Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek

Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek Wanita Bahagian N7 Tandek

7 Ogos 2026 | MAJLIS ANGKAT SUMPAH & WATIKAH PELANTIKAN WANITA PBS N.7 TANDEKSetinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada s...
20/08/2026

7 Ogos 2026 | MAJLIS ANGKAT SUMPAH & WATIKAH PELANTIKAN WANITA PBS N.7 TANDEK

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh barisan Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek yang telah menerima watikah pelantikan bagi sesi baharu.

Setulus penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Hendrus Anding (JP) atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada barisan kepimpinan Wanita PBS N.7 Tandek.

Pelantikan ini merupakan amanah untuk terus turun padang, mendekati masyarakat, mendengar suara wanita dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan serta integriti.

Sebagai Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek, kami akan terus memperkukuh kesatuan, memperkasakan peranan wanita serta memartabatkan perjuangan wanita demi keluarga, masyarakat dan Sabah yang lebih baik.

Semoga amanah ini dapat dilaksanakan sebaik-baiknya dengan semangat Sabahan yang bersatu, saling menghormati dan sentiasa bersedia berkhidmat untuk rakyat.

Terima kasih atas kepercayaan.
Kami akan terus melangkah, terus berkhidmat dan terus memperjuangkan suara wanita.

Wanita PBS N.7 Tandek β€” Bersatu, Berkhidmat, Memartabatkan Perjuangan Wanita. βœŠπŸ»πŸ’š

BERSATU! ✊
BERSATU! ✊
BERSATU! ✊

19/08/2026

Bersatu! ✊
Bersatu! ✊
Bersatu! ✊

19/08/2026

Terima kasih YB Datuk Hendrus Anding πŸ™

11 OGOS 2026 | PROGRAM ZIARAH KASIH PERGERAKAN WANITA PBS N7 TANDEK MEWAKILI YB DATUK HENDRUS ANDING (JP) MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DI KAMPUNG LONGOB.

13 OGOS 2026 β€” PROGRAM ZIARAH KASIH PERGERAKAN WANITA PBS N.7 TANDEK, SANTUNI KELUARGA DI KAMPUNG LONGOBPergerakan Wanit...
19/08/2026

13 OGOS 2026 β€” PROGRAM ZIARAH KASIH PERGERAKAN WANITA PBS N.7 TANDEK, SANTUNI KELUARGA DI KAMPUNG LONGOB

Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek meneruskan usaha mendekati dan menyantuni masyarakat melalui Program Ziarah Kasih dengan mengadakan kunjungan ke sebuah keluarga di Kampung Longob yang sedang berdepan dengan keadaan kesihatan yang kurang baik.

Program ini diketuai oleh Puan Mairin Tutum, Ketua Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek, bersama seramai 8 orang AJK Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek.

Dalam program ini, Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek telah mewakili YB Datuk Hendrus Anding Anding (JP) untuk menyampaikan sumbangan kepada penerima yang memerlukan.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu meringankan beban serta memberi sedikit manfaat dan kegembiraan kepada penerima sekeluarga.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Hendrus Anding(JP) atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.

Keluarga yang diziarahi terdiri daripada 5 orang ahli keluarga, termasuk seorang warga emas dan seorang OKU, yang kesemuanya berdepan dengan masalah kesihatan. Kunjungan ini bukan sahaja bertujuan menyampaikan bantuan, malah menjadi ruang untuk bertanya khabar, mendengar keadaan dan memberi sokongan moral kepada keluarga berkenaan.

Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek akan terus komited mendekati masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan, melalui semangat β€œPrihatin, Bersama dan Berkhidmat Untuk Rakyat.”

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ziarah kasih ini. Semoga usaha kecil yang dilakukan menjadi manfaat dan membawa sinar harapan kepada keluarga yang disantuni.

Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek
Prihatin β€’ Bersama β€’ Berkhidmat







2 OGOS 2026 | BENGKEL MEMPERKASAKAN WANITA PBS Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek telah diwakili oleh tiga orang AJK dalam...
19/08/2026

2 OGOS 2026 | BENGKEL MEMPERKASAKAN WANITA PBS

Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek telah diwakili oleh tiga orang AJK dalam Bengkel Memperkasakan Wanita yang berlangsung di Taginambur Farmstay, dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Hadir mewakili Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek ialah Pn. Imelda Annabell Shen, Bendahari; Pn. Satizah Bausi, Setiausaha; dan Pn. Monica Mairon, Ketua Penerangan.

Bengkel yang menghimpunkan seramai 50 orang ahli wanita PBS ini berlangsung dalam suasana santai, ceria dan penuh semangat, di samping memberikan ruang untuk perkongsian ilmu, pengalaman serta pengukuhan peranan wanita.

Semoga program seperti ini terus menyemarakkan semangat, keyakinan dan kesatuan dalam kalangan Wanita PBS. πŸ’™πŸ’ͺ

Wanita PBS N.7 Tandek β€” Bersama Memperkasa, Bersama Melangkah! πŸ’™

21 JULAI 2026 | PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN KERUSI RODA Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek telah mengadakan program penyer...
19/08/2026

21 JULAI 2026 | PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN KERUSI RODA

Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek telah mengadakan program penyerahan sumbangan kerusi roda daripada YBhg. Datuk Dr. Christopher Mandut kepada Pn. Luhunggut binti Mindo, yang sedang sakit terlantar.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pn. Jarinah Masumping, Penyelaras Wanita PDM Marak Parak, selaku wakil YBhg. Datuk Dr. Christopher Mandut.

Semoga sumbangan ini dapat membantu memudahkan pergerakan, memberikan keselesaan serta sedikit sebanyak meringankan urusan harian Pn. Luhunggut dan keluarga.

Semoga Pn. Luhunggut terus diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan, serta semoga sumbangan kecil ini membawa manfaat dan sinar harapan kepada beliau sekeluarga. πŸ€²πŸ»πŸ’š

Keprihatinan dan kebersamaan sentiasa menjadi keutamaan dalam membantu mereka yang memerlukan.

6 JULAI 2026 | MESYUARAT JAWATANKUASA PERGERAKAN WANITA PBS N7 TANDEK SESI 2026–2029Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Wa...
19/08/2026

6 JULAI 2026 | MESYUARAT JAWATANKUASA PERGERAKAN WANITA PBS N7 TANDEK SESI 2026–2029

Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek yang baharu bagi sesi 2026–2029 telah diadakan pada 6 Julai 2026.

Mesyuarat ini menjadi ruang untuk memperkukuh kerjasama, menyusun gerak kerja serta merancang agenda dan aktiviti Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek bagi sesi baharu.

Semoga barisan kepimpinan yang baharu terus bersatu hati, bersemangat dan komited dalam memperkasakan wanita serta membawa suara dan aspirasi wanita di kawasan N7 Tandek.

Bersatu, Berkhidmat, Berjuang! πŸ’ͺπŸ»πŸ’šβ€οΈ

4 JULAI 2026 | PERGERAKAN WANITA PBS N.7 TANDEK HADIRI MESYUARAT AGUNG BAHAGIAN PBS N.38 PAGINATAN ,  N.37 KARAANAAN & N...
19/08/2026

4 JULAI 2026 | PERGERAKAN WANITA PBS N.7 TANDEK HADIRI MESYUARAT AGUNG BAHAGIAN PBS N.38 PAGINATAN , N.37 KARAANAAN & N.36 KUNDASANG

Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek yang diketuai oleh Puan Mairin Tutum telah hadir bagi mengiringi YB Datuk Hendrus Anding (JP) ke program Mesyuarat Agung Bahagian PBS N.38 Paginatan , PBS N.37 Karanaan dan N.36 Kundasang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kepimpinan serta ahli PBS Bahagian Paginatan, Karanaan dan Kundasang atas kejayaan menganjurkan mesyuarat agung dengan penuh teratur, harmoni dan semangat perpaduan.

Semoga pertemuan ini terus memperkukuhkan organisasi, mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat perjuangan dalam membela kepentingan rakyat dan memartabatkan perjuangan PBS. πŸ’ͺπŸ»πŸ’™

Bersatu! ✊
Bersatu! ✊
Bersatu! ✊





9 JUN 2026 | MESYUARAT KHAS PERGERAKAN WANITA PBS N.7 TANDEK SESI 2026–2029 Mesyuarat Khas Pergerakan Wanita PBS N.7 Tan...
19/08/2026

9 JUN 2026 | MESYUARAT KHAS PERGERAKAN WANITA PBS N.7 TANDEK SESI 2026–2029

Mesyuarat Khas Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek bagi sesi 2026–2029 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan serta memuktamadkan pelantikan barisan Jawatankuasa Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek untuk sesi baharu.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang telah memenangi pemilihan. Ucapan tahniah juga khusus buat Puan Mairin Tutum, Ketua Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek, yang telah menang tanpa bertanding dan berjaya mempertahankan jawatan bagi meneruskan kepimpinan beliau untuk sesi 2026–2028.

Semoga barisan kepimpinan dan jawatankuasa yang baharu dapat terus menggalas amanah dengan penuh dedikasi, bersatu hati dan komited memperjuangkan kebajikan serta kepentingan wanita dan masyarakat di N.7 Tandek.

Kemenangan adalah permulaan, bukan pengakhiran. Amanah yang diberikan harus dijunjung, perjuangan harus diteruskan dan kebersamaan menjadi kekuatan.

Bersatu hati, melangkah seiring, teruskan perjuangan! πŸ’ͺπŸ»πŸ’™

Wanita PBS N.7 Tandek β€” Teguh Bersama, Terus Berbakti!




02 JUN 2026 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERGERAKAN WANITA PBS N7 TANDEK KALI KE41 TAHUN 2026Tempat: Dewan Terbuka Pekan Ta...
15/06/2026

02 JUN 2026 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERGERAKAN WANITA PBS N7 TANDEK KALI KE41 TAHUN 2026

Tempat: Dewan Terbuka Pekan Tandek
Masa: 7.00 pagi – 11.00 pagi

Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-41 bagi sesi tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Terbuka Pekan Tandek pada 2 Jun 2026.

Program ini telah menghimpunkan seramai 176 orang perwakilan dari seluruh cawangan dalam kawasan N7 Tandek. Kehadiran yang amat memberangsangkan ini mencerminkan komitmen serta semangat perjuangan yang tinggi dalam kalangan ahli wanita untuk terus memperkukuhkan organisasi parti di peringkat akar umbi.

Persidangan telah dipengerusikan oleh Pn. Mimi Leong @ Florance, Exco Wanita Pusat.
Mesyuarat telah membincangkan pelbagai perkara penting termasuk laporan aktiviti tahunan, pembentangan laporan kewangan, hala tuju pergerakan wanita, serta cadangan program-program yang akan dilaksanakan bagi memperkasakan wanita di kawasan N7 Tandek.

Selain itu, mesyuarat turut menyaksikan proses pemilihan dan pembentukan barisan kepimpinan baharu Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek bagi sesi 2026–2028. Proses pemilihan telah berlangsung dalam suasana yang harmoni, telus dan mengikut perlembagaan parti.

Penganjuran mesyuarat ini diharap dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim, kerjasama serta semangat perjuangan dalam kalangan ahli wanita PBS demi memastikan kesinambungan kecemerlangan organisasi dan kejayaan parti pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur, para perwakilan serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Pergerakan Wanita PBS N7 Tandek 2026.

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Wanita PBS N.7 Tandek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share