Polis Balai LTAB KKIA

Polis Balai LTAB KKIA Facebook Rasmi Balai Polis LTAB KKIA. POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.

Alamat Polis Balai LTAB KKIA :
BALAI POLIS LTAB K.KINABALU, LTAB KOTA KINABALU, TERMINAL 1, ARAS 3, 88200 KOTA KINABALU, SABAH.

10/08/2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 πŽπ‘π€ππ† π‡πˆπ‹π€ππ†

IPD Kota Kinabalu sedang mengesan seorang remaja perempuan dikenali sebagai Asnorawati binti Abdul San, berumur 17 tahun, berbangsa Ubia​n dan beralamat di Kampung Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu.

Penama dilaporkan keluar dari rumah pada 8 Ogos 2026 sekitar jam 4.00 petang dan sehingga kini masih belum ditemui. Kali terakhir penama dilihat oleh bapanya adalah pada hari yang sama sekitar jam 12.30 tengah hari sebelum bapanya keluar bekerja. Usaha mencari penama di sekitar Kampung Kalansanan, Inanam dan rumah rakan-rakannya telah dijalankan, namun masih gagal dikesan.

Penama mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit hitam manis, muka berbentuk bulat, kening tebal, rambut hitam paras bahu serta kali terakhir dilihat memakai tudung.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan penama diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau SM Rosmah binti Pg Hashim di talian 011-31677612, atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kerjasama orang ramai amatlah dihargai.

β€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”


Polis Sabah

08/08/2026

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 π’πˆπŒππ€π“πˆ

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, YDH ACP Shahrudin bin Mat Husain bersama seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu merakamkan setulus ucapan takziah dan rasa dukacita atas pemergian Rf 191261 Chiu Teck Siong, Rf 231580 Mohamad Nur Hafiz bin Ibrahim dan Muhammad Raimi bin Ismarubee.

Pemergian mereka merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia. Jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini. Bagi Allahyarham yang beragama Islam, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Bagi mendiang yang bukan beragama Islam, semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

β€œPolis & Masyarakat, Berpisah Tiada”.

08/08/2026
08/08/2026
05/08/2026

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐘𝐁𝐑𝐠. 𝐏𝐔𝐀𝐍 πŒπ€π’π‘πˆπ€π‡ ππˆππ“πˆ π–πˆπ‹π‹πˆπ€πŒ π’πŽππ†πŠπˆππ†

Seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Puan Masriah binti William Songking atas pelantikan sebagai Pengerusi Perkep IPD Kota Kinabalu.

Seluruh warga IPD Kota Kinabalu mendoakan agar YBhg. Puan Masriah binti William Songking terus dilimpahi kejayaan, kecemerlangan serta keberkatan dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP IPD Kota Kinabalu telah disempurnakan pada 5 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna IPD Kota Kinabalu.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah.

β€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

05/08/2026
05/08/2026

Polis berjaya menumpaskan sindiket curi rim kenderaan dikenali sebagai β€œKumpulan Geng Andy” menerusi beberapa siri serbuan pada 30 dan 31 Julai lalu.

Kumpulan berkenaan yang aktif melakukan jenayah di sekitar bandaraya ini dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes kecurian rim.

Pautan berita penuh di ruangan komen...

Address

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Terminal 1, Aras 3
Kota Kinabalu
88200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Balai LTAB KKIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Balai LTAB KKIA:

Shortcuts

Share

Category