16/08/2026
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PEGAWAI MEMERINTAH KD BADIK โ๐ฒ๐พ
Kota Kinabalu, 17 Ogos 26 โ Ketibaan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Armada Barat ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu bagi menyertai Eksesais KERISMAS 29/26 turut menyemarakkan lagi hubungan dan kerjasama antara warga kapal TLDM.
Seiring dengan ketibaan tersebut, Pegawai Memerintah Kapal TLDM Armada Barat juga berkesempatan mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pegawai Memerintah KD BADIK, Kdr Alif Aizad bin Mohd Khairi TLDM. Berikut senarai Kunjungan Hormat yang telah diadakan:
- Pegawai Memerintah KD LEKIR, Kdr Megat Mohamad Sofwan Firdaus bin Megat Mohamad Yunus TLDM.
- Pegawai Memerintah KD SRI SARAWAK, Lt Kdr Mohd Farid Ikhwan bin Adinan TLDM.
- Pegawai Memerintah KD GEMPITA, Lt Kdr Mohd Sharin bin Sharoni TLDM.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperluaskan jaringan kerjasama dan perkongsian profesional, di samping membuka ruang bagi pertukaran pandangan serta pengalaman dalam aspek pengoperasian.
Diharapkan agar kunjungan ini dapat memperkukuhkan persefahaman dan hubungan profesional yang terjalin, seterusnya membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan demi kepentingan TLDM.
Persahabatan Diperkasa, Amanah Dilaksana, Tradisi Terpelihara!!