Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Facebook Rasmi Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

30/08/2026

24-29 Ogos 2026:
Rakaman Sepintas Lalu Program/Aktiviti Pengarah Pendidikan JPN Sabah

29/08/2026

KOLOKIUM PENDIDIKAN CEMERLANG (KoPEC) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
Tempat: Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Penganjur: Persatuan Guru Cemerlang Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Kolokium Pendidikan Cemerlang (KoPEC) 2026 Peringkat Kebangsaan bertemakan “Memperkasa Pendidikan Dalam Era Kecerdasan Buatan” merupakan platform perkongsian dan pengiktirafan terhadap amalan terbaik dalam bidang pendidikan, khususnya melalui penghasilan inovasi serta kajian yang memberi impak kepada kualiti pendidikan.

KoPEC 2026 melibatkan 130 penyertaan dengan keseluruhan 312 orang peserta, merangkumi tiga kategori utama, iaitu:

1. Inovasi Murid – 36 penyertaan, melibatkan 104 orang murid dan 36 orang guru pembimbing.
2. Poster Inovasi – 43 penyertaan, melibatkan 86 orang guru.
3. Kajian Tindakan – 51 penyertaan, melibatkan 86 orang guru.

Program ini turut menjadi wadah untuk warga pendidikan berkongsi idea, kreativiti, inovasi dan hasil kajian yang berpotensi menyumbang kepada penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan.

Majlis perasmian kolokium telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Secara keseluruhannya, KoPEC 2026 memperlihatkan komitmen warga pendidikan dalam membudayakan inovasi, kreativiti dan penyelidikan bagi memperkasa pendidikan berkualiti serta melahirkan murid yang berdaya saing.

29/08/2026
28/08/2026

28 Ogos 2026: Majlis Penyampaian Anugerah Tajaan Pendidikan PETRONAS – Memperkasakan Ilmu Sabah 2026 telah berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, hari ini.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan dirasmikan oleh YB Datuk James Ratib, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan alu-aluan ialah YBhg. Datuk Ir. (Dr.) Bacho Pilong, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), PETRONAS.

Majlis turut menyaksikan penyampaian tajaan pendidikan oleh YB Datuk James Ratib yang meliputi:
• Penajaan Pendidikan PETRONAS kepada pelajar lepasan SPM;�• Penajaan Diploma Kemahiran Malaysia kepada pelajar Kimanis Petroleum Training Centre bagi sesi 2026; dan�• Penajaan Biasiswa KEL PETRONAS Floating LNG kepada pelajar Tingkatan Empat bagi sesi 2026.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PETRONAS dalam memperkasa pendidikan dan membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Sabah untuk melanjutkan pengajian serta membina masa depan yang lebih gemilang.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima tajaan. Semoga peluang yang diberikan menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan dan menyumbang kembali kepada pembangunan Sabah pada masa hadapan.

28/08/2026

Al-Fatihah.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Puan Linna binti Hassin.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

27/08/2026

Address

Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jalan Punai Tanah, Likas
Kota Kinabalu
88450KOTAKINABALU,SABAH.

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088537010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah:

Shortcuts

Share