktiviti S**an Senamrob...
08/10/2023

AKTIVITI SUKAN SENAMROBIK DAN ZUMBA - ANJURAN BERSAMA KETUA BIRO SUKAN, PENDIDIKAN, UNIT 2 DAN 4

Aktiviti S**an Senamrobik dan Zumba telah diadakan di Drill Shed, KD Sri Kota Kinabalu, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah. Ianya telah berlangsung pada hari Sabtu, 7 Oktober 2023 tepat jam 6.30 pagi.

Majlis telah disempurnakan oleh Pn Hjh Rohaizah Binti Akasah @ Kasah selaku Pengerusi BAKAT (L) PTKK. Seramai 150 orang ahli BAKAT (L) telah menyertai aktiviti ini.

Acara seperti ini juga sangat diminati oleh para ahli BAKAT kerana ia bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi ianya lebih menyeronokkan apabila dilakukan secara berkump**an. Malah dapat juga mengeratkan hubungan antara sesama ahli BAKAT.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar kali ini iaitu PTI Fathilah Nur Binti Zulkifli dan PTI Roszaini Binti Bakar untuk acara Senamrobik dan Zumba manakala Sjn Mohamad Rizal bin Md Noor, Sjn Azilah binti Ladin dan Kpl Nurul Fatin Amirah binti Mohd Yazid untuk Demonstrasi CPR Heimlich Manouver.

Artikel :
Pn Azura Binti Abdul Ghani
Ketua Biro Media
Bakat (L) PTKK

“BERSAMA BERBAKTI”

AKTIVITI MASAKAN - MASAKAN SABAH, KERABU RUMPAI LAUT ANJURAN BERSAMA BIRO RESEPSI & SAJIAN DAN UNIT 3Aktiviti Masakan ia...
16/08/2023

AKTIVITI MASAKAN - MASAKAN SABAH, KERABU RUMPAI LAUT ANJURAN BERSAMA BIRO RESEPSI & SAJIAN DAN UNIT 3

Aktiviti Masakan iaitu Masakan Sabah, ‘Kerabu Rumpai Laut’ telah diadakan di Dewan Rumah BAKAT (L) PTKK. Ianya telah berlangsung pada hari Selasa, 15.08.2023 tepat jam 2 petang.

Majlis telah disempurnakan oleh Pn Normaya Binti Mohamad Hashim dan seramai 50 orang ahli BAKAT (L) PTKK telah hadir ke aktiviti kali ini. Aktiviti kali ini telah dilaksanakan oleh Ketua Biro Resepsi & Sajian bersama Unit 3.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Pn Nurul Auni Binti Ahmad dan seterusnya nyanyian Lagu Bakat oleh ahli-ahli BAKAT (L) PTKK. Juru acara kali ini adalah Pn Awanis Binti Abas.

Tenaga pengajar kali ini p**a ialah Pn Nafsiah Binti Sabdan sambil dibantu oleh Pn Shuzia Binti Julkalani.
Ahli-ahli BAKAT (L) PTKK telah diajar bagaimana cara untuk membuat Kerabu Rumpai Laut dari Rumpai Laut itu direbus hinggalah siap dicampur dengan semua bahan-bahan.

Seramai 4 orang dari setiap unit telah berjaya menjawab soalan kuiz yang berkaitan aktiviti kali ini.
Mereka adalah Pn Nurmala Binti A.M Rusly dari Unit 1, Pn Sya’wana Binti
Abdul Latiff dari Unit 2, Pn Wan Siti Nur Isniyah Binti Wan Mohd Ikram dari Unit 3 dan Pn Nuur Diana Binti Dahalan dari Unit 4.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pn Normaya Binti Mohamad Hashim dengan diiringi oleh Pn Azizah Binti Yusof.

Artikel :
Pn Azura Binti Abdul Ghani
Ketua Biro Media
Bakat (L) PTKK

“BERSAMA BERBAKTI”

 *MAJLIS RAMAH MESRA DAN SESI DIALOG PENGERUSI JEMAAH BAKAT LAUT BERSAMA AHLI BAKAT LAUT PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU (...
22/07/2023

 *MAJLIS RAMAH MESRA DAN SESI DIALOG PENGERUSI JEMAAH BAKAT LAUT BERSAMA AHLI BAKAT LAUT PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU (PTKK)*

Majlis Ramah Mesra dan Sesi Dialog Pengerusi Jemaah BAKAT Laut bersama Ahli BAKAT Laut PTKK telah dilaksanakan pada 20 Jul 23 (Khamis) bertempat di Ballroom 109, Wisma Kejora PTKK. Majlis ini diadakan khusus kepada Ahli BAKAT Laut PTKK dan merupakan perjumpaan pertama Pengerusi Jemaah BAKAT Laut, Yang Berbahagia Puan Sri Dr Norinah binti Mustapha. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada Ahli BAKAT tentang gambaran dan pemahaman mengenai tanggungjawab yang akan dipikul sebagai seorang isteri tentera dan juga sebagai seorang Ahli BAKAT.

Majlis juga turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Datin Hajjah Aznor Hayati binti Haji Abdul Wahab (Pengerusi BAKAT Laut Armada Timur), Puan Norhiyati binti Hamid, (Timbalan Pengerusi BAKAT Laut Armada Timur), Puan Hajjah Rohaizah binti Kasah@Akasah (Pengerusi BAKAT Laut PTKK) serta 100 orang ahli BAKAT Laut PTKK.

Majlis ini turut diserikan dengan perkongsian dari Ahli BAKAT yang berpengalaman dan aktif dalam organisasi BAKAT. Selain itu, majlis menjadi lebih istimewa kerana Ahli BAKAT yang hadir berpeluang untuk mendengar perkongsian dan nasihat serta amanat daripada Pengerusi Jemaah BAKAT Laut.

Sepanjang majlis berlangsung, Ahli BAKAT berpeluang untuk mengajukan soalan dan melontarkan idea bagi merungkaikan segala persoalan dan isu semasa untuk penambahbaikan BAKAT Laut.
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dipraktikkan oleh Ahli BAKAT seterusnya menjadi ahli aktif, ikhlas dan sukarela dalam menyumbang bakti kepada Organisasi BAKAT pada masa akan datang.

Secara keseluruhan, majlis seperti ini mampu membimbing barisan pelapis BAKAT Laut untuk menjadi ahli yang bersedia menggalas tanggungjawab sebagai Ahli BAKAT.

Address

PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU
Kota Kinabalu
88846

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BAKAT LAUT PTKK 2023 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category