LKIM Negeri Sabah

Call Directions Website Contact the organization

LKIM Negeri Sabah Facebook Rasmi Pejabat LKIM Negeri Sabah (Official)

Seorang peniaga mencatat jualan RM30,000 dalam tiga hari HPPNS 2026 di Padang Pekan Tenom, antara tanda program itu menc...
26/10/2026

Seorang peniaga mencatat jualan RM30,000 dalam tiga hari HPPNS 2026 di Padang Pekan Tenom, antara tanda program itu mencapai sasaran jualan RM1 juta dengan kira-kira 30,000 pengunjung.

Berita Penuh :
https://tvsabahnews.com/hppns-tenom-catat-jualan-rm1-juta/

Seorang peniaga mencatat jualan RM30,000 dalam tiga hari HPPNS 2026 di Padang Pekan Tenom, antara tanda program itu mencapai sasaran jualan RM1 juta dengan kira-kira 30,000 pengunjung.

Berita Penuh :
https://tvsabahnews.com/hppns-tenom-catat-jualan-rm1-juta/

26/10/2026

๐—ฆ๐—ข๐—ฅ๐—ข๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—š๐—” | ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š, ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› (๐—›๐—ฃ๐—ฃ๐—ก๐—ฆ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ—“๏ธ25 Oktober 2026 (Ahad)
๐Ÿ“Padang Bandaran Tenom

Sekitar hari terakhir Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sabah (HPPNS) 2026 bertempat di Padang Bandaran Pekan Tenom.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah mengambil bahagian dan memeriahkan aktiviti di reruai LKIM Negeri Sabah.





๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—š๐—” | ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ - ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š, ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”...
26/10/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—š๐—” | ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ - ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š, ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› (๐—›๐—ฃ๐—ฃ๐—ก๐—ฆ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Kemeriahan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sabah (HPPNS) 2026 Peringkat Negeri Sabah, Daerah Tenom terus dirasai sehingga ke hari terakhir. Sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran telah menyerlahkan kemeriahan program serta membuktikan sokongan masyarakat terhadap inisiatif yang diketengahkan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.

Acara kemuncak pada hari terakhir diteruskan dengan Majlis Penutupan HPPNS 2026 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Jamawi bin Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2026.

Dalam masa yang sama, pelbagai aktiviti menarik di reruai LKIM Negeri Sabah turut mendapat sambutan daripada para pengunjung. Peraduan Teka Berat Ikan Tuna dan Teka Bilangan Ikan dalam Akuarium yang telah dibuka sepanjang program akhirnya melabuhkan tirai dengan pengumuman para pemenang.

1. Pemenang Teka Berat Ikan Tuna
Tony bin Kunjin โ€“ berjaya meneka berat ikan tuna dengan tepat iaitu 21.0 kilogram.

2. Pemenang Teka Bilangan Ikan dalam Akuarium
Teressah binti Lahwi โ€“ berjaya meneka sebanyak 102 ekor ikan.

3. Pengunjung Bertuah Reruai LKIM Negeri Sabah
Puan Anita Chee โ€“ terpilih sebagai pengunjung bertuah bagi aktiviti yang berlangsung sepanjang tiga hari HPPNS 2026.

Usai pengumuman pemenang, kemeriahan diteruskan dengan acara lelongan ikan tuna yang menjadi salah satu tarikan kepada para pengunjung. Bidaan telah dibuka dan seorang pengunjung berjaya membuka bidaan pada harga RM80.00 bagi seekor ikan tuna seberat 21.0 kilogram.

Tidak terhenti di situ, pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti Teka Nama Ikan serta Free Giveaway melalui permainan Roda Impian yang terbuka kepada semua pengunjung secara percuma. Para peserta yang berjaya meneka nama ikan dengan tepat berpeluang membawa pulang produk usahawan LKIM secara percuma.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pengunjung yang telah hadir dan memberikan sokongan sepanjang berlangsungnya HPPNS 2026. Sokongan dan penyertaan anda semua telah menjadi pemangkin kepada kemeriahan program ini. Tanpa sokongan para pengunjung, pastinya suasana dan kemeriahan HPPNS 2026 tidak akan sama.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah LKIM Negeri Sabah,Encik Mohd Jamil bin Abdullah; Timbalan Pengarah LKIM Negeri Sabah,Encik Hasbie bin Mokti, Pengerusi-pengerusi PNN/PNK, Pengurus-Pengurus Besar PNK serta para pegawai dan kakitangan LKIM di Negeri Sabah.

Terima kasih atas kebersamaan dan sokongan yang diberikan. Semoga penganjuran HPPNS terus menjadi platform dalam memperkukuh hubungan antara agensi, pemain industri serta masyarakat, di samping memperkenalkan peranan dan sumbangan sektor peladang, penternak dan nelayan kepada pembangunan agro-makanan negeri.





26/10/2026

๐—ฆ๐—ข๐—ฅ๐—ข๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” | ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š, ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› (๐—›๐—ฃ๐—ฃ๐—ก๐—ฆ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ข๐— 

๐Ÿ—“๏ธ24 Oktober 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“Padang Bandaran Tenom

Kemeriahan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sabah (HPPNS) 2026 kini menghampiri kemuncaknya!

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke reruai pameran LKIM dan sertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.





๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐— ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—›๐—ฃ๐—ฃ๐—ก๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—”๐—œ ๐—Ÿ๐—ž๐—œ๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenan...
25/10/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐— ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—›๐—ฃ๐—ฃ๐—ก๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—”๐—œ ๐—Ÿ๐—ž๐—œ๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang bagi aktiviti Teka Berat Ikan Tuna dan Teka Bilangan Ikan dalam Akuarium yang telah dianjurkan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sabah (HPPNS) 2026!

๐ŸŽฏ TEKA BERAT IKAN TUNA
๐Ÿ† Pemenang: Tony bin Kunjin
โš–๏ธ Jumlah Berat: 21 kg
๐Ÿ‘ฅ Jumlah penyertaan: 555 orang

๐Ÿ  TEKA BILANGAN IKAN DALAM AKUARIUM
๐Ÿ† Pemenang: Teressah binti Lahwi
๐ŸŸ Jumlah Ikan: 102 ekor ikan
๐Ÿ‘ฅ Jumlah penyertaan: 258 orang

๐ŸŽ PENGUNJUNG BERTUAH
โœจ Puan Anita Chee

Secara keseluruhannya, kedua-dua aktiviti ini telah menerima 813 penyertaan daripada para pengunjung HPPNS 2026.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah mengambil bahagian dan memeriahkan aktiviti di reruai LKIM Negeri Sabah. Tahniah kepada para pemenang dan jangan lupa teruskan berkunjung ke reruai LKIM untuk mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang disediakan! ๐Ÿคฉ๐ŸŽ

Tahniah dan syabas kepada semua! ๐Ÿฅณ๐Ÿ‘๐Ÿป

Penyertaan bagi Aktiviti Teka Berat Ikan Tuna dan Teka Bilangan Ikan Dalam Akuarium telah pun ditutup! Kini, tiba masany...
25/10/2026

Penyertaan bagi Aktiviti Teka Berat Ikan Tuna dan Teka Bilangan Ikan Dalam Akuarium telah pun ditutup!

Kini, tiba masanya untuk mengetahui siapakah yang bakal membawa pulang gelaran pemenang bertuah bagi kedua-dua aktiviti ini! ๐ŸŽ

Pengumuman pemenang akan diumumkan tidak lama lagi.

Good luck dan semoga berjaya kepada semua peserta! ๐Ÿ˜‰

24 Oktober 2026 (Sabtu) | Hari Kedua - Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPP...
24/10/2026

24 Oktober 2026 (Sabtu) | Hari Kedua - Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2026

Kemeriahan hari kedua sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sabah (HPPNS) diteruskan dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Negeri sabah yang mewakili Ketua Menteri Sabah.

Dalam ucapan alu-aluan, Yang Berhormat Datuk Haji Jamawi bin Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga peladang, penternak dan nelayan atas komitmen serta sumbangan yang diberikan dalam memperkukuh sektor agromakanan negeri Sabah.

Yang Berbahagia Datuk turut menekankan kepentingan memperkasakan golongan peladang, penternak dan nelayan sebagai penggerak utama sektor agromakanan, di samping terus meningkatkan produktiviti, daya saing dan kesejahteraan komuniti luar bandar.

Turut diserikan dengan Penyampaian Anugerah Pencapaian Cemerlang (High Achievers) kepada 50 orang penerima yang telah menunjukkan prestasi serta pencapaian membanggakan. 5 Kategori Penyampaian Anugerah Pencapaian Cemerlang (High Achievers) bagi LKIM iaitu :

1. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tuaran - Kategori PNK Berdaya Maju
2. Mohamad Yuseri bin Lamyah - Kategori Nelayan Berdaya Maju
3. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kudat - Kategori Pemasaran PNK Berdaya Maju
4. Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA) PNK Kota Kinabalu - Kategori KUBENA Berdaya Maju
5. Am Fadzrina binti Sjamsulbari - Kategori Usahawan Berdaya Maju

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian serta komitmen yang telah ditunjukkan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan, meningkatkan daya saing serta menyumbang kepada pembangunan sektor agromakanan negeri Sabah.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian ini ialah Encik Mohd Jamil bin Abdullah, Pengarah LKIM Negeri Sabah; Encik Hasbie bin Mokti, Timbalan Pengarah LKIM Negeri Sabah, serta kehadiran Pengurus Besar dan Pengerusi PNN/PNK di Seluruh Sabah





๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (Sabtu)๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” | ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š, ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› (๐—›๐—ฃ๐—ฃ๐—ก๐—ฆ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—”๐—˜...
24/10/2026

๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (Sabtu)

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” | ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š, ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› (๐—›๐—ฃ๐—ฃ๐—ก๐—ฆ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ข๐— 

Kemeriahan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sabah (HPPNS) 2026 di Tenom terus mewarnai hari kedua dengan kehadiran pengunjung yang semakin meriah.

Pengarah LKIM Negeri Sabah, Encik Mohd Jamil bin Abdullah turut turun padang menyaksikan kemeriahan Program HPPNS yang berlangsung di Padang Bandaran Tenom. Kehadiran Pengarah turut memberi sokongan terhadap penglibatan LKIM dalam program ini.

Reruai LKIM Negeri Sabah turut menerima kunjungan Yang Berhormat Datuk Hj Jamawi bin Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI); Datoโ€™ Wira Haji Mahfuz bin Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Encik Amir bin Matamin, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta Pengurus Besar Persatuan Nelayan & Pengerusi PNN/PNK di Sabah

Aktiviti-aktiviti menarik di reruai pameran LKIM seperti :

โš–๏ธ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜›๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข
๐Ÿ  ๐˜›๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜‰๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ˆ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ถ๐˜ฎ
๐ŸŸ ๐˜‘๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜œ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜“๐˜’๐˜๐˜”
๐Ÿ›’ ๐˜‘๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜จ๐˜ณ๐˜ฐ ๐˜”๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช (๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฉ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ)

Aktiviti pengunjung ini masih diteruskan pada hari kedua. Pengunjung di sekitar Tenom dialu-alukan untuk berkunjung di pameran reruai LKIM Negeri Sabah. Pelbagai Aktiviti yang disediakan serta peluang untuk pengunjung bertanya terus kepada LKIM berkaitan fungsi dan perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat nelayan.

Jom Datang bah ke Reruai LKIM (A13)!





Address

Kota Kinabalu
88450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LKIM Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to LKIM Negeri Sabah:

Shortcuts

Share