17/07/2026
๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) amat berbesar hati kerana telah dijemput dan diberi peluang untuk berkongsi kepakaran dalam Forum Kebangsaan Tahun 2026: Pengukuhan Pengurusan Data dan Konservasi Marin di Malaysia yang telah berlangsung pada 14 hingga 15 Julai 2026 bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya.
Dalam forum yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan kerjasama WWF-Malaysia ini, Pengarah SaBC, ๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฌ, telah hadir sebagai salah seorang pembentang utama di mana beliau telah menyampaikan pembentangan bertajuk "๐๐๐ซ๐๐ง๐๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐ข๐จ๐๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ซ๐ญ๐ ๐๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐๐ญ๐ข๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ข๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐๐๐ก".
Antara pengisian dan perkongsian utama yang telah dibentangkan oleh beliau termasuklah:
๐ ๐ญ. ๐ ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ & ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐๐ฒ๐ด๐ถ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ (๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ-๐ฎ๐ฌ๐ฏ๐ฐ)
Sebagai Jabatan Negeri penuh sejak 2023 di bawah Enakmen Biodiversiti Sabah 2000, SaBC kini memacu Strategi Biodiversiti Sabah 2024-2034. Sasaran utama kita adalah melindungi sekurang-kurangnya 30% kawasan darat dan 15% kawasan marin menjelang tahun 2035 melalui MPA (Marine Protected Areas) dan OECM (Other Effective Area-based Conservation Measures).
๐งฌ๐ฎ. ๐๐ป๐๐ฒ๐ด๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ป๐ ๐บ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐ฆ๐ฎ๐๐๐๐ฆ
Melalui Sabah Biodiversity Integrated Information System (SaBIIS), pangkalan data biodiversiti Sabah kini lebih bersepadu. Setakat ini, data marin merekodkan 938 spesies (termasuk 544 spesies terumbu karang). Usaha memperluas kutipan data marin terus dipergiat bagi merapatkan jurang baki data marin negeri.
๐ ๐ฏ. ๐ฆ๐๐ฎ๐๐๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ป๐ฑ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ป (๐ ๐ฃ๐)
Setakat tahun 2023, Sabah kini memiliki 7 rangkaian MPA utama dengan keluasan 1,019,479 hektar (mewakili 7% daripada perairan Sabah). SaBC bersama agensi berkaitan sedang giat merapatkan jurang baki 8% lagi bagi mencapai sasaran perlindungan 15%.
๐ค ๐ฐ. ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐บ๐๐ป๐ถ๐๐ถ ๐บ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐ข๐๐๐
Pendekatan OECM terus diperkukuh di Sabah bagi melibatkan komuniti tempatan, orang asal, dan pihak swasta dalam pemuliharaan. Sebanyak tiga (3) tapak di Sabah yang telah dikenalpasti memenuhi syarat OECM iaitu Berungus Marine Managed Area (BMMA), Sungai Pin Conservation Area (SPnCA), dan Sekar Imej Conservation Area (SICA).
๐ ๐ฑ. ๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐ง๐๐ท๐ ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐๐ฒ๐ด๐ถ๐ธ
Bagi mendepani cabaran tadbir urus dan kekangan data, SaBC komited melangkah ke hadapan dengan mendigitalisasikan profil ekologi di SaBIIS, memuktamadkan Roadmap OECM Sabah, serta memperkasa kapasiti komuniti tempatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), WWF-Malaysia, serta semua rakan strategik dari agensi kerajaan, NGO (Forever Sabah, SEARRP), pihak swasta, dan komuniti yang sentiasa bersama-sama menyokong usaha murni ini.