Malaysia Productivity Corporation - MPC Sabah

Malaysia Productivity Corporation - MPC Sabah Malaysia Productivity Corporation (MPC) is a statutory body under the Ministry of International Trade and Industry (MITI).

SBO | 19 Ogos 2026 (Rabu) | 8.30am - 12.30pm | Program Perkongsian Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Setiausaha-...
20/08/2026

SBO | 19 Ogos 2026 (Rabu) | 8.30am - 12.30pm | Program Perkongsian Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Pengurus Sumber Manusia | Kota Kinabalu, Sabah.

Sesi dimulakan dengan ucaptama oleh YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri, yang menekankan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Pelaksanaan RKB memberi fokus kepada penambahbaikan proses kerja, pendigitalan dan semakan peraturan bagi meningkatkan kecekapan, ketelusan serta respons terhadap keperluan rakyat. Setiap kementerian, jabatan dan agensi turut digalakkan membudayakan reformasi serta melaksanakan sekurang-kurangnya satu projek RKB bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam negeri.

Program diteruskan dengan Sesi Perkongsian RKB oleh YBrs. Dr. Mohamad Norjayadi bin Tamam, Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Seterusnya, Sesi Perkongsian Amalan Baik Peraturan (GRP) disampaikan oleh YBrs. En. Edward Binty, Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah. Kedua-dua sesi tersebut memberi pendedahan mengenai pendekatan reformasi dan amalan pengawalseliaan yang menyokong peningkatan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan sektor awam.

Program ini turut menghimpunkan barisan kepimpinan dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Sabah, antaranya YBhg. Datuk Norlijah binti Haji Danin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Daerah serta Pengurus Sumber Manusia daripada pelbagai kementerian dan jabatan di Negeri Sabah. Kehadiran pelbagai pihak berkepentingan ini mencerminkan sokongan terhadap agenda reformasi perkhidmatan awam negeri. Penganjuran program tersebut diharapkan dapat memperluas pelaksanaan RKB dan GRP serta memperkukuh usaha Kerajaan Negeri Sabah dalam menyediakan perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan berorientasikan keperluan rakyat.

Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui pautan berikut:
https://vt.tiktok.com/ZSVATjfTB/

SBO | 17 Ogos 2026 (Isnin) | 9.00am - 12.30pm | Kunjungan Hormat ke Bahagian Perolehan, PUKONSA dan Harta Awam, Kementer...
20/08/2026

SBO | 17 Ogos 2026 (Isnin) | 9.00am - 12.30pm | Kunjungan Hormat ke Bahagian Perolehan, PUKONSA dan Harta Awam, Kementerian Kewangan Negeri Sabah | Pejabat Bahagian Perolehan, PUKONSA dan Harta Awam, Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Hajah Roselidah binti Raskan, Setiausaha Rendah, Bahagian Perolehan, PUKONSA dan Harta Awam, Kementerian Kewangan Negeri Sabah (MOFS).

Pengarah MPC Wilayah Sabah telah berkongsi mengenai pelaksanaan Program RKB Pelesenan dan Bukan Pelesenan Negeri Sabah Tahun 2026. Beliau turut memaklumkan bahawa YB SKN Sabah telah mengarahkan kementerian, jabatan dan agensi untuk melaksanakan 100 projek RKB dalaman yang memberi fokus kepada penambahbaikan proses kerja dan penyampaian perkhidmatan dalam tempoh tiga (3) bulan.

Sesi ini turut membincangkan mengenai isu berkaitan permohonan pembaharuan lesen kontraktor. Dimana pihak PUKONSA berkongsi mengenai proses permohonan yang terlibat bagi pembaharuan lesen PUKONSA. Pengarah MPC Sabah mencadangkan inisiatif penambahbaikan yang telah dibuat dan mengalu-alukan isu PUKONSA didaftarkan sebagai projek RKB. Hasil perbincangan daripada mesyuarat ini akan dibawa ke perhatian SUT MOFS untuk mendapatkan persetujuan terlebih dahulu.

SBO | 10 Ogos 2026 (Isnin) | 2.00-4.30pm | Sesi Pembentangan Pelaksanaan Container Logistics Ecosystem (CLE) | Bilik Mes...
14/08/2026

SBO | 10 Ogos 2026 (Isnin) | 2.00-4.30pm | Sesi Pembentangan Pelaksanaan Container Logistics Ecosystem (CLE) | Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah.

MPC Sabah bersama wakil industri logistik telah mengadakan sesi pembentangan berkaitan cadangan pelaksanaan Container Logistics Ecosystem (CLE) di Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET) pada 10 Ogos 2026.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap MINDET Sabah. Dalam sesi tersebut, MPC telah membentangkan inisiatif Container Logistics Ecosystem (CLE) yang memberi fokus kepada integrasi sistem, perkongsian data serta pengukuhan kolaborasi antara pemain industri, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kecekapan rantaian logistik, memperkemas penyelarasan proses serta menyokong penyampaian perkhidmatan logistik yang lebih cekap, produktif dan berdaya saing.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada potensi pelaksanaan CLE dalam ekosistem logistik Sabah, khususnya melibatkan penyelarasan antara agensi kerajaan dan pemain industri. Pelaksanaan platform ini dijangka dapat menyokong integrasi sistem, data dan proses logistik secara lebih tersusun, di samping mengurangkan ketidakcekapan proses serta mempercepat urusan dalam rantaian logistik negeri.

Sebagai tindakan susulan, MINDET Sabah akan menjemput MPC untuk membentangkan inisiatif CLE dalam mesyuarat Task Force yang akan datang. Sesi tersebut akan menjadi platform untuk memperincikan cadangan pelaksanaan serta mendapatkan pandangan dan penyelarasan bersama agensi dan pihak berkepentingan berkaitan.

SBO | 12 Ogos 2026 (Rabu) | 11.00am - 12.30pm | Kunjungan Hormat ke Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadb...
14/08/2026

SBO | 12 Ogos 2026 (Rabu) | 11.00am - 12.30pm | Kunjungan Hormat ke Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) -TSKN (A) Sabah | Bilik Mesyuarat, Pejabat TSKN (A), Menara Kinabalu.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Jamili Nais, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), TSKN (A) Sabah. Beliau menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan inisiatif ini dan telah menetapkan beberapa tarikh bagi pelaksanaan mesyuarat serta bengkel berkaitan.

Pengarah MPC Wilayah Sabah telah menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan Program RKB Pelesenan dan Bukan Pelesenan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026. Taklimat tersebut merangkumi objektif program, skop pelaksanaan, kriteria penyertaan, tatacara pendaftaran projek dan peranan kementerian, jabatan dan agensi dalam memastikan pelaksanaan projek RKB berjalan secara berkesan.

Pengarah MPC Wilayah Sabah turut memaklumkan bahawa YB Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah telah mengarahkan kementerian, jabatan dan agensi di Negeri Sabah untuk melaksanakan sebanyak 100 projek RKB di peringkat dalaman. Projek-projek berkenaan hendaklah memberi tumpuan kepada penambahbaikan proses kerja dan penyampaian perkhidmatan yang boleh dilaksanakan serta diselesaikan dalam tempoh 3 bulan.

SBO | 5 Ogos 2026 (Rabu) | 2.30 - 3.30pm | Kunjungan Hormat ke Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah | Pejab...
06/08/2026

SBO | 5 Ogos 2026 (Rabu) | 2.30 - 3.30pm | Kunjungan Hormat ke Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah | Pejabat SKN, Menara Kinabalu.

Delegasi MPC yang diketuai oleh YBrs. Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Timbalan Ketua Pengarah MPC telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah.

Dalam sesi tersebut, YB SKN menyambut baik inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang diterajui oleh MPC dan menyatakan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam menyokong pelaksanaan projek RKB sebagai usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkesan dan berimpak.

YB SKN berpendapat inisiatif RKB boleh dilaksanakan secara seiringan dengan pelaksanaan GRP di peringkat kementerian di Negeri Sabah. Beliau telah mengarahkan kementerian dan agensi di Sabah melaksanakan sebanyak 100 projek RKB peringkat dalaman yang boleh disiapkan dalam tempoh 100 hari. Ini merupakan fasa pertama, dimana fasa seterusnya akan disusuli dengan 100 lagi projek berimpak kepada rakyat dengan tempoh pelaksanaan sehingga tahun hadapan. Ini dilakukan bagi memenuhi aspirasi memperkasakan agenda reformasi perkhidmatan awam di negeri Sabah dan dapat dirasai oleh rakyat.

YBrs. Dr. Mohamad Norjayadi Tamam bersama-sama pasukan MPC Wilayah Sabah akan terus memberikan sokongan, bimbingan dan kerjasama strategik bagi memastikan pelaksanaan projek-projek RKB tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Norlijah binti Haji Danin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Puan Wan Fazlin Nadia Wan Osman, Pengarah NCS MPC, Puan Samsakiah binti Jamil, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dan Puan Aidah binti Haji Awang, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

SBO | 5 Ogos 2026 (Rabu) | 10.00am - 1.30pm | Mesyuarat Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Setiausaha-Set...
06/08/2026

SBO | 5 Ogos 2026 (Rabu) | 10.00am - 1.30pm | Mesyuarat Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah | Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah. Peserta terdiri daripada semua Setiausaha Tetap (SUT) kementerian di Sabah, ketua agensi negeri dan pegawai-pegawai daerah termasuklah Mayor DBKK.

YBrs. Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Timbalan Ketua Pengarah MPC telah diundang bagi menyampaikan taklimat berkenaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Taklimat menyentuh kepada usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam melalui pelaksanaan reformasi yang berfokus kepada peningkatan kecekapan, pengurangan kerenah birokrasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas, cekap serta berkualiti kepada rakyat dan komuniti perniagaan.

YB SKN menegaskan penyampaian perkhidmatan awam negeri perlu sentiasa ditambahbaik agar impaknya dapat membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat terutamanya di Negeri Sabah.

Selain MPC, wakil pembentang daripada Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) turut hadir untuk membentangkan taklimat masing-masing berkenaan ILTIZAM dan ARPA.

SBO |  Program Pengukuran Produktiviti Untuk Kemakmuran Bersama (PROSHARE) | 23 Julai 2026Program pengukuran produktivit...
24/07/2026

SBO | Program Pengukuran Produktiviti Untuk Kemakmuran Bersama (PROSHARE) | 23 Julai 2026

Program pengukuran produktiviti untuk kemakmuran bersama (PROSHARE) telah berjaya dilaksanakan bagi mempromosikan Program PROSHARE kepada pemain industri serta menggalakkan penyertaan mereka dalam usaha meningkatkan produktiviti berteraskan konsep kemakmuran bersama.

Taklimat ini memberi penekanan kepada objektif utama program, iaitu menggunakan pendekatan berasaskan data bagi menganalisis hubungan antara produktiviti, keuntungan syarikat dan pampasan pekerja. Pendekatan ini membolehkan organisasi mengenal pasti peluang penambahbaikan prestasi secara lebih strategik, sekali gus mewujudkan manfaat bersama kepada majikan dan pekerja.

Di samping itu, sesi ini turut menggalakkan organisasi melaksanakan inisiatif peningkatan produktiviti bagi memperkukuh daya saing perniagaan, meningkatkan prestasi organisasi serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan selaras dengan aspirasi kemakmuran bersama.

Like & share https://vt.tiktok.com/ZSXnKvTsB/

SBO | 13 Julai 2026 (Isnin) | 9.00-11.00am | Sesi Libat Urus Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Pihak Ber...
14/07/2026

SBO | 13 Julai 2026 (Isnin) | 9.00-11.00am | Sesi Libat Urus Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah Secara Dalam Talian.

Sesi libat urus ini telah dirasmikan oleh YBhg. TPr. Stanley Chong Hon Chung, Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP). Beliau menyarankan semua PBT di Sabah menyemak semula prosedur kerja sedia ada dan menyertai Program RKB bagi memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan komuniti perniagaan. Sesi ini telah dihadiri oleh seramai 97 orang peserta daripada PBT Sabah dan KKTP.

Seterusnya, Pengarah MPC Wilayah Sabah telah menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan Program RKB Pelesenan dan Bukan Pelesenan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026. Taklimat merangkumi objektif program, skop pelaksanaan, kriteria penyertaan, tatacara pendaftaran projek dan peranan kementerian, jabatan & agensi dalam memastikan pelaksanaan projek RKB yang berkesan.

Sesi turut memberi penekanan kepada usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam melalui penambahbaikan proses kerja, pengurangan kerenah birokrasi, pendigitalan perkhidmatan serta pembangunan projek berimpak tinggi yang mampu mempercepatkan tempoh pemprosesan, mengurangkan beban kawal selia yang tidak diperlukan dan meningkatkan kepuasan pelanggan. Di akhir sesi, PBT turut diberi peluang mengemukakan pandangan serta cadangan bagi memperkukuh pelaksanaan agenda RKB di peringkat negeri.

SBO | 10 Jun 2026 (Jumaat) | 3.00-4.30pm | Sesi Perbincangan Strategik mengenai Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB...
13/07/2026

SBO | 10 Jun 2026 (Jumaat) | 3.00-4.30pm | Sesi Perbincangan Strategik mengenai Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Pelesenan dan Bukan Pelesenan bersama Majlis Perbandaran Penampang (MPP) | Bilik Mesyuarat, Wisma Majlis Perbandaran Penampang (MPP).

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Noemi Dyena Johntren, Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPP). Turut hadir bersama wakil KKTP, Timbalan Presiden MPP dan pegawai-pegawai MPP bagi membincangkan hala tuju pelaksanaan Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di peringkat MPP.

Dalam sesi tersebut, Pengarah MPC Wilayah Sabah telah membentangkan hala tuju pelaksanaan Program RKB Pelesenan dan Bukan Pelesenan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 yang merangkumi objektif, skop program, kaedah pelaksanaan, kriteria penyertaan serta peranan kementerian, jabatan dan agensi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan projek RKB. Perbincangan turut memberi penekanan kepada usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam melalui penambahbaikan proses kerja, pengurangan kerenah birokrasi dan pendigitalan perkhidmatan.

Dalam masa yang sama, MPP telah membentangkan cadangan projek RKB baharu bagi tahun 2026, projek Sistem Pemantauan Projek (e-SPP) yang bertujuan membangunkan platform digital berpusat untuk meningkatkan kecekapan pemantauan dan pengurusan projek. Pengarah MPC Wilayah Sabah turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada MPP atas kejayaan menerima Sijil Projek RKB Berimpak Tinggi 2025, sekali gus menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak projek transformasi yang memberi impak tinggi kepada penyampaian perkhidmatan awam di Sabah.

SBO | 09 Julai 2026 (Khamis) | 9.00am - 1.00pm | Sesi Taklimat Program Peningkatan Produktiviti Melalui Intervensi Berim...
13/07/2026

SBO | 09 Julai 2026 (Khamis) | 9.00am - 1.00pm | Sesi Taklimat Program Peningkatan Produktiviti Melalui Intervensi Berimpak Tinggi - Sabah.

Sesi taklimat ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. En. Mohd. Yazid Abdul Majid, Pengarah Bahagian Pengurusan Moden dan Teknologi, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Ibu Pejabat.

Taklimat ini memberi penerangan menyeluruh mengenai Program Transformasi Produktiviti (PTP), iaitu inisiatif nasional yang bertujuan meningkatkan daya saing perusahaan melalui transformasi produktiviti berimpak tinggi. Peserta turut diberi pendedahan mengenai pendekatan pelaksanaan program, kriteria penyertaan syarikat, skop intervensi, peranan pasukan pelaksana serta impak yang disasarkan terhadap produktiviti, pendigitalan, kelestarian dan daya tahan rantaian bekalan.

Selain itu, wakil syarikat turut dibimbing mengenai proses pendaftaran, penyediaan dokumen yang diperlukan serta langkah-langkah penyertaan bagi memastikan permohonan dapat dikemukakan dengan lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Program ini diharap dapat menarik lebih banyak penyertaan syarikat di Sabah dalam usaha memperkukuh produktiviti, mempercepat transformasi perniagaan serta meningkatkan daya saing industri di peringkat nasional dan global.

Address

Level 2, MAA Tower, No. 6, Lorong Api-Api 1
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088-233245

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Productivity Corporation - MPC Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysia Productivity Corporation - MPC Sabah:

Shortcuts

Share