JPSM Negeri Sabah (Official JPSM FB Page)

JPSM Negeri Sabah (Official JPSM FB Page) Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 088-218722 / 088-218723 / 088-219812 / 088-219855

Membangun dan menggunakan sepenuhnya sumber manusia yang terdapat di Sabah melalui perancangan sumber manusia dan program-program latihan yang teratur dan berkesan.

πŸš€Sertai K-Youth Development Programme 2026: Next-Gen Semiconductor Upskilling Programme!Peluang terbaik khas buat belia ...
17/08/2026

πŸš€Sertai K-Youth Development Programme 2026: Next-Gen Semiconductor Upskilling Programme!

Peluang terbaik khas buat belia Malaysia yang sedang mencari pekerjaan dan berminat membina kerjaya dalam industri semikonduktor.

✨ Antara kelebihan program:
βœ… Gaji sehingga RM1,700 sebulan (termasuk caruman KWSP, PERKESO & EIS)
βœ… Latihan intensif & latihan sambil bekerja (OJT)
βœ… Penempatan kerja melalui rangkaian industri
βœ… Perlindungan insurans sepanjang program

πŸ“Œ Kelayakan:
β–ͺ️ Warganegara Malaysia
β–ͺ️ Berumur 18–30 tahun
β–ͺ️ Tidak bekerja
β–ͺ️ Lepasan SPM dan SKM

πŸ’‘ Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kemahiran dan membina masa depan bersama industri berteknologi tinggi!

πŸ“² Tekan link di bawah untuk permohonan dan pendaftaran sekarang!
πŸ–‡οΈ https://bit.ly/EFC_K-YouthNEXUS

RALAT / PEMBETULAN
13/08/2026

RALAT / PEMBETULAN

23 JUN 2026 (SELASA) : THE MAGELLAN SUTERA RESORT , KOTA KINABALUMAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGAN...
11/08/2026

23 JUN 2026 (SELASA) : THE MAGELLAN SUTERA RESORT , KOTA KINABALU

MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) KE-36

Warna-warni Majlis Konvokesyen Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Ke-36

23 JUN 2026 (SELASA) : THE MAGELLAN SUTERA RESORT , KOTA KINABALUMajlis Konvokesyen Institut Latihan Teknik dan Perdagan...
11/08/2026

23 JUN 2026 (SELASA) : THE MAGELLAN SUTERA RESORT , KOTA KINABALU

Majlis Konvokesyen Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Ke-36
Seramai 146 orang graduan ILTP, JPSM telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima sijil pada Majlis Konvokesyen ILTP, JPSM Ke-36 yang berlangsung di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk James bin Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, yang turut menyampaikan sijil kepada para graduan.

Turut hadir Yang Berhormat Tuan Jordan Jude Ellron, Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Yang Berusaha Datuk Hassan bin Mahali, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan Yang Berusaha Dr. Kamsiah Ibrahim, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

Graduan Sesi Disember 2025
Bahagian Teknikal :
1. Program Mekanik Traktor dan Jentera Berat – Sijil Kemahiran JPSM
2. Program Teknologi Kimpalan 6G, Sesi 2/2025 –
Sijil INSTEP PETRONAS dan Sijil Kemahiran JPSM

Bahagian Perdagangan:
1. Program Modular Jurukecantikan, Sesi 2/2025 -Penyata Pencapaian (MCU-3-24)
2. Program Modular Dandanan Rambut, Sesi 2/2025 -Penyata Pencapaian (MCU-3-25)
Graduan Sesi Jun 2026

Bahagian Teknikal :
1. Program Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik- Satu Fasa dan Tiga Fasa – SKM Tahap 2 dan 3
2. Program Teknologi Kimpalan 6G, Sesi 1/2026 – Sijil Kemahiran JPSM

Bahagian Perdagangan:
1. Program Diploma Pengurusan Pentadbiran – DKM Tahap 4
2. Program Pentadbiran Pejabat – SKM Tahap 3

Jemputan kepada para Penyedia Latihan untuk melaksanakan Kursus-Kursus Kemahiran dan Keusahawanan tajaan Jabatan Pembang...
11/08/2026

Jemputan kepada para Penyedia Latihan untuk melaksanakan Kursus-Kursus Kemahiran dan Keusahawanan tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia tahun 2026

Para Penyedia latihan diwajibkan untuk mendaftar di Sistem Silk (Sistem Latihan Kemahiran Bersepadu) melalui link di bawah ini:-

Link Pendaftaran Sistem SILK :-

(1) Tenaga Pengajar - https://silk.sabah.gov.my/site/verify-tp
(2) Penyedia Latihan - https://silk.sabah.gov.my/site/verify-pl

Setelah mendaftar, Penyedia Latihan boleh memohon menyertai iklan sebutharga Kursus dalam Sistem SILK.

Syarat-syarat menjadi penyedia Latihan Kursus Kemahiran anjuran JPSM:-

β€’ Mempunyai lesen perniagaan yang sah(Salinan sahkan benar oleh DBKK atau pengeluar lesen);

β€’ Sijil Kemahiran Malaysia sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam bidang yang dipohon;

β€’ Pengalaman mengajar tidak Kurang dari dua (2) tahun dalam bidang Kursus(sertakan dokumen kelayakan dan pengalaman dengan jelas);

β€’ Alat Bantuan Latihan (ABL) yang mencukupi; dan

β€’ Mempunyai kewangan yang kukuh (tiga (3) bulan penyata akaun bank dengan baki penyata tidak kurang daripada RM6000)

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk tawaran Kursus.

Tarikh Tutup permohonan : 19 Ogos 2026 (Isnin) Jam 4.00 Petang

Untuk Sebarang pertanyaan sila hubungi ke talian berikut:-
Tel : 088-218722 sambungan 137 (Suhaimi) atau (Azuan Arby)

18 Julai 2026 | Dewan KDCA PaitanMajlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Sulaman Benang Pakaian Etn...
05/08/2026

18 Julai 2026 | Dewan KDCA Paitan

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Sulaman Benang Pakaian Etnik Sungai Inakong Sugut & Merenda telah berlangsung di Dewan KDCA Paitan. Kursus ini telah menerima seramai 150 orang peserta daripada Kampung Botition, Kampung Lingkabau dan Daerah Paitan (DUN N.48 Sugut). Penyertaan di setiap lokasi adalah 50 orang dan peserta kursus telah menamatkan latihan sepanjang dua (2) hari bagi setiap lokasi kursus bermula 13 – 14 Julai 2026 (Kg. Botition) 15-16 Julai 2026 (Kg Lingkabau) 17-18 Julai 2026 (Paitan).

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Datuk James Ratib, Menteri Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI), yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta dan penyedia latihan atas komitmen dan dedikasi mereka sepanjang program berlangsung.

Kursus ini dikendalikan oleh LEN Enterprise dengan tajaan daripada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, sebagai usaha memperkasa kemahiran dan meningkatkan kompetensi peserta dalam bidang Sulaman Tradisional selaras dengan keperluan semasa bagi menjaga warisan budaya tempatan di Negeri Sabah.

KURSUS SULAMAN BENANG PAKAIAN ETNIK SUNGAI INAKONG SUGUT & MERENDA – ZON PAITAN18 JULAI 2026 - SUGUTJabatan Pembangunan ...
05/08/2026

KURSUS SULAMAN BENANG PAKAIAN ETNIK SUNGAI INAKONG SUGUT & MERENDA – ZON PAITAN

18 JULAI 2026 - SUGUT
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) melalui Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran (BTLK) telah menganjurkan Kursus Pendek Sulaman Benang Pakaian Etnik Sungai Inakong Sugut & Merenda bertempat di Dewan KDCA Paitan, Daerah Paitan.
Kursus dijalankan selama dua (2) hari bermula daripada 17 hingga 18 Julai 2026 ini yang dikendalikan oleh LEN Enterprise. Kursus ini telah menerima penyertaan seramai 50 orang belia tempatan dari sekitar Daerah Paitan.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran belia dalam seni sulaman tradisional sekali gus memelihara warisan budaya etnik tempatan di Daerah Sugut.

KURSUS SULAMAN BENANG PAKAIAN ETNIK SUNGAI INAKONG SUGUT & MERENDA – ZON LINGKABAU16 JULAI 2026 - SUGUTJabatan Pembangun...
05/08/2026

KURSUS SULAMAN BENANG PAKAIAN ETNIK SUNGAI INAKONG SUGUT & MERENDA – ZON LINGKABAU

16 JULAI 2026 - SUGUT
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) melalui Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran (BTLK) telah menganjurkan Kursus Pendek Sulaman Benang Pakaian Etnik Sungai Inakong Sugut & Merenda bertempat di Balai Raya Kampung Lingkabau, Kampung Lingkabau.
Kursus dijalankan selama dua (2) hari bermula daripada 15 hingga 16 Julai 2026 ini yang dikendalikan oleh LEN Enterprise. Kursus ini telah menerima penyertaan seramai 50 orang belia tempatan dari sekitar Kampung Lingkabau.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran belia dalam seni sulaman tradisional sekali gus memelihara warisan budaya etnik tempatan di Daerah Sugut.

KURSUS SULAMAN BENANG PAKAIAN ETNIK SUNGAI INAKONG SUGUT & MERENDA – ZON BOTITION14 JULAI 2026 - SUGUTJabatan Pembanguna...
05/08/2026

KURSUS SULAMAN BENANG PAKAIAN ETNIK SUNGAI INAKONG SUGUT & MERENDA – ZON BOTITION
14 JULAI 2026 - SUGUT
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) melalui Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran (BTLK) telah menganjurkan Kursus Pendek Sulaman Benang Pakaian Etnik Sungai Inakong Sugut & Merenda bertempat di Dewan James Ratib, Kampung Botition.
Kursus dijalankan selama dua (2) hari bermula daripada 13 hingga 14 Julai 2026 ini yang dikendalikan oleh LEN Enterprise. Kursus ini telah menerima penyertaan seramai 50 orang belia tempatan dari sekitar Kampung Botition.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran belia dalam seni sulaman tradisional sekali gus memelihara warisan budaya etnik tempatan di Daerah Sugut.

1 Ogos 2026 – Dewan Masyarakat Kampung Kapayan Baru, Transpagalan Tulid.Majlis Perasmian Kursus Intensif Pertanian Pinta...
04/08/2026

1 Ogos 2026 – Dewan Masyarakat Kampung Kapayan Baru, Transpagalan Tulid.
Majlis Perasmian Kursus Intensif Pertanian Pintar disempurnakan oleh YB. Jordan Jude Datuk Ellron, Pembantu Menteri Kementerian Pendidikan Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
Kursus ini telah berlangsung selama 2 hari bermula 1 Ogos 2026 hingga 2 Ogos 2026 dikendalikan oleh Penyedia Latihan Ecoagri Farm, program ini ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).

Address

Bangunan Wisma Bandaraya, Tingkat 4, 5 Dan 7, Jalan Masjid Lama
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPSM Negeri Sabah (Official JPSM FB Page) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPSM Negeri Sabah (Official JPSM FB Page):

Share