18/08/2026
ππππ πππππ πππππππππ πππππππππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππ πππππ
17 Ogos 2026 (Isnin)
Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) terus komited dalam menyokong agenda pembangunan pendidikan dan kecemerlangan generasi muda di Sabah.
Bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS), telah berlangsung Majlis Perasmian Minggu Suai Mesra (MSM) Program Pra-Asasi Sains, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) bagi kumpulan pertama yang melibatkan seramai 13 orang pelajar.
Program ini merupakan satu inisiatif di bawah kendalian Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan UMSFLEC sebagai laluan persediaan kepada para pelajar untuk memperkukuh asas dalam bidang Sains, Teknologi dan Matematik (STEM) sebelum melanjutkan pengajian ke Program Asasi Sains UMS dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi.
Dalam majlis tersebut, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, YBhgz Datuk Dr. Haji Omar Raisul As-Salam Syah bin Datuk Haji Sulaiman Omar, turut menyempurnakan penyerahan sumbangan bantuan pendidikan PBNS kepada wakil pelajar. Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen PBNS dalam membantu meringankan beban pelajar serta memastikan golongan muda yang berpotensi mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya.
Majlis turut disempurnakan dengan perasmian oleh Naib Canselor UMS, YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.
Turut hadir YBrs. Encik Ismail bin Mohd Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif PBNS, YBhg. Prof. Ts. Gs. Dr. Rodeano Roslee, Dekan FST; YBrs. Puan Zallifah Shadan, Timbalan Pengarah (Kewangan) UMSFLEC; YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Zul Hilmey bin Makmud,Timbalan Dekan FST UMS, Encik Mohd Arif bin Hairal, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) UMS, para pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi serta para pelajar.
Semoga sumbangan dan sokongan yang diberikan menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah.
Terima Kasih kepada semua penyumbang dan pembayar PBNS.