Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah

  • Home
  • Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah

Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Official Facebook for Sabah Cultural Board. We are mainly to preserve and promote Sabah Art & Culture

Buletin Budaya, 21 Ogos 2026 (Jumaat)Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah...
21/08/2026

Buletin Budaya, 21 Ogos 2026 (Jumaat)

Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Ranau Pada 21 Ogos 2026.Rombongan ini diketuai oleh Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni Budaya (SPSB) bersama beberapa pegawai telah disambut mesra oleh Pegawai Daerah Ranau, (DO) YBhg. Tuan Tinus bin Manggam.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama strategik dalam usaha memartabatkan seni dan budaya negeri Sabah menerusi penganjuran program yang sinonim dengan Daerah Ranau iaitu Festival Sunduan Do Nunuk Ragang Sabah 2027.

#55/26

20/08/2026
Buletin Budaya, 20 Ogos 2026 (Khamis)-Sedutan berita-Sesi temuramah program RTM KBI bersama Pengurus Besar Lembaga Kebud...
20/08/2026

Buletin Budaya, 20 Ogos 2026 (Khamis)

-Sedutan berita-

Sesi temuramah program RTM KBI bersama Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah bagi tahun 2026.

Mackey Apison Lo

Sumber Video : RTM KBI

#08/26

Buletin Budaya, 20 Ogos 2026 (Khamis)-Sedutan berita-Sesi temur...

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kewangan Negeri Sabah selaku Jawatankuasa Indu...
20/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kewangan Negeri Sabah selaku Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2026 serta kepada penaja-penaja rasmi yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan Citra Seni Sabah 4.0 (CITRAS):

1. Sawit Kinabalu Group
2. Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd.
3. Sabah Credit Corporation
4. Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd.
5. Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA)
6. Persatuan Aspirasi dan Teknologi Kreatif Kota Kinabalu (KATO)
7. Hebat Car Rental Sdn. Bhd.
8. Yayasan Sabah Group

Segala sokongan dan sumbangan yang diberikan amat dihargai. Terima kasih kerana bersama-sama menyokong usaha memperkasa seni dan budaya Sabah.

Buletin Budaya, 20 Ogos 2026 (Khamis)Bahagian Latihan dan Kemahiran, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah melaksanakan ...
20/08/2026

Buletin Budaya, 20 Ogos 2026 (Khamis)

Bahagian Latihan dan Kemahiran, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah melaksanakan pemantauan di beberapa studio pegawai dagang pada 18 dan 19 Ogos 2026 bagi menilai pematuhan terhadap prosedur operasi yang ditetapkan.

Antara studio yang terlibat ialah Dancespiration Studio (Penampang), Dance Art Academy (Damai) dan Dance With Me Studio (Iramanis).

Pemantauan yang diketuai oleh En. Julian Muslih, Pengurus Bahagian Latihan & Kemahiran ini dilaksanakan bagi memastikan pengoperasian studio berjalan mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan, di samping memperkukuh pemantauan serta pengurusan aktiviti seni dan kebudayaan di Sabah.

#54/26

Buletin Budaya, 20 Ogos 2026 (Khamis)Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Pengurusan , Bil.2/2026 Lembaga Ke...
20/08/2026

Buletin Budaya, 20 Ogos 2026 (Khamis)

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Pengurusan , Bil.2/2026 Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) telah diadakan pada 18 Ogos 2026 (selasa), Bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Wisma Perindustrian. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bersama-sama ahli MBJ pihak pengurusan dan ahli pihak pekerja.

#53/26

Buletin Budaya, 20 Ogos 2026 (Khamis)PART 2/2Kemeriahan Pertandingan Citra Seni Sabah 4.0 (CITRAS) memuncak dengan penuh...
20/08/2026

Buletin Budaya, 20 Ogos 2026 (Khamis)

PART 2/2
Kemeriahan Pertandingan Citra Seni Sabah 4.0 (CITRAS) memuncak dengan penuh warna dan semangat kebudayaan apabila para peserta daripada sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh Sabah mempersembahkan bakat serta kreativiti masing-masing menerusi Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Sabah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Andi Md Shamsureezal, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, yang mewakili Yang Berhormat Datuk Jafry Bin Ariffin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, pada 16 Ogos 2026 bertempat di Centre Atrium, 1Borneo Hypermall.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Pengiran Abdul Azis Bin Pengiran Damsah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, pegawai-pegawai kanan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; Guru Besar sekolah-sekolah rendah; Pengetua sekolah-sekolah menengah serta agensi-agensi ahli jawatankuasa.

Pertandingan Citra Seni Sabah 4.0 (CITRAS) telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 15 hingga 16 Ogos 2026, sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026. Sebanyak 10 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang mempertandingkan kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

🏆 KEPUTUSAN PERTANDINGAN – SEKOLAH RENDAH

🥇 Johan: SK Mutiara, Kota Kinabalu
🥈 Naib Johan: SK Tobobon, Menggatal
🥉 Ketiga: SK Kogopon, Papar
🏅 Saguhati: SK St. Benedict, Ranau
🏅 Saguhati: SK Lasau Tintapon, Kota Belud

🏆 KEPUTUSAN PERTANDINGAN – SEKOLAH MENENGAH

🥇 Johan: SMK Kolombong, Kota Kinabalu
🥈 Naib Johan: SMK Narinang, Kota Belud
🥉 Ketiga: SMK Taun Gusi, Kota Belud
🏅 Saguhati: SMK Bandaraya, Kota Kinabalu
🏅 Saguhati: SMK Telipok

🎉 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Penghargaan turut dirakamkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, 1Borneo Hypermall, serta semua sekolah yang telah mengambil bahagian, memberikan sokongan dan bersama-sama menjayakan Pertandingan Citra Seni Sabah 4.0 (CITRAS).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kewangan Negeri Sabah selalu Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2026 serta kepada penaja-penaja rasmi yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan Citra Seni Sabah 4.0 (CITRAS):

1. Sawit Kinabalu Group
2. Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd.
3. Sabah Credit Corporation
4. Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd.
5. Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA)
6. Persatuan Aspirasi dan Teknologi Kreatif Kota Kinabalu (KATO)
7. Hebat Car Rental Sdn. Bhd.
8. Yayasan Sabah Group

Segala sokongan dan sumbangan yang diberikan amat dihargai. Terima kasih kerana bersama-sama menyokong usaha memperkasa seni dan budaya Sabah.

Semoga program ini terus menjadi platform dalam mencungkil bakat generasi muda, memperkasa seni dan budaya Sabah serta menyemarakkan kecintaan terhadap warisan kebudayaan negeri.

🌺 Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Jumpa lagi di CITRAS pada tahun akan datang!

#52/26

Buletin Budaya, 20 Ogos 2026 (Khamis)PART 1/2Kemeriahan Pertandingan Citra Seni Sabah 4.0 (CITRAS) memuncak dengan penuh...
20/08/2026

Buletin Budaya, 20 Ogos 2026 (Khamis)

PART 1/2

Buletin Budaya, 19 Ogos 2026 (Rabu)Program Doa Sayangi Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 anjuran Lembaga Ke...
19/08/2026

Buletin Budaya, 19 Ogos 2026 (Rabu)

Program Doa Sayangi Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bersama Persatuan Bumiputra Kristian Sabah. Program ini diadakan pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Gereja Pelita Cahaya, Damai. Program ini telah dirasmikan oleh Reverend Jellin Wandak, Presiden Persatuan Bumiputera Kristian Sabah. Turut hadir presiden dan ahli persatuan - persatuan bersama menjayakan program tersebut.

#51/26

Buletin Budaya, 18 Ogos 2026 (Selasa)IMBASAN KEMERIAHAN KARNIVAL MOMOGUN SEMPENA SAMBUTAN HARI ORANG ASAL SEDUNIA 2026Ke...
18/08/2026

Buletin Budaya, 18 Ogos 2026 (Selasa)

IMBASAN KEMERIAHAN KARNIVAL MOMOGUN SEMPENA SAMBUTAN HARI ORANG ASAL SEDUNIA 2026

Kemeriahan Karnival Momogun sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia Tahun 2026 anjuran Momogun National Congress (MNC) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Marudu dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) telah berlangsung dengan penuh meriah pada 13 hingga 15 Ogos 2026 bertempat di Pentas Utama, Dataran Kota Marudu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, yang mewakili YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Turut hadir ialah YB Datuk Dr. Maijol Mahap, J.P., Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.06, serta YBhg. Datuk Musliati binti Moslimin, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, yang mewakili Yang Berbahagia Datuk Pengiran Abdul Azis bin Pengiran Damsah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Sepanjang berlangsungnya karnival, pelbagai aktiviti kebudayaan, warisan dan kemasyarakatan telah disajikan bagi mengangkat serta memartabatkan identiti, adat resam dan warisan masyarakat Momogun.
Karnival ini turut menjadi wadah penting dalam memperkukuh semangat perpaduan komuniti, memelihara warisan budaya serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menghargai dan melestarikan khazanah budaya masyarakat Orang Asal Sabah.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival Momogun 2026!

#50/26

Address

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088268827

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share