Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan Mesra Ikhlas Dan Berbakti

SELAMAT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026 ​"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"​Selamat Hari Kebangsaan dan Hari S...
31/08/2026

SELAMAT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026

​"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

​Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga negeri Sabah

​Semoga penyatuan semangat kemerdekaan dan kebanggaan Hari Sabah ini terus mengukuhkan tali persaudaraan, keharmonian, serta kemakmuran bersama demi negara yang tercinta.

​Ikhlas daripada:
TKP Tey Hock Soon
Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan
serta Seluruh Warga Kerja Penjara Negeri Sabah & WP Labuan.

28/08/2026
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 🌙​"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"​Marilah kita menyemarakkan rasa cinta kepada Rasul...
25/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 🌙

​"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"

​Marilah kita menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat, mencontohi akhlak baginda, dan menghayati nilai integriti serta amanah dalam kehidupan seharian.

​Tulus ikhlas daripada,

Tey Hock Soon
Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan
Serta Seluruh Warga Kerja Penjara Negeri Sabah & WP Labuan.

Syabas dan Tahniah! 🇲🇾🥋✨​Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada barisan jurulatih dan atlet yan...
16/08/2026

Syabas dan Tahniah! 🇲🇾🥋✨

​Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada barisan jurulatih dan atlet yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa:

​Barisan Jurulatih:

​Ketua Jurulatih:
Sjn Musliyadi Bin Sulaiman
​Jurulatih:
Kpl Abd Rahman Bin Imran

​Pencapaian Atlet (Pingat Gangsa 🥉):

​Inspektor Muhammad Luqman Bin Abdullah

​Wp Muhammad Yusri Bin Stiyabudiutama

​Pasukan ini telah mewakili MALAYSIA di kejohanan 3rd Asian Hapkido Championship 2026 yang berlangsung di Hong Kong pada 15 Ogos 2026.

​Terima kasih atas semangat juang yang tinggi dan komitmen padu yang ditunjukkan.

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus cemerlang di masa hadapan

Jabatan Penjara Malaysia
Penjara Pusat, Kota Kinabalu
Penjara Lahad Datu
Penjara Tawau Official
Penjara Sandakan
Penjara Wanita KK
Sekolah Henry Gurney Keningau
Pusat Koreksional Labuan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara kepada YBhg. KJP Dato' Sri Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Komisioner...
12/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara kepada YBhg. KJP Dato' Sri Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia.

Terima kasih atas segala jasa, bakti, dan dedikasi sepanjang menerajui Jabatan Penjara Malaysia.

Segala pengorbanan dan sumbangan YBhg. Dato' Sri akan sentiasa kami kenang.

Semoga YBhg. Dato' Sri sentiasa dalam peliharaan Allah SWT dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Tumbuh sena di pinggir rawa,
Tempat berteduh si anak rusa,
Jasamu, Dato' Sri, terukir di jiwa,
Diingat sentiasa sepanjang masa.

Bunga mawar merahnya pekat,
Bunga melur di atas meja,
Kecemerlangan jabatan sentiasa melekat,
Penuh integriti ketika bekerja.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2025 Jabatan dan Agensi Kementerian Dalam Negeri Peringkat Negeri SabahMajlis Anuger...
06/08/2026

Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2025 Jabatan dan Agensi Kementerian Dalam Negeri Peringkat Negeri Sabah

Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2025 Jabatan dan Agensi Kementerian Dalam Negeri Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung di The Magellan Sutera Resort ,Kota Kinabalu pada 5 Ogos 2026 yang disempurnakan oleh YBhg Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman,Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Majlis ini telah menghimpunkan seramai 524 orang penerima APC termasuk 157 orang pegawai dan kakitangan seluruh institusi Penjara Negeri Sabah dan W.P Labuan serta seramai 4 orang penerima Anugerah Khas Kecemerlangan turut melibatkan 2 orang penerima Anugerah tersebut iaitu SJN Mintog Herry bin Gagau dan KPL (TBK) Fazli F Dela Torrie.

Majlis ini telah dihadiri oleh Komisioner Jeneral Penjara Malaysia YBhg Dato' Sri Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan, TKP Tey Hock Soon, Ketua-Ketua Institusi seluruh Penjara Negeri Sabah & WP Labuan bersama-sama Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha KDN serta Ketua-Ketua Jabatan & Agensi di bawah KDN.

Majlis ini diadakan untuk meraikan penghargaan dan pengiktirafan Jabatan kepada warga Jabatan Penjara Malaysia khususnya Penjara Negeri Sabah & WP Labuan yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada organisasi dan rakyat.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC dan semoga penghargaan ini dapat menjadi titik tolak pembakar semangat untuk terus menabur bakti dengan lebih cemerlang serta mengekalkan budaya kerja berprestasi tinggi demi perkhidmatan awam menyahut aspirasi _"Penjara Selamat,Berdaya Huni dan Menginspirasikan Harapan"

Jabatan Penjara Malaysia
Penjara Pusat, Kota Kinabalu
Penjara Lahad Datu
Penjara Tawau Official
Penjara Sandakan
Penjara Wanita KK
Pusat Koreksional Labuan
Sekolah Henry Gurney Keningau

PENGLIBATAN KUMPULAN KARISMA DALAM MAJLIS PELANCARAN ALBUM KOMPILASI "30 LAGU NASYID SERUAN DARI KINABALU"Kump**an KARIS...
04/08/2026

PENGLIBATAN KUMPULAN KARISMA DALAM MAJLIS PELANCARAN ALBUM KOMPILASI "30 LAGU NASYID SERUAN DARI KINABALU"

Kump**an KARISMA, iaitu kump**an nasyid Penjara Negeri Sabah, telah menyertai Majlis Pelancaran Album Kompilasi 30 Lagu Nasyid Seruan Dari Kinabalu yang berlangsung pada 1 Ogos 2026 di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu.

Penyertaan ini merupakan satu platform bagi memperkenalkan bakat dan hasil karya warga Penjara Negeri Sabah kepada masyarakat di samping menyokong usaha memperkasa industri nasyid tempatan. Dalam majlis tersebut, Kump**an KARISMA turut memperkenalkan single pertama mereka yang berjudul "Ujian", sebuah lagu yang membawa mesej ketabahan, keinsafan dan pengharapan dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

Penglibatan Kump**an KARISMA dalam majlis berprestij ini bukan sahaja meningkatkan imej Jabatan Penjara Malaysia, malah membuktikan bahawa program pemulihan melalui seni mampu melahirkan individu yang berbakat, berdisiplin dan berpotensi memberikan sumbangan positif kepada masyarakat. Penyertaan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak karya berkualiti serta memperkukuhkan usaha rehabilitasi melalui pendekatan kesenian dan dakwah.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT KOMPLEKS PENJARA KOTA KINABALU TAHUN 20264 Ogos 202...
04/08/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT KOMPLEKS PENJARA KOTA KINABALU TAHUN 2026

4 Ogos 2026 ( Selasa ) - Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu Tahun 2026 telah diadakan bertempat di Dewan Pahlawan Kompleks Penjara Kota Kinabalu seawal jam 07.00 pagi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YDH TKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan W.P. Labuan serta dihadiri oleh PKK Hamdan Salleh bin Majin Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PKP Noor Sazlawati binti Zakaria Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PP John Kindasan Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Tuaran, Ketua-Ketua Bahagian, pegawai dan kakitangan Kompleks Penjara Kota Kinabalu.

Program dimulakan dengan perhimpunan bulanan yang melibatkan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Bakti Setia, diikuti dengan bacaan doa serta bacaan ikrar Jabatan yang dipimpin oleh TPP Marcellinus Thomb Benjamin selaku Pegawai Pemerintah Baris. Majlis diteruskan dengan ucapan dan penyampaian amanat daripada Pengarah Penjara Negeri Sabah dan W.P. Labuan dan penyampaian bendera jalur gemilang kepada Ketua Institusi dan Ketua Bahagian sebagai simbolik dalam pelancaran bulan kebangsaan pada tahun ini dengan tema Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati.

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan Program Melekatkan Bendera Jalur Gemilang di Kenderaan Jabatan sebagai tanda sokongan dalam menyahut saranan kerajaan untuk kempen kibarkan jalur gemilang.

Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan semangat cinta akan negara, menghargai jasa pejuang kemerdekaan serta memperkukuh perpaduan dan nilai patriotisme dalam kalangan pegawai dan kakitangan. Secara keseluruhannya, majlis telah berlangsung dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Jabatan Penjara Malaysia
Penjara Pusat, Kota Kinabalu
Penjara Lahad Datu
Penjara Tawau Official
Penjara Sandakan
Penjara Wanita KK
Sekolah Henry Gurney Keningau
Pusat Koreksional Labuan

JABATAN PENJARA MALAYSIA NEGERI SABAH DAN MAHKAMAH NEGERI SABAH PERKUKUH KERJASAMA PEMULIHAN DALAM KOMUNITI​24 JULAI 202...
24/07/2026

JABATAN PENJARA MALAYSIA NEGERI SABAH DAN MAHKAMAH NEGERI SABAH PERKUKUH KERJASAMA PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

​24 JULAI 2025 (Jumaat) – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan, TKP Tey Hock Soon, ke Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri Sabah hari ini bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik serta memperkasakan sistem keadilan dan pemulihan pesalah di negeri ini.

​Sesi yang berlangsung pagi itu memfokuskan kepada perkongsian maklumat mengenai pelaksanaan program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), khususnya berhubung Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2025.

​Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PKK Hamdan Salleh Majin; Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PKP Noor Sazlawati Zakaria; serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sabah.

Delegasi Mahkamah Negeri Sabah p**a diketuai oleh Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Tuan Jason Juga, bersama barisan Pendaftar Mahkamah.

​Pihak Mahkamah Negeri Sabah menyambut baik pembentangan kerangka PDK tersebut. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa kerjasama erat ini penting bagi memastikan kelancaran pemulihan pesalah di luar tembok penjara, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan institusi penjara dan menangani isu residivisme.

​Secara keseluruhannya, kunjungan ini berjaya mencapai objektif dalam membina persefahaman untuk menyokong polisi kerajaan serta melancarkan pentadbiran keadilan di Negeri Sabah.

Jabatan Penjara Malaysia
Penjara Pusat, Kota Kinabalu
Penjara Lahad Datu
Penjara Tawau Official
Penjara Sandakan
Penjara Wanita KK
Pusat Koreksional Labuan
Sekolah Henry Gurney Keningau

Address

Ibu Pejabat Penjara
Kota Kinabalu
88111

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6088270475

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share