02/02/2024
PEMERGIAN ALLAHYARHAM LK TNL LUQMAN HAKIM BIN AKMARULNIZAL
Pendang Kedah, 2 Feb 24 – Pegawai Memerintah KD SRI KOTA KINABALU menzahirkan ucapan takziah dan dukacita kepada Encik Akmarulnizal bin Ilias serta seluruh ahli keluarga di atas kehilangan insan tersayang iaitu Allahyarham LK TNL Luqman Hakim bin Akmarulnizal.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Majapahit Pendang Kedah pada 2 Feb 24 jam 0530 pagi. Ketibaan jenazah disambut dengan suasana pilu dan redha oleh seluruh ahli keluarga. Pengebumian jenazah telah dilaksanakan dengan penuh Istiadat Ketenteraan. Proses pengkebumian turut disaksikan oleh Pegawai Memerintah KD SRI KOTA KINABALU serta beberapa pegawai serta anggota TLDM.
Kemalangan yang menimpa Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat negara. Pemergiannya sudah pasti amat dirasai, bukan sahaja buat seluruh keluarganya, bahkan turut terkesan kepada rakan-rakan seperjuangan Allahyarham dan seluruh warga KD SRI KOTA KINABALU. Semoga Allah membalas segala usaha dan baktinya di sepanjang perkhidmatannya ini dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta bersama golongan yang mati syahid.
Al-Fatihah.