INFRA Caw. Sabah KKDW

INFRA Caw. Sabah KKDW INFRA Sabah berperanan secara berkesan dalam usaha memperkasa sumber daya manusia luar bandar di Sabah bagi melahirkan masyarakat desa yang cemerlang

Pengenalan
INFRA Sabah berperanan secara berkesan dalam usaha memperkasa sumber daya manusia luar bandar di Sabah bagi melahirkan masyarakat desa yang cemerlang berteraskan elemen participatory planning dan bottom-up approach yang menjadi tunjang kepada Gerakan Daya Wawasan. Fungsi
-Membuat program latihan, menerusi pelaksanaan kursus, bengkel dan seminar berdasarkan modul latihan terkini;
-Menyed

iakan peluang latihan yang terancang kepada agen pembangunan negara yang terdiri daripada pemimpin komuniti desa, pemimpin belia/beliawanis, pegawai pengembangan, pengusaha homestay dan Pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs); dan
-Melaksanakan program latihan berteraskan kepada dasar-dasar semasa kerajaan bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada kumpulan sasar INFRA.

πˆππ…π‘π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŒπ„ππ„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„πŒπ€πˆ πŽπ‹π„π‡ 𝐘𝐁𝐑𝐠. πƒπ€π“π”πŠ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π π’π€ππ€π‡πŸ“ Kota Kinabalu | 31 ...
31/07/2026

πˆππ…π‘π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŒπ„ππ„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„πŒπ€πˆ πŽπ‹π„π‡ 𝐘𝐁𝐑𝐠. πƒπ€π“π”πŠ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

πŸ“ Kota Kinabalu | 31 Julai 2026

Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah berbesar hati menerima kunjungan hormat YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah sempena Program SEMAI yang berlangsung di Wisma MAA.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Encik Awang Asri bin Abdul Rahman, Ketua INFRA Cawangan Sabah, bersama seluruh warga kerja INFRA Cawangan Sabah.

Kunjungan ini menjadi platform yang bermakna dalam memperkukuh hubungan silaturahim, mempererat kerjasama antara agensi Persekutuan serta memberi ruang untuk bertukar pandangan ke arah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

INFRA Cawangan Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk atas kesudian meluangkan masa menyantuni warga kerja INFRA. Semoga jalinan kerjasama yang erat ini terus diperkukuh demi kecemerlangan perkhidmatan awam dan pembangunan masyarakat luar bandar.

Terima kasih atas kunjungan dan sokongan yang diberikan.

27/07/2026

πŸŽ₯ Sorotan Video | Kursus Asas Homestay Siri 2/2026

Sekitar perjalanan Kursus Asas Homestay Siri 2/2026 yang telah berlangsung pada 24–26 Julai 2026 di D’Semporna Homestay, Kampung Sakong, Semporna, Sabah.

Terima kasih kepada semua peserta, penceramah dan urus setia yang telah menjayakan program ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan terus menyokong pembangunan industri homestay luar bandar.

πŸ‘ Jangan lupa Like, Follow dan Share halaman rasmi Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah.

KURSUS ASAS HOMESTAY SIRI 2/2026 SEMPORNA, 26 Julai 2026 – Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah telah berjaya m...
27/07/2026

KURSUS ASAS HOMESTAY SIRI 2/2026

SEMPORNA, 26 Julai 2026 – Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Homestay Siri 2/2026 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Julai 2026 di D’Semporna Homestay, Kampung Sakong, Semporna, Sabah.

Kursus ini telah menghimpunkan 30 orang peserta yang terdiri daripada 5 peserta lelaki dan 25 peserta perempuan dari tiga daerah iaitu Semporna (16 orang), Sandakan (13 orang) dan Papar (1 orang).

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi peserta dalam pengurusan homestay yang sistematik, berkualiti serta berdaya saing bagi memperkukuh sektor pelancongan komuniti luar bandar.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Harlina Sadan, Timbalan Pengarah Latihan, INFRA Bangi.

Turut hadir ialah Encik Awang Asri bin Abdul Rahman, Ketua INFRA Cawangan Sabah serta Puan Asmah binti Mohd. Yusoff, Penolong Pengarah, INFRA Bangi.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah mengikuti sesi ceramah dan latihan yang dikendalikan oleh penceramah daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Pejabat Kesihatan Semporna dan INFRA Cawangan Sabah, iaitu:

β€’ Encik Jasmee bin Ismail ( MOTAC )
β€’ Encik Muhammad Quiyum bin Samulong ( PEJABAT KESIHATAN SEMPORNA)
β€’ Puan Joanne Isadora Jeffry ( PEJABAT KESIHATAN SEMPORNA )
β€’ Encik Dahali Marali ( INFRA SABAH )
β€’ Encik Gilbert Julian ( INFRA SABAH )
β€’ Puan Siti Hasnahwati binti Assan ( INFRA SABAH )
β€’ Puan Rosmilah Awang Labarah ( INFRA SABAH )

Pada Majlis Malam Kebudayaan, beberapa anugerah telah disampaikan sebagai penghargaan kepada peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang program:

πŸ† Anugerah Persembahan Terbaik – Kumpulan 5
πŸ† Anugerah Peserta Terbaik – Encik Lenim bin Jamalung
πŸ† Anugerah Peserta Aktif – Puan Dayang Faziah binti Datu Untong
πŸ† Anugerah Pakaian Terbaik – Puan Sitti Rasah binti Abdul
πŸ† Anugerah Cluster Terbaik – Cluster Sepilok

INFRA Cawangan Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Pejabat Kesihatan Semporna, semua penceramah, fasilitator serta para peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkasa pengurusan homestay serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

β€œMembangun Komuniti Desa MADANI yang Berdaya Saing.”

Anjuran:
Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah

KURSUS ASAS HOMESTAY SIRI 1/2026Kursus Asas Homestay Siri 1/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 26 hingga 28 Jun 2026, ...
03/07/2026

KURSUS ASAS HOMESTAY SIRI 1/2026

Kursus Asas Homestay Siri 1/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 26 hingga 28 Jun 2026, anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah, dengan penyertaan seramai 27 orang peserta daripada beberapa daerah di Sabah, iaitu:

πŸ“ Keningau – 10 orang
πŸ“ Sook – 11 orang
πŸ“ Putatan – 1 orang
πŸ“ Bongawan – 4 orang
πŸ“ Ranau – 1 orang

Sepanjang kursus ini, para peserta telah menerima perkongsian ilmu daripada:
β€’ En. Jasmee Ismail (MOTAC)
β€’ En. Mohd Ismail Lakarinah (JKNS Papar)

Kursus ini turut diselaraskan oleh En. Dahali Marali.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh pengurusan serta pembangunan homestay di kawasan masing-masing.




29/06/2026

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 INFRA

​Tahniah diucapkan kepada 11 orang pegawai Institut Kemajuan Desa (INFRA) yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bersempena dengan Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2025. Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, pada petang ini.

​Tekalkan momentum kecemerlangan, semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua warga kerja untuk terus bersama-sama berkhidmat dengan cemerlangnya, seterusnya melestarikan visi INFRA selaku pusat kecemerlangan dalam bidang latihan, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan inovasi luar bandar.

Tahniah

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah




29 Jun 2026 | Selamat Hari LahirPuan Sylvrina S. MotiungSemoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, di...
29/06/2026

29 Jun 2026 | Selamat Hari Lahir
Puan Sylvrina S. Motiung

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki serta terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Ikhlas daripada
Warga Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah

Selamat Datang dan Selamat Menjalankan TugasSetinggi-tinggi ucapan selamat datang dan tahniah diucapkan kepada Encik Awa...
21/06/2026

Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas

Setinggi-tinggi ucapan selamat datang dan tahniah diucapkan kepada Encik Awang Asri bin Abdul Rahman atas pelantikan sebagai Ketua INFRA Sabah, berkuat kuasa pada 3 Jun 2026.

Ikhlas daripada
Warga Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah.



SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIHSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepadaPUAN RURAN BALANGatas segala j...
19/06/2026

SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

PUAN RURAN BALANG

atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang menjalankan tugas sebagai Ketua Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah.

Tahniah atas penempatan baharu ke KEMAS Sabah

Berkuat Kuasa: 3 Jun 2026

β€œJasamu dikenang, baktimu disanjung. Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah di tempat baharu.”

Daripada:

Warga Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGASWarga Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah merakamkan setinggi-ting...
16/06/2026

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Warga Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Encik Gilbert Julian, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S6.

Berkuat kuasa pada 3 Jun 2026, semoga kehadiran beliau dapat menyumbang kepada kecemerlangan organisasi serta memperkukuhkan usaha pembangunan masyarakat dan desa.

Selamat maju jaya dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Ikhlas daripada
Warga Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cik Annabelle Thailon atas segala sumbangan, dedikasi dan ...
30/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cik Annabelle Thailon atas segala sumbangan, dedikasi dan komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam setiap langkah di tempat baharu. Selamat maju jaya dalam meneruskan perjalanan kerjaya yang gemilang.

Ikhlas daripada
Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah
30 April 2026

Address

MENARA MAA , TINGKAT 10 , LOT 10-10& 10-11
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088318614

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when INFRA Caw. Sabah KKDW posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share