31/08/2026
KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah sehingga 11 malam ini, Isnin, 31 Ogos 2026.
Antara kawasan yang terlibat ialah Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.
Menurut amaran berkenaan, ribut petir turut boleh disertai hujan lebat serta angin kencang.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
METMalaysia turut memaklumkan bahawa amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek dan sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil langkah keselamatan, terutama ketika melakukan aktiviti luar.
Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia