Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif

Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Belia Mandiri, Berinovasi, Atlet Berani dan Berkeyakinan.

YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TINJAU PERSIAPAN KONTINJEN SABAH KE SUKMA XXIISELANGOR, 15 Ogos 2026 (KBSK) – Setiausaha K...
16/08/2026

YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TINJAU PERSIAPAN KONTINJEN SABAH KE SUKMA XXII

SELANGOR, 15 Ogos 2026 (KBSK) – Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Zainudin bin Aman, kelmarin meninjau persiapan Sekretariat Kontinjen Negeri Sabah sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 di Courtyard by Marriott Setia Alam, di sini.

Tinjauan berkenaan memberi peluang kepada beliau mendapatkan perkembangan terkini berkaitan aspek pengurusan, penyelarasan serta persiapan kontinjen bagi memastikan penyertaan Sabah sepanjang temasya berkenaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Beliau turut diberikan penerangan mengenai kesiapsiagaan sekretariat dalam menyelaras keperluan atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen sepanjang berlangsungnya SUKMA XXII Selangor 2026.

Turut hadir, YBhg. Datuk Mansur Haji Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK), YBrs. Tuan Mohd Asneh Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah serta pegawai-pegawai kanan KBSK dan MSNS.

Dalam kesempatan itu, YB Datuk Zainudin turut memberikan kata-kata semangat kepada barisan pengurusan kontinjen agar terus memberikan komitmen terbaik dalam memastikan setiap keperluan atlet dapat diurus dengan berkesan.

Beliau turut menzahirkan harapan agar segala persiapan yang dilaksanakan dapat membantu para atlet Sabah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pertandingan, sekali gus mencipta kejayaan membanggakan dan mengharumkan nama negeri pada SUKMA XXII Selangor 2026.

KONTINJEN SABAH MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026SELANGOR, 15 Ogos 2026 (KBSK) – Kontin...
16/08/2026

KONTINJEN SABAH MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026

SELANGOR, 15 Ogos 2026 (KBSK) – Kontinjen Negeri Sabah bersama kontinjen dari seluruh negara menyertai Majlis Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung penuh gemilang semalam.

Majlis berprestij itu menyaksikan para atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen berhimpun dalam suasana penuh semangat kesukanan, sekali gus menandakan bermulanya secara rasmi temasya berkenaan.

Acara perasmian dimeriahkan dengan perarakan masuk kontinjen yang didahului Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri, selain persembahan pembukaan serta beberapa pengisian rasmi.

Kemuncak majlis menyaksikan DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan titah perasmian sebelum diteruskan dengan upacara menaikkan Bendera SUKMA, lafaz ikrar kejohanan dan penyalaan Obor SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026.

Turut hadir, YB Datuk Hj. Nizam DSP Hj. Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, YB Datuk Zainudin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu, Pembantu Menteri KBSK, YB Tuan Syed Ahmad bin Syed Abas, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap, YBrs. Tuan Adanan @ Adnan Atin, serta YBrs. Tuan Mohd Asneh Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah.

Penyertaan Kontinjen Negeri Sabah pada temasya kali ini membawa harapan besar seluruh rakyat Sabah untuk menyaksikan para atlet negeri mencipta kejayaan, meraih pencapaian membanggakan serta mengharumkan nama Sabah di pentas sukan kebangsaan.

Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK) menaruh harapan tinggi agar para atlet negeri terus mempamerkan semangat juang terbaik dan mencipta kejayaan membanggakan, sekali gus mengharumkan nama Sabah di pentas SUKMA XXII Selangor 2026.

15/08/2026
HEBAHAN PENGANJURAN GOLF TOURNAMENT FOR WAQF FUN 1.0 2026Sertai Golf Tournament For Waqf Fun 1.0  sempena Bulan Wakaf Pe...
13/08/2026

HEBAHAN PENGANJURAN GOLF TOURNAMENT FOR WAQF FUN 1.0 2026

Sertai Golf Tournament For Waqf Fun 1.0 sempena Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sabah 2026.

📅 19 September 2026 (Sabtu)
📍 Sandakan Golf & Country Club

Kategori:
➡️ Terbuka kepada semua ahli Sandakan Golf & Country Club & ahli kelab golf bersekutu
➡️ Terhad kepada 120 peserta
➡️ Tarikh Tutup 12 September 2026
➡️ Scan QR untuk pendaftaran

KBSK BENTANG HALA TUJU DAN KEUTAMAAN STRATEGIK KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAHKOTA KINABALU, 11 Ogos (Bernama) —...
11/08/2026

KBSK BENTANG HALA TUJU DAN KEUTAMAAN STRATEGIK KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, 11 Ogos (Bernama) — Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Zainudin bin Aman, hari ini mengadakan lawatan ke Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK) bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai hala tuju, keutamaan strategik serta pelaksanaan agenda kementerian.

Ketibaan beliau bersama rombongan disambut oleh Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, YB Datuk Hj. Nizam DSP Hj. Abu Bakar Titingan, bersama barisan pengurusan tertinggi KBSK.

Dalam lawatan berkenaan, Setiausaha Tetap, YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, membentangkan hala tuju dan keutamaan strategik kementerian termasuk pelaksanaan inisiatif serta perancangan bagi memperkasa sektor pembangunan belia, kemajuan sukan dan ekonomi kreatif di Sabah.

Taklimat berkenaan turut mengetengahkan isu dan cabaran semasa serta keutamaan yang memerlukan perhatian dalam usaha memperkukuh keberkesanan pelaksanaan dasar, program dan inisiatif kementerian.

Sesi perbincangan turut diadakan bagi membolehkan pertukaran pandangan mengenai langkah mempertingkat penyelarasan antara KBSK dengan pentadbiran Kerajaan Negeri serta jabatan dan agensi berkaitan, sekali gus memastikan agenda pembangunan di bawah kementerian dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu dan berimpak.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBhg. Datuk Dr. Ahemad Sade, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Puan Samsakiah Jamil, Pegawai Khas kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Encik Imran Jagong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN), Puan Nekmah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, Encik David Augustine, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, Encik Nazri Marin, serta Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Puan Infazah Qistina binti Irwansyah.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap (Kemajuan Sukan), YBrs. Tuan Adanan @ Adnan Atin, Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Belia), YBrs. Puan Mary Paul Mijong Dagul, pegawai kanan kementerian, Lembaga Sukan Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah, Majlis Belia Sabah dan Koperasi Serbaguna SANYA Berhad.

KBSK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Zainudin atas kesudian meluangkan masa mengadakan lawatan ke kementerian serta berkongsi pandangan dan maklum balas yang konstruktif dalam usaha memperkukuh tadbir urus, penyampaian perkhidmatan dan pelaksanaan agenda pembangunan belia, kemajuan sukan serta ekonomi kreatif di Sabah.

KONTINJEN SABAH SEDIA BAWA CABARAN DI SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026KOTA KINABALU, 4 Ogos – Ketua Menteri Sabah...
04/08/2026

KONTINJEN SABAH SEDIA BAWA CABARAN DI SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026

KOTA KINABALU, 4 Ogos – Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Sabah sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 dan Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Majlis tersebut merupakan simbolik pelepasan rasmi Kontinjen Negeri Sabah yang bakal membawa cabaran negeri ke temasya SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, YB. Datuk Hj. Nizam DSP Hj. Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri KBSK, YB Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Zainudin bin Aman Timbalan Setiausaha Tetap (Kemajuan Sukan), YBrs. Tuan Adanan @ Adnan Atin, pegawai kanan kerajaan, atlet, jurulatih serta pengurusan kontinjen.

Dalam ucapannya, Hajiji menyatakan keyakinan bahawa Kontinjen Sabah berupaya mencapai sasaran 40 pingat emas pada SUKMA XXII Selangor 2026 hasil persediaan rapi yang telah dilaksanakan oleh atlet, jurulatih dan pengurusan pasukan.

Beliau berkata sasaran itu mencerminkan keyakinan Kerajaan Negeri terhadap keberkesanan agenda pembangunan sukan yang dilaksanakan secara berterusan, di samping komitmen semua pihak dalam melahirkan atlet berprestasi tinggi yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan.

Bagi temasya Para SUKMA Selangor 2026, Sabah menyasarkan 66 pingat emas dengan tekad untuk kembali muncul sebagai Juara Keseluruhan, selain berharap sekurang-kurangnya 80 peratus atlet Para SUKMA berjaya menyumbang pingat kepada negeri.

Beliau turut menyeru seluruh kontinjen agar berjuang dengan penuh semangat kesukanan, mengekalkan disiplin yang tinggi serta sentiasa menjaga nama baik Sabah sepanjang temasya berlangsung.

Pada masa sama, beliau mengingatkan semua atlet supaya tidak mengambil sebarang makanan tambahan atau suplemen tanpa nasihat pakar, selain menitikberatkan aspek keselamatan, kebajikan dan pengurusan atlet sepanjang berada di Selangor.

Sebagai tanda penghargaan kepada atlet dan jurulatih yang berjaya mengharumkan nama negeri, Kerajaan Negeri akan meneruskan kadar insentif kemenangan yang diperkenalkan pada SUKMA Sarawak 2024, termasuk pemberian RM10,000 bagi setiap pemenang pingat emas.

Kontinjen Sabah ke SUKMA XXII Selangor 2026 membabitkan 943 anggota, terdiri daripada 744 atlet, 148 jurulatih dan 51 pengurus pasukan, yang akan bertanding dalam 36 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan.

Sementara itu, kontinjen Para SUKMA Selangor 2026 melibatkan 271 anggota, terdiri daripada 154 atlet, 80 jurulatih dan pegawai, serta 37 anggota urus setia.

Majlis Penyerahan Bendera itu menjadi suntikan semangat kepada seluruh Kontinjen Negeri Sabah untuk memberikan aksi terbaik dalam usaha mengharumkan nama negeri serta merealisasikan sasaran kecemerlangan di pentas sukan kebangsaan.

Ayuh Team Sabah! Bersama kita melakar kejayaan demi Negeri di Bawah Bayu.

🏃🏻‍♂️💚 Jom Berlari Sambil Berwakaf!Sertai FUNRUN 2.0 FOR WAQF FUND sempena Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sabah 2026.📅 12 ...
31/07/2026

🏃🏻‍♂️💚 Jom Berlari Sambil Berwakaf!

Sertai FUNRUN 2.0 FOR WAQF FUND sempena Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sabah 2026.

📅 12 September 2026 (Sabtu)
📍 Masjid Al-Kauthar, Tawau
🏃🏻 5KM

🏅 Kategori:
• Terbuka (L/P)
• Veteran 40 Tahun ke Atas (L/P)
• Kanak-kanak 12 Tahun ke Bawah (L/P)

✨ Bukan sekadar larian, malah RM30 daripada setiap penyertaan akan disalurkan ke Tabung Wakaf Tunai MUIS sebagai amal jariah yang berpanjangan.

🎽 T-Shirt Eksklusif • Medal Finisher • Bib Larian • Sijil Penyertaan
🎁 Pelbagai hadiah menarik menanti peserta!

📲 Daftar sekarang:
https://forms.gle/yAYe7o37TowGVD4c8

⏳ Penyertaan ditutup pada 10 Ogos 2026.

Ayuh, ajak keluarga dan rakan-rakan! Berlari untuk kesihatan, berwakaf untuk akhirat. 🤍

🎮🔥 *KEJOHANAN E-SPORT MOBILE LEGENDS BULAN WAKAF SABAH 2026* 🔥🎮Assalamualaikum dan salam sejahtera.Jom sertai *Kejohanan...
30/07/2026

🎮🔥 *KEJOHANAN E-SPORT MOBILE LEGENDS BULAN WAKAF SABAH 2026* 🔥🎮

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jom sertai *Kejohanan E-Sport Mobile Legends* sempena *Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sabah 2026.* Buktikan kemahiran dan strategi pasukan anda sambil menyumbang kepada pembangunan wakaf.

📅 *Tarikh:* 08 September 2026 (Selasa)
🕗 *Masa:* 8.00 Pagi
📍 *Tempat:* Perkarangan Wisma MUIS

🏆 *Hadiah Utama*
🥇 Juara – RM1,500
🥈 Naib Juara – RM1,000
🥉 Tempat Ketiga – RM500
🎖️ MVP Hamper

🎁 *Pewakaf Bertuah*
Berpeluang memenangi pelbagai barangan elektrik menarik!

💰 *Sumbangan Wakaf Tunai:* RM200 bagi setiap pasukan
🤝 *RM100 daripada yuran penyertaan akan disalurkan ke Tabung Wakaf Tunai MUIS.*

👥 Penyertaan terhad kepada *50 pasukan sahaja!*

⏳ *Tarikh Tutup Pendaftaran:*
14 Ogos 2026 (Jumaat)

📲 *Imbas kod QR* pada poster atau klik link di bawah untuk membuat pendaftaran :

Link : https://forms.gle/2Y64kovfEf94LBTm9

☎️ *Sebarang pertanyaan:*
📞 088-279135 (Wakaf Sabah)
📱 0111-2704325 (Zahid)

⚡ Rebut peluang menjadi juara, bawa pulang hadiah lumayan dan sama-sama menyokong pembangunan wakaf demi manfaat ummah.

🎮 “*Bermain Penuh Strategi, Berwakaf Penuh Erti*.”

KBSK PERKUKUH TADBIR URUS KEWANGAN MELALUI KURSUS PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN AUDIT DALAMANKOTA KINABALU, 28 Jul...
28/07/2026

KBSK PERKUKUH TADBIR URUS KEWANGAN MELALUI KURSUS PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN AUDIT DALAMAN

KOTA KINABALU, 28 Julai 2026 – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK) hari ini menganjurkan Kursus Pengauditan Pengurusan Kewangan di Arena Belia, Kepayan sebagai usaha memperkukuh tadbir urus, integriti serta pematuhan terhadap pengurusan kewangan dalam kalangan warga kementerian.

Kursus dikendalikan oleh Puan Dg Zarish Safinaz binti Ag Damit, Ketua Penolong Pengarah (Operasi), Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah, memberi pendedahan menyeluruh kepada para peserta mengenai prinsip dan amalan terbaik dalam pengauditan pengurusan kewangan sektor awam.

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan dengan pelbagai aspek penting pengauditan pengurusan kewangan meliputi kawalan pengurusan, kawalan bajet, kawalan terimaan, pengurusan perolehan, kawalan perbelanjaan, pengurusan akaun amanah dan deposit, pengurusan aset serta stor, selain pengurusan kenderaan kerajaan. Program turut diakhiri dengan sesi soal jawab bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap pelaksanaan audit dan pengurusan kewangan yang berkesan.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Adanan @ Adnan Atin, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemajuan Sukan), yang dalam ucapannya menegaskan bahawa pengurusan kewangan yang cekap, telus dan berintegriti merupakan asas penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti serta mematuhi setiap peraturan dan tatacara kewangan yang ditetapkan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Puan Dg Zarish Safinaz binti Ag Damit atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang bermanfaat sepanjang kursus, serta menggesa seluruh warga KBSK agar mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam tugasan harian bagi memperkukuh sistem kawalan dalaman, mengurangkan risiko ketidakpatuhan, dan meningkatkan tahap akauntabiliti serta kecekapan organisasi.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan KBSK dalam memperkasakan kompetensi warga kerja serta membudayakan tadbir urus yang baik, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk melahirkan perkhidmatan awam yang profesional, berintegriti dan berprestasi tinggi.

KBSK SEMARAKKAN FINAL PIALA DUNIA FIFA 2026 MENERUSI FESTIVAL KOMUNITI HAVOCKOTA KINABALU, 20 JULAI 2026 – Festival Komu...
20/07/2026

KBSK SEMARAKKAN FINAL PIALA DUNIA FIFA 2026 MENERUSI FESTIVAL KOMUNITI HAVOC

KOTA KINABALU, 20 JULAI 2026 – Festival Komuniti Havoc 2026 bersempena tayangan skrin besar Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026 di Gelanggang Bola Keranjang Berbumbung, Kompleks Sukan Kota Kinabalu malam tadi berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian yang berjaya menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai lapisan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, YBM Datuk Hj. Nizam DSP Abu Bakar Titingan, yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna & cabutan bertuah

Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu, Pembantu Menteri KBSK, YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap, YB Tuan Syed Ahmad bin Syed Abas, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, YBhg. Tuan Adanan @ Adnan Atin, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemajuan Sukan), YBhg. Tuan Mohd Asneh Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, YBrs. Tuan Noorman Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah; serta YBrs. Tuan Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah.

Festival yang bermula seawal petang itu menawarkan pelbagai aktiviti komuniti termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan timbang bola gaya bebas, sepakan penalti, Funky Fitness Mania, pertandingan e-sukan, reruai pameran, sesi Meet and Greet bersama Sabah FA, persembahan busking, cabutan bertuah serta hiburan komuniti yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Selain itu, penyertaan vendor makanan, minuman dan produk tempatan turut memeriahkan suasana festival, sekali gus membuka peluang kepada usahawan tempatan menjana pendapatan sepanjang penganjuran program.

Kemuncak festival menyaksikan ribuan peminat bola sepak berhimpun bagi mengikuti siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Argentina dan Sepanyol yang bermula pada jam 3.00 pagi. Suasana penuh semangat jelas terpancar apabila para penyokong bersama-sama menyaksikan aksi dramatik yang berakhir dengan kemenangan Sepanyol 1-0 sekali gus muncul juara dunia.

Penganjuran Festival Komuniti Havoc 2026 membuktikan bahawa sukan bukan sahaja mampu menyatukan masyarakat, malah menjadi platform berkesan dalam memperkukuh perpaduan, menggalakkan gaya hidup sihat serta merancakkan ekonomi komuniti melalui penglibatan usahawan dan penggiat industri kreatif tempatan.

Address

Kota Kinabalu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088287556

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif:

Shortcuts

Share