05/09/2026
ποΈ PROGRAM EKSPEDISI PUNCAK BERSIH MAKANAN SELAMAT PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026 ποΈ
2β4 September 2026 | Gunung Kinabalu
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang diketuai oleh Datin Ts. Doreen Girik Anthony Gorotud telah melaksanakan Program Ekspedisi Puncak Bersih Makanan Selamat Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 dengan objektif utama untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran keselamatan makanan dalam kalangan pengendali makanan, malim gunung, porter serta pendaki, di samping memperkukuh amalan pengendalian makanan yang selamat di kawasan Gunung Kinabalu.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah:
1. Taklimat keselamatan makanan kepada pengendali makanan, malim gunung dan porter,
2. Bimbingan amali (hands-on) kepada pengendali makanan di dapur,
3. Hebahan info keselamatan makanan,
4. Membuat rakaman video berkenaan keselamatan makanan sepanjang aktiviti pendakian,
5. Pemeriksaan premis bagi tujuan penilaian pengiktirafan BesSS (Bersih dan Selamat),
6. Pertandingan _Explorace_ Keselamatan Makanan,
7. Kempen Hari Keselamatan Makanan Sedunia (WFSD) 2026.
Menariknya, pertandingan _Explorace_ Keselamatan Makanan yang dilaksanakan di sekitar Gunung Kinabalu, menjadikan aktiviti interaktif ini antara usaha unik dalam menyampaikan mesej keselamatan makanan di lokasi tertinggi di Malaysia.
Selain itu, penilaian pengiktirafan BeSS yang telah dilaksanakan di restoran Sutera Sanctuary Lodge dan Mountain Torq mendapati kedua-dua premis ini berjaya memenuhi kriteria penilaian BeSS yang ditetapkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sutera Sanctuary Lodge dan Mountain Torq kerana berjaya mendapat pengikitrafan BeSS! Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang tinggi demi kesejahteraan para pendaki dan pengunjung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan strategik iaitu Taman-Taman Sabah dan Sutera Sanctuary Lodges atas kerjasama, sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Kerjasama strategik ini amat penting dalam memastikan aspek kebersihan, keselamatan makanan dan kesejahteraan pendaki terus diberi keutamaan di Gunung Kinabalu. π€
Bersama memperkukuh budaya keselamatan makanan, dari kaki gunung hingga ke puncak!