Lembaga Koko Malaysia

Lembaga Koko Malaysia Facebook Rasmi Lembaga Koko Malaysia

31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Lembaga Koko Malaysia mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga semangat perpaduan dan kecintaan kepada negara terus mekar demi kesejahteraan yang dinikmati bersama.

Ikhlas daripada Lembaga Koko Malaysia.

30/08/2026
30 Ogos 2026 | Sri Medan, Batu PahatKementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah menganjurkan Karnival dan Majlis Pe...
30/08/2026

30 Ogos 2026 | Sri Medan, Batu Pahat

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah menganjurkan Karnival dan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI (KAM) KPK Tahun 2026 di Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Majlis disempurnakan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Pelbagai program disediakan termasuk Larian Sawit Merdeka (Fun Run) sejauh 5km. Sekitar 3,000 peserta larian dan pengunjung telah menghadiri karnival yang turut diisi dengan pelbagai aktiviti seperti pocket talk, cabutan tiket bertuah, pelbagai pertandingan, jualan rahmah, pameran dll.

LKM telah memberi sokongan penyertaan pameran bagi mempromosikan pelbagai produk berasaskan koko, maklumat penanaman koko serta pembuatan coklat.



πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύβ€œMalaysia MADANI: Rakyat Disantuni, Negara Dihormati”Lembaga...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

β€œMalaysia MADANI: Rakyat Disantuni, Negara Dihormati”

Lembaga Koko Malaysia (LKM) merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 pada 31 Ogos dan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 pada 16 September kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai nikmat keamanan serta kesejahteraan yang dikecapi, demi membina sebuah Malaysia yang terus maju, harmoni dan sejahtera.

Malaysia MADANI, rakyat disatukan, negara dimartabatkan. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

28/08/2026

πŸ•ŠοΈ π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡

Seluruh Pengurusan Tertinggi dan warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga mendiang Encik Severinus Tukah, Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK), Bahagian Kemajuan Industri Sawit dan Sago (BISS), KPK.

Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat seluruh warga Kementerian. Segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga seluruh ahli keluarga mendiang diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat dukacita ini.

Salam takziah daripada seluruh warga Kementerian Perladangan dan Komoditi.

28/08/2026
28/08/2026
27/08/2026

πŸ‘ π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆ! πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 πŠπ€πŒππ”ππ† π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐊𝐏𝐊 πŸπŸŽπŸπŸ”

Jom warga Kampung Parit Warijo dan kawasan sekitar hadir beramai-ramai memeriahkan Karnival dan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Tahun 2026 Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung dalam program yang mendekatkan perkhidmatan Kerajaan kepada komuniti, di samping mengeratkan hubungan dan semangat kebersamaan bersama masyarakat setempat.

πŸ“… 30 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 6.30 pagi – 3.00 petang
πŸ“ Balai Raya JPKK Kampung Parit Warijo

Tinggal 3 hari lagi! Tandakan kalendar anda dan jumpa kami di sana. Jom datang beramai-ramai!πŸ™Œ

Lembaga Koko Malaysia (LKM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Azuana Abdul Malik, Akau...
25/08/2026

Lembaga Koko Malaysia (LKM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Azuana Abdul Malik, Akauntan LKM, atas segala khidmat bakti, dedikasi dan sumbangan sepanjang berkhidmat di Lembaga Koko Malaysia.

Selamat bersara dan semoga Puan Azuana sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta kesejahteraan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.🌷

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸ•ŒLembaga Koko Malaysia (LKM) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluru...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸ•Œ

Lembaga Koko Malaysia (LKM) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi ruang untuk kita menghayati nilai-nilai murni, memperkukuh semangat kebersamaan serta menyemarakkan keharmonian dalam masyarakat.

β€œMadani Dihayati, Ummah Diberkati”

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H.

Ikhlas daripada:
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengelola dan Ketua Pengarah serta Warga Lembaga Koko Malaysia (LKM)

Address

Ting 5, 6 & 7, Wisma SEDCO, Lorong Plaza Wawasan
Kota Kinabalu
88999

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+6088206400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Koko Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share