Naib Canselor UMS

Naib Canselor UMS Page rasmi berkaitan dengan aktiviti rasmi yang melibatkan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj.

Mansor merupakan Naib Canselor UMS ke-7.

28/08/2026
28/08/2026

Terima kasih sahabat media RTM

Drk Mansor
28/08/2026

Drk Mansor

26/08/2026

Lebih daripada melahirkan pakar, kerjasama antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menjadi wadah untuk menghubungkan ilmu, kepakaran dan hasil penyelidikan universiti dengan keperluan masyarakat.

Melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), UMS terus memainkan peranan dalam menyumbang kepakaran dan pengetahuan demi kesejahteraan rakyat Sabah, selaras dengan tanggungjawab universiti kepada masyarakat yang menjadi sebahagian daripada kekuatan dan sejarah penubuhannya.

Salam Maulidur Rasul ﷺSempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak ...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul ﷺ

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak mulia serta ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyuburkan nilai kasih sayang, amanah, kesederhanaan dan perpaduan dalam kehidupan kita, seterusnya membentuk warga UMS yang berintegriti dan sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat.

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H.

— Profesor Datuk Dr. Kasim Hj Mansor, JP
Naib Canselor
Universiti Malaysia Sabah

24/08/2026

“Bagi UMS, setiap pembaharuan sewajarnya dilihat sebagai peluang untuk mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan, tadbir urus, pembangunan mahasiswa dan keupayaan universiti melahirkan graduan yang berilmu, berintegriti, kompeten serta bersedia menghadapi persekitaran pekerjaan dan masyarakat yang semakin mencabar.

Dalam konteks Sabah, usaha ini amat penting kerana pembangunan negeri memerlukan modal insan berkualiti yang mampu menyumbang dalam pelbagai bidang strategik, termasuk sektor profesional, perkhidmatan awam, industri, teknologi, keusahawanan, kesihatan, pendidikan dan pembangunan komuniti.” - Sekilas kenyataan Naib Canselor berhubung AUKU.

Kementerian Pendidikan Tinggi
Zambry Abd. Kadir
Adam Adli


Address

Jalan UMS
Kota Kinabalu
88400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Naib Canselor UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Naib Canselor UMS:

Shortcuts

Share