Gerakan Koperasi Negeri Sabah

Gerakan Koperasi Negeri Sabah Laman Rasmi bagi informasi aktiviti gerakan koperasi di Negeri Sabah Diuruskan oleh Bahagian Promosi & Dasar SKM Sabah

04/09/2026
PROGRAM PEMERKASAAN KOPERASI BELIA: GURU MUDA PENERAJU KOPERASI MASA HADAPAN📅 3 September 2026 (Khamis)⏰ 8:00 Pagi – 1:3...
03/09/2026

PROGRAM PEMERKASAAN KOPERASI BELIA: GURU MUDA PENERAJU KOPERASI MASA HADAPAN

đź“… 3 September 2026 (Khamis)
⏰ 8:00 Pagi – 1:30 Tengah Hari
📍 Dewan Auditorium Kampus Gaya, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 3 September 2026 – Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sabah dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya telah menganjurkan Program Pemerkasaan Koperasi Belia: Guru Muda Peneraju Koperasi Masa Hadapan pada hari ini.

Program yang menghimpunkan bakal-bakal pendidik ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman berkaitan gerakan koperasi, keusahawanan serta peranan guru sebagai penggerak koperasi sekolah.

Program dimulakan seawal jam 8:00 pagi dengan pelbagai pengisian keilmuan menerusi beberapa sesi ceramah dan perkongsian pengalaman, antaranya:

🔹 Ceramah “Pengenalan Kepada Gerakan Koperasi” yang disampaikan oleh Pn. Norawati binti Ngatmin, Pegawai Latihan Kanan IKMa Zon Sabah.

🔹 Sesi Perkongsian Pengalaman “Belia, Koperasi dan Keusahawanan: Pengalaman Koperasi Velocheeta Sabah Berhad” oleh Pn. Erliana binti Said, Pengerusi Koperasi Velocheeta Sabah Berhad.

🔹 Sesi Perkongsian Pengalaman “Guru Sebagai Penggerak Koperasi Sekolah” oleh Pn. Zaraiton binti Yusof, Penasihat Koperasi SMK Tansau Berhad.

Turut mengambil bahagian dalam program ini ialah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah melalui pembukaan booth pameran dan hebahan, yang menyediakan ruang kepada para peserta untuk mendapatkan maklumat berkaitan peranan, fungsi serta pembangunan gerakan koperasi di Sabah.

Kemuncak program ialah Majlis Perasmian Penutupan yang berlangsung pada jam 12:45 tengah hari. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Dr. Lina Thomas @ Tupang, Pengarah IPG Kampus Gaya.

Majlis seterusnya disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Encik Mohd Zaib bin Mat Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan, Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

Program seumpama ini dilihat amat bertepatan dalam melahirkan generasi guru muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu menjadi penggerak aktif serta pelapis kepimpinan koperasi di sekolah pada masa hadapan.

MESYUARAT PENYELARASAN SEMARAK HAFLAH AL-QURAN USAHAWAN UMMAH DI MEMBAKUT SABAHKOTA KINABALU, 1 September 2026 – Usaha m...
01/09/2026

MESYUARAT PENYELARASAN SEMARAK HAFLAH AL-QURAN USAHAWAN UMMAH DI MEMBAKUT SABAH

KOTA KINABALU, 1 September 2026 – Usaha memperkukuh pembangunan ummah menerusi penghayatan Al-Quran dan pemerkasaan keusahawanan terus diberi perhatian melalui Mesyuarat Penyelarasan Semarak Haflah Al-Quran Usahawan Ummah yang akan dilaksanakan di Membakut, Sabah pada 13 September 2026.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Sulit Kanan YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tuan Haji Rusman bin Dulamit, serta melibatkan penyertaan pelbagai agensi dan pihak berkepentingan bagi memastikan persediaan serta pelaksanaan program dapat diselaraskan dengan baik.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah turut menyatakan komitmen dalam menjayakan inisiatif berkenaan menerusi penyertaan Timbalan Pengarah SKM Negeri Sabah, Puan Malisah Sinin yang mewakili Pengarah SKM Negeri Sabah.

Turut hadir ialah Ketua Agensi KUSKOP di Sabah, Penolong Pegawai Daerah Membakut, Timbalan Pengawai Pendidikan Daerah Papar, Pengetua SMK Kimanis, dan Pegawai- Pegawai daripada Pejabat YBTM dan AJK Tertinggi Masjid As’Saadah Pimping Membakut. Penglibatan pelbagai pihak ini mencerminkan kesepaduan dan komitmen bersama dalam menjayakan inisiatif yang menggabungkan pendekatan keagamaan, pendidikan dan keusahawanan dalam pembangunan masyarakat.

ProgramSemarak Haflah Al-Quran Usahawan Ummah menjadi platform untuk menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran, di samping menerapkan nilai-nilai murni, membudayakan semangat keusahawanan serta memperkukuh jalinan kerjasama antara Kerajaan dengan masyarakat.






SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Semangat Merdeka, Koperasi Sejahtera, Negara MakmurSelaras dengan semangat Mal...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Semangat Merdeka, Koperasi Sejahtera, Negara Makmur

Selaras dengan semangat Malaysia MADANI, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah terus komited dalam memperkasa dan memperkukuh gerakan koperasi sebagai salah satu tonggak penting dalam memacu kemakmuran serta kesejahteraan negara.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA! 🇲🇾

Daripada:
Pengarah dan Warga Kerja
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah






LAWATAN KE PREMIS KOPERASI ANUGERAH HJ. BADJI SEMPORNA BERHAD DI KAMPUNG SAMAL-SAMAL, PULAU BUM BUM, SEMPORNAđź“… Tarikh: 2...
30/08/2026

LAWATAN KE PREMIS KOPERASI ANUGERAH HJ. BADJI SEMPORNA BERHAD DI KAMPUNG SAMAL-SAMAL, PULAU BUM BUM, SEMPORNA

đź“… Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.30 pagi
📍 Tempat: Premis Koperasi Anugerah Hj. Badji Semporna Berhad, Kampung Samal-Samal, Pulau Bum Bum, Semporna

SEMPORNA, 29 Ogos 2026 – Satu lawatan ke premis Koperasi Anugerah Hj. Badji Semporna Berhad di Kampung Samal-Samal, Pulau Bum Bum, Semporna telah diadakan bersama Pengarah Bahagian Pembiayaan dan Kawalan Kredit, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Hjh. Roshidah binti Abu Bakar, serta Anggota Lembaga koperasi.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat premis pertama koperasi yang menjadi antara lokasi utama dalam menjalankan aktiviti dan perkhidmatan kepada anggota serta komuniti setempat. Lawatan turut memberi peluang kepada pihak SKM untuk mendapatkan gambaran secara langsung mengenai operasi, kemudahan dan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan oleh koperasi.

Koperasi Anugerah Hj. Badji Semporna Berhad kini dalam proses permohonan pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP SKM) bagi tujuan pembelian bangunan di Bandar Semporna untuk dijadikan sebagai premis perniagaan kedua Koperasi. Cadangan pembelian bangunan tersebut merupakan sebahagian daripada perancangan koperasi untuk mengembangkan operasi dan memperkukuh kedudukan perniagaannya pada masa hadapan.

Lawatan ke premis sedia ada di Pulau Bum Bum ini turut membolehkan pihak SKM menilai perkembangan aktiviti koperasi, keupayaan operasi serta potensi pengembangan perniagaan yang dirancang. Perkara ini penting dalam memastikan cadangan pembiayaan yang dikemukakan mempunyai asas yang kukuh, berdaya maju serta selaras dengan keupayaan koperasi.

SKM sentiasa komited dalam memastikan kemudahan pembiayaan TMP SKM disalurkan berdasarkan keperluan, daya maju projek, keupayaan kewangan dan kemampuan koperasi untuk melaksanakan perancangan yang dicadangkan secara berkesan dan mampan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan SKM dalam memberikan perhatian terhadap perkembangan dan keperluan koperasi di Sabah, khususnya dalam membantu koperasi mengembangkan aktiviti ekonomi serta meningkatkan manfaat kepada anggota dan komuniti setempat.






LAWATAN KE LOKASI CADANGAN PEMBELIAN BANGUNAN KOPERASI ANUGERAH HJ. BADJI SEMPORNA BERHADđź“… Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)...
29/08/2026

LAWATAN KE LOKASI CADANGAN PEMBELIAN BANGUNAN KOPERASI ANUGERAH HJ. BADJI SEMPORNA BERHAD

đź“… Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 4.00 petang
📍 Lokasi: Bandar Kapalai, Semporna

SEMPORNA, 28 Ogos 2026 – Pengarah Bahagian Pembiayaan dan Kawalan Kredit Ibu Pejabat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Puan Hjh. Roshidah binti Abu Bakar, telah mengadakan lawatan ke lokasi cadangan pembelian bangunan Koperasi Anugerah Hj. Badji Semporna Berhad di Bandar Kapalai, Semporna.

Lawatan ini bertujuan meninjau dan menilai permohonan pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP) bagi tujuan pembelian bangunan tersebut. Penilaian meliputi aspek kesesuaian dan potensi penggunaan premis, keupayaan kewangan koperasi serta potensi aset berkenaan dalam menjana pendapatan kepada koperasi.

Penilaian secara menyeluruh ini penting bagi memastikan cadangan pembelian aset mempunyai prospek yang baik, berdaya maju dan berpotensi memberikan pulangan secara berterusan tanpa menjejaskan kedudukan kewangan koperasi.

Hasil lawatan dan penilaian ini akan menjadi salah satu input dalam proses selanjutnya terhadap permohonan pembiayaan TMP yang dikemukakan oleh pihak koperasi.

Lawatan ini turut mencerminkan komitmen SKM dalam memastikan kemudahan pembiayaan disalurkan secara berhemah kepada projek dan aset koperasi yang mempunyai potensi ekonomi, sekali gus menyokong pengukuhan aset, pertumbuhan perniagaan serta kelestarian gerakan koperasi.






LAWATAN PENGARAH PEMBIAYAAN DAN KAWALAN KREDIT KE KILANG PEMPROSESAN TAUHU KOPERASI RAUDHAH RAYYAN SABAH BERHADTAWAU, 28...
29/08/2026

LAWATAN PENGARAH PEMBIAYAAN DAN KAWALAN KREDIT KE KILANG PEMPROSESAN TAUHU KOPERASI RAUDHAH RAYYAN SABAH BERHAD

TAWAU, 28 Ogos 2026 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah terus memperkukuh komitmen dalam memperkasa gerakan koperasi menerusi lawatan kerja Pengarah Bahagian Pembiayaan dan Kawalan Kredit SKM ke Kilang Pemprosesan Tauhu Koperasi Raudhah Rayyan Sabah Berhad di Megah Jaya, Jalan Kongsi 10, Tawau, hari ini.

Lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah Bahagian Pembiayaan dan Kawalan Kredit SKM Ibu Pejabat, Puan Hjh Roshidah binti Abu Bakar, dan turut disertai oleh Pengarah SKM Negeri Sabah, Tuan Haji Awg Ruslli bin Haji Mohammad, serta pegawai-pegawai SKM Ibu Pejabat dan Negeri.

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan operasi dan aktiviti perniagaan koperasi, di samping mendapatkan maklumat berkaitan potensi perniagaan, cabaran operasi serta perancangan pengembangan koperasi.

Perbincangan turut memberi fokus kepada keperluan pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP) bagi tujuan pembelian bangunan yang dicadangkan untuk dijadikan premis kilang pemprosesan tauhu. Cadangan ini merupakan usaha koperasi untuk memperkukuh operasi, meningkatkan kapasiti pengeluaran dan mengembangkan skala perniagaan.

Pihak SKM turut meneliti aspek kesesuaian premis, keperluan pembiayaan dan potensi pengembangan perniagaan sebagai asas kepada pertimbangan serta tindakan susulan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan SKM dalam menyediakan bimbingan, khidmat nasihat dan sokongan kepada gerakan koperasi agar terus berkembang secara berdaya maju, berdaya saing dan mampan demi manfaat anggota serta komuniti setempat.






LAWATAN KOPEKS KE KOPERASI PERTANIAN SABAH BERHAD PERKUKUH POTENSI KERJASAMA PROJEK PERTANIANTAWAU, 28 Ogos 2026 – Suruh...
29/08/2026

LAWATAN KOPEKS KE KOPERASI PERTANIAN SABAH BERHAD PERKUKUH POTENSI KERJASAMA PROJEK PERTANIAN

TAWAU, 28 Ogos 2026 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terus memperkukuh komitmen dalam menyokong pembangunan gerakan koperasi menerusi Lawatan Kerja ke Koperasi Pertanian Sabah Berhad di Batu 13, Jalan Apas, Tawau, hari ini.

Lawatan tersebut melibatkan Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) bagi meninjau pengurusan ladang serta operasi nurseri kelapa yang diusahakan oleh Koperasi Pertanian Sabah Berhad. Lawatan turut disertai oleh Pengarah Bahagian Pembiayaan dan Kawalan Kredit SKM Ibu Pejabat, Puan Hjh. Roshidah binti Abu Bakar, Pengarah SKM Negeri Sabah, Tuan Haji Awg Ruslli bin Haji Mohammad, serta pegawai-pegawai SKM Ibu Pejabat dan Negeri Sabah.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung mengenai pengurusan dan operasi projek pertanian koperasi, di samping menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta meneliti potensi kerjasama antara koperasi dalam pembangunan projek pertanian.

Dalam sesi tersebut, pihak SKM dan KOPEKS turut menerima penerangan berkaitan aktiviti perniagaan, pengurusan operasi ladang, operasi nurseri kelapa serta perancangan koperasi dalam memperluaskan dan memperkukuh aktiviti ekonominya. Perbincangan turut menyentuh potensi pemasaran hasil pertanian, perkongsian kepakaran dan teknologi serta cabaran yang dihadapi dalam memastikan kelangsungan dan pertumbuhan projek.

Kehadiran Pengarah Bahagian Pembiayaan dan Kawalan Kredit SKM Ibu Pejabat ini turut memberi ruang untuk meneliti potensi serta keperluan pembiayaan yang bersesuaian bagi menyokong pembangunan projek dan meningkatkan kapasiti operasi koperasi.

Kerjasama strategik yang diteroka menerusi lawatan ini diharap dapat membuka peluang kepada pelaksanaan projek pertanian yang berdaya maju, memperluas jaringan perniagaan antara koperasi, menjana pendapatan secara mampan serta memberikan manfaat kepada anggota dan komuniti setempat.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan SKM dalam menyediakan bimbingan, khidmat nasihat dan sokongan strategik kepada gerakan koperasi agar terus diperkasa sebagai entiti ekonomi yang berdaya maju, berdaya saing dan mampan.






KOTA KINABALU, 27 Ogos 2026 – Taklimat Pematuhan Tadbir Urus dan e-Invois Sabah 2026 telah berlangsung  di Suria 1, Hote...
28/08/2026

KOTA KINABALU, 27 Ogos 2026 – Taklimat Pematuhan Tadbir Urus dan e-Invois Sabah 2026 telah berlangsung di Suria 1, Hotel 7 Suria, Kota Kinabalu hari ini.

Program ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman koperasi mengenai amalan tadbir urus yang baik, memperkukuh pematuhan terhadap kehendak perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa serta memberi pendedahan berkaitan pelaksanaan e-Invois bagi membantu koperasi melaksanakan pengurusan kewangan yang lebih cekap dan teratur.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu menampilkan pengisian berbentuk perkongsian ilmu dan maklumat berkaitan pengenalan dan pelaksanaan e-Invois , pengenalan e-pos dan tatacara penggunaan portal MyInvois daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Turut diadakan Taklimat Pematuhan Perundangan Koperasi yang menekankan aspek pematuhan Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan Peraturan-Peraturan Koperasi 2010 serta Taklimat Tadbir Urus Koperasi melalui Penambahbaikan Isu-Isu Audit yang membantu koperasi meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan mengurangkan risiko kesilapan.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Malisah Sinin, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah. Beliau dalam ucapannya menekankan bahawa tadbir urus yang baik, rekod kewangan yang teratur dan pematuhan perundangan merupakan asas kepada koperasi yang kukuh.

Semoga semua koperasi dapat mengambil manfaat daripada program pada hari ini dan seterusnya melaksanakan penambahbaikan di koperasi masing-masing.





PROGRAM JUALAN MADANI KOPERASI SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN DI PULAU SEBATIKTAWAU, 27 Ogos 2026 – Program Jualan Madani Kop...
27/08/2026

PROGRAM JUALAN MADANI KOPERASI SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN DI PULAU SEBATIK

TAWAU, 27 Ogos 2026 – Program Jualan Madani Koperasi (JMK) sempena Bulan Kemerdekaan yang berlangsung di Perkarangan Kampung Sungai Tongkang, Pulau Sebatik, Tawau, menjadi antara inisiatif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah dalam membantu meringankan beban perbelanjaan harian masyarakat menerusi penawaran barangan keperluan asas pada harga lebih berpatutan.

Program tersebut telah dilancarkan oleh Pengarah SKM Negeri Sabah, Tuan Haji Awg Ruslli bin Haji Mohammad, manakala Koperasi Emas Tawau Sabah Berhad bertindak sebagai operator pelaksanaan jualan.

Penganjuran JMK ini bertujuan memberi peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah, di samping memastikan manfaat gerakan koperasi dapat dirasai secara langsung oleh komuniti, khususnya penduduk di kawasan luar bandar dan pulau.

Menariknya, penduduk setempat turut menikmati tawaran diskaun sehingga 20 peratus bagi barangan terpilih sepanjang program berlangsung. Tawaran istimewa ini memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan keperluan asas dengan harga lebih menjimatkan, sekali gus membantu mengurangkan kos perbelanjaan isi rumah.

Pelaksanaan JMK turut memperlihatkan komitmen SKM dalam memperkasa peranan koperasi sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat, khususnya dalam menyediakan akses kepada barangan keperluan asas pada harga yang lebih berpatutan.

Turut hadir ialah wakil UPPM DUN N73 Sebatik, Tuan Abdul Karim Tompong, serta pemimpin-pemimpin masyarakat Kampung Sungai Tongkang, Pulau Sebatik, Tawau yang turut memberikan sokongan terhadap pelaksanaan program berkenaan.

Penganjuran JMK di Kampung Sungai Tongkang diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat, di samping memperkukuh peranan koperasi sebagai rakan strategik kerajaan dalam memastikan akses masyarakat kepada barangan keperluan pada harga berpatutan.

Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan SKM dalam memperkasa gerakan koperasi sebagai salah satu medium yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan dan pemerkasaan ekonomi rakyat, selaras dengan aspirasi kerajaan.






Address

Tingkat 7, Menara MAA, Api-api Centre
Kota Kinabalu
88814

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088216022

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerakan Koperasi Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gerakan Koperasi Negeri Sabah:

Shortcuts

Share