30/10/2025
KURSUS PENYEGARAN COTA-T DAN SENI TANGKAS PENJARA (SENTAP) PENJARA PUSAT KOTA KINABALU
29–30 Oktober 2025 (Rabu & Khamis) – Unit Latihan Institusi (ULIN), Penjara Pusat Kota Kinabalu telah menganjurkan Kursus Penyegaran Cota-T dan SENTAP yang melibatkan seramai 35 orang peserta daripada pelbagai unit.
Sepanjang dua hari kursus, para peserta telah diberikan pendedahan teori dan praktikal berkaitan teknik penggunaan Cota-T dan Seni Tangkas Penjara (SENTAP) oleh Jurulatih bertauliah Sarjan Mejar Ag. Daud b. Ag Jual serta dibantu oleh Pembantu Jurulatih WP Mohd Aqira Azan b. Annuar.
Kursus ini diakhiri dengan ucapan penutup daripada Ydh. TPP Morry b. Mondon Ketua Bahagian Pengurusan PPKK seterusnya penyampaian hadiah kepada Peserta Kursus Terbaik Cota T dan SENTAP, Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan dan Cenderamata kepada Jurulatih.
“MESRA, IKHLAS DAN BERBAKTI”