01/09/2026
πππππππππ ππππππ πππ πππππππππππ πππππ πππππ ππ ππππ πππ πππππ πππππππ πππππ
Kota Kinabalu, 1 September 2026 (Selasa) β CP Datuk Jauteh bin Dikun, JP, Pesuruhjaya Polis Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, bertempat di Pejabat Ketua Menteri Sabah, hari ini.
Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh DCP Datuk Mohd Azhar bin Hamin, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, SAC Mohd Hafiz bin Yaβacob, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, ACP Wong Leong Meng, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Sabah, ACP Shahrudin bin Mat Husain, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu serta Supt. Yampil Anak Garai, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sabah.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi memperkenalkan barisan kepimpinan PDRM Sabah serta Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu yang baharu, di samping menjadi platform untuk bertukar pandangan dan memperkukuh hubungan antara PDRM Kontinjen Sabah dengan Kerajaan Negeri Sabah.
Pertemuan tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam memperkukuh jalinan kerjasama bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.
βPolis & Masyarakat, Berpisah Tiada.β
, Polis Sabah