02/09/2026
Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke Majlis Sambutan Maulidurrasul Ma'ahad Tahfiz Ashabul Yamin - MTAY
Terima kasih kepada Ustaz Junaidy Junaidy Jeffrey Abdul Nasir, pengasas Maahad Tahfiz Ashabul Yamin, atas jemputan dan kesempatan untuk bersama anak-anak tahfiz serta seluruh warga maahad.
Tahniah atas usaha dan istiqamah membangunkan sekolah tahfiz ini. Bermula dengan sebuah impian yang mungkin suatu ketika dahulu terasa begitu sukar dan hampir mustahil, hari ini Allah izinkan ia menjadi kenyataan.
Kini, Maahad Tahfiz Ashabul Yamin bukan sahaja berdiri sebagai sebuah institusi pendidikan Al-Quran, tetapi perlahan-lahan mengharumkan nama Kunak dengan melahirkan generasi penghafaz Al-Quran.
Semoga usaha ini terus dipermudahkan, diberkati dan berkembang lebih jauh. Moga dari bumi Kunak ini lahir lebih ramai anak-anak yang membawa Al-Quran dalam hati dan kehidupan mereka.
Daripada impian, menjadi kenyataan. Daripada sebuah usaha, dengan izin Allah, lahir generasi Al-Quran.