19/07/2026
SEKITAR PROGRAM NATIONAL TRAINING WEEK 2026
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Sabah berbesar hati menerima jemputan daripada HRD Corp untuk membuka reruai pameran sempena National Training Week 2026 yang telah dilancarkan pada 18 Julai 2026.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Sepanjang program berlangsung, reruai JHEKS Sabah telah menerima kunjungan daripada orang ramai yang hadir untuk mendapatkan maklumat berkaitan peranan, fungsi serta perkhidmatan yang disediakan oleh JHEKS dalam memperkasakan hubungan perusahaan dan pembangunan kesatuan sekerja di Malaysia.
JHEKS Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke reruai kami. Semoga perkongsian yang diberikan memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran mengenai peranan JHEKS dalam memperkukuh ekosistem perburuhan negara.