22/07/2026
TAKLIMAT PENENTUAN KEDALAMAN DAN PEMAHAMAN PETA DASAR LAUTπ
KOTA KINABALU, 21 Julai 2026 β Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sabah (JPPH) telah menganjurkan Taklimat Penentuan Kedalaman dan Pemahaman Peta Dasar Laut yang disampaikan oleh En. Mohd Fuzee bin Che Mat dan En. Hazrul Izwan bin Abdul Halim.
Taklimat ini melibatkan penyertaan seramai 38 orang pegawai dan kakitangan JPPH dari seluruh Negeri Sabah. Turut hadir ialah Tuan Sr. Mohd Haris bin Yop, Pengarah Penilaian Negeri Sabah dan Puan Nor Shabani binti Johari, Penilai Daerah JPPH Kota Kinabalu.
Sesi ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan ukur hidrografi, iaitu proses mengukur, merekod dan menganalisis kedalaman laut, bentuk muka bumi dasar laut, halangan navigasi serta data pasang surut bagi menghasilkan maklumat hidrografi yang tepat dan boleh dipercayai.
Data hidrografi yang diperoleh digunakan untuk menghasilkan carta nautika yang penting bagi memastikan keselamatan pelayaran serta menyokong pembangunan pelabuhan, projek maritim dan pengurusan kawasan perairan negara secara lebih berkesan.