MARDI Sabah

MARDI Sabah Pejabat MARDI Sabah

ROSEL DI SEBALIK KELOPAK MERAH YANG MENAWAN | AGROMEDIA BIL.84 2026 Rosel si bunga merah merupakan tanaman industri ting...
19/08/2026

ROSEL DI SEBALIK KELOPAK MERAH YANG MENAWAN | AGROMEDIA BIL.84 2026

Rosel si bunga merah merupakan tanaman industri tinggi khasiat dan mendatangkan manfaat, namun mungkin ada di antara anda yang masih kurang mengenali tanaman ini. Rosel juga dikenali sebagai asam paya, asam kumbang dan asam susur.

NAK TAHU APA LAGI RAHSIA ROSEL SI BUNGA MERAH? DAPATKAN MAJALAH AGROMEDIA BIL. 84 SEKARANG ATAU BOLEH KLIK PAUTAN INI: https://linktr.ee/penerbitmardi

Jagung Bijian Tempatan, Masa Depan Pertanian NegaraTelah berlangsung Majlis Peluncuran Varieti Jagung Bijian Tempatan da...
17/08/2026

Jagung Bijian Tempatan, Masa Depan Pertanian Negara

Telah berlangsung Majlis Peluncuran Varieti Jagung Bijian Tempatan dan Penanaman Jagung Bijian Berskala Besar yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Varieti hibrid tempatan MZ1 dan MZ2 hasil penyelidikan MARDI menjadi langkah penting dalam mengurangkan kebergantungan kepada import makanan ternakan, sekali gus memperkukuh keterjaminan makanan dan kelestarian sektor pertanian negara.

15 Ogos | MARDI terus mendekati komuniti menerusi Program Corporate Social Responsibility (CSR) bersama anak-anak Pendid...
16/08/2026

15 Ogos | MARDI terus mendekati komuniti menerusi Program Corporate Social Responsibility (CSR) bersama anak-anak Pendidikan Khas SK Bestari Damansara.

Dalam suasana ceria, anak-anak berpeluang mengikuti demonstrasi dan aktiviti penanaman menggunakan GreenKit. Mereka turut mencuba sendiri menyediakan medium tanaman, menanam dan menyiram pokok

Bukan sekadar menanam, aktiviti ini menjadi ruang untuk menyemai minat terhadap pertanian, membina keyakinan diri serta belajar melalui pengalaman sebenar.

Semoga benih yang ditanam hari ini terus tumbuh subur, begitu juga ilmu, minat dan impian anak-anak.

๐Ÿง…โœจ PENYERTAAN TELAH PENUH! โœจ๐Ÿง…Terima kasih atas sambutan dan sokongan yang sangat menggalakkan terhadap Bengkel Penanaman...
15/08/2026

๐Ÿง…โœจ PENYERTAAN TELAH PENUH! โœจ๐Ÿง…

Terima kasih atas sambutan dan sokongan yang sangat menggalakkan terhadap Bengkel Penanaman Bawang Merah MARDI! ๐ŸŒฑ

Untuk makluman, pendaftaran kini telah ditutup kerana kuota penyertaan telah penuh. ๐ŸŽ‰

Terima kasih kepada semua yang telah mendaftar dan menunjukkan minat untuk bersama-sama โ€œMembawangโ€ Bersama MARDI! ๐Ÿง…๐Ÿ˜„

Jumpa anda pada 19 Ogos 2026 di Hotel Ibis Inanam, Sabah!

Terima kasih atas sokongan anda kepada MARDI Sabah. ๐Ÿ’š







KURSUS PENGURUSAN TATACARA KERETA RASMI JAWATAN (KRJ) 2026Pusat Pengurusan Kewangan MARDI telah menganjurkan Kursus Peng...
11/08/2026

KURSUS PENGURUSAN TATACARA KERETA RASMI JAWATAN (KRJ) 2026

Pusat Pengurusan Kewangan MARDI telah menganjurkan Kursus Pengurusan Tatacara Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) Tahun 2026 yang disampaikan oleh Encik Mohd Razif bin Abdul Rahman, Ketua Unit Dasar, Seksyen Pengurusan Kenderaan Kerajaan, Bahagian Pengurusan Aset Awam, Kementerian Kewangan.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pemahaman serta memperkemas pengurusan dan tatacara penggunaan kenderaan KRJ agar lebih cekap, teratur dan selaras dengan peraturan yang ditetapkan.

Kursus ini melibatkan pengurusan tertinggi MARDI serta warga MARDI yang berkaitan bagi memastikan pengurusan KRJ dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur dan berkesan.

Dah sampai Laman Sayur, jangan balik tanpa bergambar dengan di Pagola.Labu bergantung yang unik, menarik dan memang Inst...
10/08/2026

Dah sampai Laman Sayur, jangan balik tanpa bergambar dengan di Pagola.

Labu bergantung yang unik, menarik dan memang Instagrammable. Jom singgah, ambil gambar dan kongsi pengalaman anda!

Jumpa anda di MAHA 2026
28 Ogos โ€“ 6 September 2026
MAEPS Serdang

SELAMAT HARI LAHIR YAB DATOโ€™ SERI ANWAR IBRAHIMKetua Pengarah MARDI dan seluruh warga MARDI merakamkan ucapan Selamat Ha...
10/08/2026

SELAMAT HARI LAHIR YAB DATOโ€™ SERI ANWAR IBRAHIM

Ketua Pengarah MARDI dan seluruh warga MARDI merakamkan ucapan Selamat Hari Lahir kepada YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga YAB Datoโ€™ Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam terus memimpin negara ke arah Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan makmur.

Ikhlas daripada Ketua Pengarah MARDI dan seluruh warga MARDI

๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด๐‘ท๐’†๐’๐’…๐’‚๐’‡๐’•๐’‚๐’“๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’Š๐’•๐’–๐’•๐’–๐’‘๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด๐Ÿง… ๐—๐—ข๐—  ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” โ€œ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—šโ€ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐——๐—œ! ๐Ÿง…Jangan lepaskan peluang keemasan ni!  ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—”๐— ๐—”๐—ก ...
10/08/2026

๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด๐‘ท๐’†๐’๐’…๐’‚๐’‡๐’•๐’‚๐’“๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’Š๐’•๐’–๐’•๐’–๐’‘๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด

๐Ÿง… ๐—๐—ข๐—  ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” โ€œ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—šโ€ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐——๐—œ! ๐Ÿง…

Jangan lepaskan peluang keemasan ni!
๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—ฅ๐——๐—œ
๐Ÿ“… Tarikh : 19 Ogos 2026
๐Ÿ“ Tempat : Hotel Ibis Inanam, Sabah

๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐˜?
โœ… ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐˜‚๐—บ๐—ฎ - Tak perlu bayar 1 sen pun!
โœ… ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐˜€ - Puan Wan Rozita Wan Engah dari Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI Serdang turun khas!
โœ… ๐——๐—ฒ๐—บ๐—ผ ๐—Ÿ๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ - Belajar teknik tanam Bawang Merah MARDI terus dari pakar
โœ… ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” - Semua peminat dialu-alukan!
โœ… Sijil penyertaan diberikan
โœ… Makan dan minum disediakan percuma
โœ… Terhad kepada 60 orang peserta sahaja.

Tempat terhad! Jom penuhkan dewan dan sama-sama kita majukan industri bawang merah tempatan ๐Ÿ’ช

๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐——๐—”!
Daftar sekarang bersama MARDI SABAH







19 Hari Menuju MAHA 2026Bahang MAHA 2026 semakin terasaJangan lepaskan peluang menyaksikan pelbagai teknologi pertanian ...
10/08/2026

19 Hari Menuju MAHA 2026

Bahang MAHA 2026 semakin terasa

Jangan lepaskan peluang menyaksikan pelbagai teknologi pertanian terkini, inovasi agromakanan, pameran menarik dan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.

๐Ÿ“ MAEPS, Serdang
๐Ÿ“… 28 Ogos โ€“ 6 September 2026

Jumpa anda di MAHA 2026!

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENDAFTARAN DITUTUPTerima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan terhadap Latihan Hands On Penanaman Cili...
07/08/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENDAFTARAN DITUTUP

Terima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan terhadap Latihan Hands On Penanaman Cili Secara Fertigasi yang akan diadakan pada 27 Ogos 2026 di Ladang Contoh MARDI Sabah.

๐ŸŽ‰ Sukacita dimaklumkan bahawa semua 25 tempat yang ditawarkan telah DIPENUHI. Oleh itu, pendaftaran kini telah DITUTUP.

Pihak MARDI Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah mendaftar dan menunjukkan minat terhadap program ini. Bagi yang tidak berjaya menyertai kali ini, jangan risau kerana kami akan terus menganjurkan pelbagai latihan dan program pemindahan teknologi pada masa akan datang.

๐Ÿ“Œ Ikuti Facebook MARDI Sabah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kursus, bengkel dan latihan yang akan datang
๐Ÿ™ Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap program-program MARDI Sabah.

Address

Jalan 3 KKIP Selatan 2
Kota Kinabalu
88460

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MARDI Sabah:

Shortcuts

Share