16/08/2024
Assalmualaikum dan Salam Sejahtera..
Dimaklumkan bahawa Pejabat CIDB Negeri Sabah akan mengadakan Program Seminar Pendaftaran Kontraktor Malaysia Madani, Majlis Penyampaian Anugerah Khas Kontraktor dan Sesi Town Hall Inisiatif Pemerkasaan Kontraktor pada 04 September 2024 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Program sepenuh hari ini adalah merupakan usaha berterusan oleh pihak CIDB dalam mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai Akta 520 meliputi 5 perkara iaitu Pendaftaran Kontraktor, Score & Mcore, Semakan Pematuhan Kontraktor (SPEK) dan Pengisytiharan Projek (Levi). Selain daripada itu, semasa program Seminar ini, CIDB juga akan menyampaikan Anugerah Khas kepada Kontraktor cemerlang di Sabah yang telah mendapat markah tertinggi dalam penyertaan program CIDB seperti SCORE, MCORE, SHASSIC dan QLASSIC bagi tahun 2023. Sesi Town Hall diadakan bagi mendapatkan input / maklumbalas / cadangan daripada pihak industri berhubung program-program CIDB.
Untuk makluman Yg. Bhg Datuk / Dato’ / tuan / puan, objektif utama seminar adalah sebagai suatu medium dalam menyampaikan maklumat terkini berkaitan pendaftaran kontraktor kepada para penggiat industri pembinaan di Negeri Sabah. Selain daripada itu, semasa program Seminar ini, CIDB juga akan menyampaikan Anugerah Khas kepada Kontraktor cemerlang di Sabah yang telah mendapat markah tertinggi dalam penyertaan program CIDB seperti SCORE, MCORE, SHASSIC dan QLASSIC bagi tahun 2023.
Maklumat pengajuran Seminar adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 04 September 2024
Masa : 08:00 pagi – 05:00 petang
Lokasi : Hotel Hilton, Kota Kinabalu
Yuran : RM125.00
Mata CCD : 15 Mata CCD
Nota : Bilangan peserta terhad kepada 100 penyertaan
Sebarang pertanyaan lanjut pihak Yg. Bhg Datuk / Dato’ / tuan / puan boleh berhubung terus dengan sekretariat seminar Encik Shuaili bin Mohamad Shokur / Encik Mohd Saufan Hasmizi ditalian 088-745100 samb.104 / 124. Bersama dengan ini di lampirkan Tentatif Program dan borang pendaftaran ‘Barcode’ untuk dilengkapkan dan dihantar sebelum 30 Ogos 2024.
Pihak tuan juga boleh membuat pendaftaran penyertaan dengan mengisi link pendaftaran di bawah:
https://evms.cidb.gov.my/event/x219573dT70
Sekian terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BINA SEMPURNA”