31/08/2026
📢 NOTIS SEBUT HARGA – JABATAN TENAGA KERJA SABAH
Jabatan Tenaga Kerja Sabah mempelawa kontraktor yang berkelayakan dan berdaftar untuk menyertai sebut harga berikut:
🏢 Tawaran Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja Pengubahsuaian Pejabat Tenaga Kerja Kunak di 3 Unit Double Storeys New Commercial Shop Lot, Block B, Lot 8, 9 & 10 (1st Floor), 91209 Kunak, Sabah.
📌 No. Sebut Harga: JTK.H.IP.(S)400-1/4/19
🔨 Kelayakan Kontraktor
Sebut harga ini terbuka kepada kontraktor yang memenuhi syarat pendaftaran berkaitan, antaranya:
✅ Berdaftar dengan LPIPM/CIDB
✅ Gred G2, Kategori B
✅ Pengkhususan B28 (Kerja-Kerja Ubah Suai)
✅ Mempunyai PPK dan SPKK/Pukonsa yang berkaitan
✅ Memenuhi syarat kelayakan bagi kerja-kerja elektrikal seperti yang ditetapkan.
📅 Taklimat & Lawatan Tapak
1 September 2026 (Selasa)
⏰ 10.00 pagi
📍 Bilik Mesyuarat Jabatan Tenaga Kerja Kunak, MDKNK Lot 2371 & 2372, Simpang 4, Jalan Kunak–Lahad Datu, W.D.T. 60, 91207 Kunak, Sabah.
📄 Dokumen sebut harga hanya diberikan kepada kontraktor yang sah dan mempunyai kod bidang berkaitan.
⏰ Tarikh Tutup Sebut Harga:
8 September 2026 (Selasa), jam 12.00 tengah hari
📮 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran di:
Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga
Tingkat 1, Blok C & D, Bangunan KWSP
Peti Surat 14557
88852 Kota Kinabalu, Sabah
⚠️ Perhatian: Hanya penama seperti dalam lesen/sijil dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Wakil tidak dibenarkan.
👉 Kontraktor yang berminat dan memenuhi syarat dijemput untuk mengambil peluang ini.