Alumni Seni UMS

Alumni Seni UMS Pertubuhan Alumni Seni UMS (ASUMS)

_๐Ÿ“† 3 HARI LAGI๐Ÿ“†_๐Ÿ’ƒ๐Ÿป *RISUONG PRODUCTION*๐Ÿ’ƒ๐Ÿป*_KONTRA'13 : LANGKAH BORNEO MENDUNIA_* ๐’ซ๐‘’๐“ƒ๐‘”๐’ถ๐“€๐’ฝ๐’พ๐“‡๐’ถ๐“ƒ : ๐’ฎ๐‘’๐’ท๐“Š๐’ถ๐’ฝ ๐’ซ๐‘’๐“‡๐“‚๐“Š๐“๐’ถ๐’ถ๐“ƒSukacita ...
01/06/2026

_๐Ÿ“† 3 HARI LAGI๐Ÿ“†_

๐Ÿ’ƒ๐Ÿป *RISUONG PRODUCTION*๐Ÿ’ƒ๐Ÿป

*_KONTRA'13 : LANGKAH BORNEO MENDUNIA_*

๐’ซ๐‘’๐“ƒ๐‘”๐’ถ๐“€๐’ฝ๐’พ๐“‡๐’ถ๐“ƒ : ๐’ฎ๐‘’๐’ท๐“Š๐’ถ๐’ฝ ๐’ซ๐‘’๐“‡๐“‚๐“Š๐“๐’ถ๐’ถ๐“ƒ

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar tahun 3 Seni Kreatif Major Tari akan mementaskan KONTRA'13 (Kontemporari & Tradisional) pada ketetapan berikut :

๐Ÿ—“ Tarikh: *4-6 JUN 2026*
โฐ Masa : *( SESI 1 : 2PM - 4PM )* / *( SESI 2 : 8PM - 10PM )*
๐Ÿ“Tempat: *DEWAN RESITAL , UNIVERSITI MALAYSIA SABAH*

๐Ÿ“Œ Terbuka untuk semua pelajar UMS dan juga orang awam

๐ŸŽŸ๏ธ *Harga Normal*
RM13 (Pelajar)
RM18 (Alumni)
RM25 (Orang Awam)

๐ŸŽŸ๏ธ *Harga Promosi* (20 April-20 Mei)
RM10 (Pelajar)
RM15 (Alumni)
RM18 (Orang Awam)

DAPATKAN TIKET ANDA SEGERA ๐ŸŽซ
https://forms.gle/U1aNS4RDgrJn2J316

*SEBARANG PERTANYAAN TEMPAHAN TIKET BOLEH HUBUNGI*
Junudy - 010 2153114
Fatini- 012 2778544

Follow us for more updates ๐Ÿค

๐Ÿ€ INSTAGRAM : https://www.instagram.com/risuongpro_?igsh=bjRoZXQ3N2ZodHZ6

๐Ÿ€ TIKTOK : https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-95h2rc42WKC

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas, Risuong Production.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 2026โ€œGayu Guru, Gerai Nyamaiโ€(Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki dan Sentiasa Sejahtera)Pers...
01/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 2026

โ€œGayu Guru, Gerai Nyamaiโ€
(Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki dan Sentiasa Sejahtera)

Persatuan Alumni Seni Universiti Malaysia Sabah (ASUMS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai 2026 kepada seluruh masyarakat Dayak, khususnya warga alumni, rakan-rakan seni budaya serta rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semoga perayaan yang penuh makna ini menjadi lambang kesyukuran atas hasil tuaian, mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan komuniti, serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan negara.

Marilah kita bersama-sama menghargai dan memelihara warisan seni, budaya dan adat resam yang diwarisi turun-temurun agar terus lestari untuk generasi akan datang.

Gayu Guru, Gerai Nyamai, Senang Lantang Nguan Menua.

Ikhlas daripada,

Pengerusi & Jawatankuasa
Persatuan Alumni Seni
Universiti Malaysia Sabah (ASUMS)
1 Jun 2026

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada ...
30/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada seluruh masyarakat Sabah khususnya serta rakyat Malaysia amnya.

Pesta Kaamatan merupakan perayaan yang penuh makna dalam menghargai hasil tuaian, mensyukuri nikmat kehidupan serta memelihara warisan budaya yang menjadi identiti masyarakat Sabah sejak turun-temurun. Keunikan adat, seni, budaya dan nilai kebersamaan yang diwarisi oleh pelbagai etnik di negeri ini merupakan khazanah yang amat berharga dan perlu terus dipelihara demi generasi akan datang.

Sebagai sebuah pertubuhan yang menghimpunkan alumni seni, ASUMS sentiasa komited dalam memperkasakan seni, budaya dan warisan sebagai medium penyatuan masyarakat. Semangat Kaamatan yang menekankan nilai kesyukuran, perpaduan dan saling menghormati selaras dengan aspirasi kita untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni, inklusif dan berbudaya.

Saya berharap sambutan Pesta Kaamatan tahun ini dapat terus menyemarakkan rasa cinta terhadap warisan budaya Sabah, memperkukuhkan hubungan silaturahim antara Alumni Seni dan menjadi wadah untuk menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara kita.

โ€œKaamatan Untuk Semua, Budaya Kita, Warisan Kita.โ€

Ikhlas daripada,

Dr. Rosli bin Sareya
Pengerusi
Pertubuhan Alumni Seni, Universiti Malaysia Sabah (ASUMS)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2026! ๐ŸŒพ


Rosli SareyaBerita RTMAlumni Seni UMS

โ€˜Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga ibadah korban, pengorbanan dan keikhlasan yang dilaksanakan membawa keber...
26/05/2026

โ€˜Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga ibadah korban, pengorbanan dan keikhlasan yang dilaksanakan membawa keberkatan, kesejahteraan serta mempererat ukhuwah sesama insan.

Ikhlas daripada;
Pengerusi & Ahli
Pertubuhan Alumni Seni
Universiti Malaysia Sabah (ASUMS)

Selamat Hari Guru 2026โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga ...
15/05/2026

Selamat Hari Guru 2026

โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik dan alumni yang telah mencurahkan ilmu, membimbing dengan penuh dedikasi serta menjadi inspirasi dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru dan alumni seni amat besar nilainya dalam melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, kreatif serta cintakan seni, budaya dan warisan negara. Keikhlasan para guru dalam mendidik anak bangsa akan terus dikenang dan dihargai sepanjang zaman.

Ikhlas daripada:
Pengerusi & Ahli
Pertubuhan Alumni Seni
Universiti Malaysia Sabah (ASUMS)






 Tahniah Cikgu Dayang untuk terbang lebih tinggi membawa team tarian ke peringkat Kebangsaan TASEEM 2026. Terima kasih j...
08/05/2026



Tahniah Cikgu Dayang untuk terbang lebih tinggi membawa team tarian ke peringkat Kebangsaan TASEEM 2026.

Terima kasih juga di atas jemputan PPD Keningau sebagai tuan rumah Taseem tahun 2026 so boleh reunion kelmarin juga ya bersama Cikgu2 alumni Seni UMS juga sebagai rakan juri. - Dr. Sri Ningsih Sukirman

Selamat maju jaya semuanya. Kita boleh jumpa di lain masa. ๐Ÿซถ๐Ÿผ







Program โ€œWall Of Fameโ€ 2026 iktiraf alumni Seni UMS dalam PDRM. -Sabahmedia.com
06/05/2026

Program โ€œWall Of Fameโ€ 2026 iktiraf alumni Seni UMS dalam PDRM. -Sabahmedia.com



Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Persatuan Alumni Seni UMS (ASUMS) telah menganjurkan Program Wall of Fame 2026 bagi meraikan alumni seni yang sedang berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja โ€ฆ

06/05/2026

Terima kasih atas liputan berita Berita RTM



03/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Pertubuhan Alumni Seni UMS (ASUMS) atas kejayaan menganjurkan Majlis Peluncuran ASUMS setelah tiga tahun penubuhannya.

Saksikan video montaj Majlis Peluncuran ASUMS yang telah berlangsung pada 30 April 2026 bertempat di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Majlis ini telah disempurnakan oleh alumni seni UMS sendiri, YDH CP Datuk Jauteh bin Dikun, JP, Pesuruhjaya Polis Sabah.






 โœจ ALUMNI SENI UMS WALL OF FAME 2026 โœจProgram Alumni Seni UMS Wall of Fame yang telah berlangsung dengan jayanya pada 30...
01/05/2026



โœจ ALUMNI SENI UMS WALL OF FAME 2026 โœจ

Program Alumni Seni UMS Wall of Fame yang telah berlangsung dengan jayanya pada 30 April 2026 di Dewan Resital, UMS merupakan satu platform penghargaan kepada alumni seni yang telah mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang.

Menariknya, barisan alumni yang ditampilkan bukan sahaja cemerlang dalam bidang seni, malah berjaya mengorak langkah dan membina kerjaya gemilang di luar bidang pengajian asal mereka. Ini membuktikan bahawa latar belakang seni bukan penghalang, sebaliknya menjadi asas kreativiti, disiplin dan daya saing dalam apa jua bidang yang diceburi.

Program ini turut memberi inspirasi kepada generasi muda bahawa kejayaan boleh dicapai dengan usaha, keazaman dan keberanian untuk meneroka peluang baharu.

๐Ÿ’ซ Dari seni ke pelbagai dimensi kerjaya โ€” alumni Seni UMS terus melakar kecemerlangan!

Address

Akademi Seni Dan Teknologi Kreatif
Kota Kinabalu
82000

Telephone

+60133822115

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Seni UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Alumni Seni UMS:

Share

Category