21/08/2026
๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐จ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐จ๐ฆ ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐๐ก, ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐ ๐๐ก๐จ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐๐๐ฆ๐จ๐ ๐) & ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ ๐๐ก๐๐ก๐๐๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐จ๐ฅ๐๐ง ๐ก๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ข๐ฆ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ก๐ง๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ก. ๐๐๐. ๐๐๐ก ๐๐๐ง๐๐ ๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ฆ ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐๐จ, ๐ฆ๐๐๐๐
21 Ogos 2026 | Lawatan kerja ini bertujuan untuk menerokai potensi kerjasama dan peluang kolaborasi antara KESUMA, jabatan dan agensi di bawahnya dengan Mega Aerospace Centre Sdn. Bhd. dalam pembangunan modal insan serta tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi industri penerbangan di Sabah.
Seiring dengan lawatan kerja tersebut, satu Majlis Menandatangani Surat Niat Kerjasama (Letter of Intent โ LoI) antara Mega Aerospace Centre Sdn. Bhd. dan ADTEC JTM Kota Kinabalu, Sabah turut diadakan sebagai tanda komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan kerjasama strategik, khususnya dalam bidang pembangunan kemahiran, TVET, latihan teknikal dan pembangunan bakat bagi menyokong keperluan industri penerbangan.
Majlis menandatangani Surat Niat Kerjasama tersebut disaksikan oleh Datuk Khairul Firdaus Bin Akhbar Khan, Timbalan Menteri KESUMA, serta YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah sekali gus mencerminkan komitmen dan sokongan kerajaan terhadap usaha memperkukuhkan kerjasama antara institusi latihan kemahiran dan pihak industri dalam pembangunan modal insan di Sabah. Pengarah JPK Wilayah Sabah & W.P Labuan, Ts. Peter Wong turut hadir semasa sesi lawatan kerja dan majlis tersebut.
๐ฅ(๐๐ฉ๐ข๐๐จ๐ฆ๐) ๐ง๐ฉ๐๐ง: ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐บ๐ฝ๐ฒ๐๐ฒ๐ป๐๐ถ, ๐ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ฐ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐๐บ๐ฏ๐๐ต๐ฎ๐ป ๐ก๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ.