RELA Negeri Sabah

RELA Negeri Sabah Selamat datang ke laman Facebook rasmi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah Jom sertai RELA!

RELA merupakan sebuah Jabatan yang mentadbir urus sukarelawan paling ramai di Malaysia. Dengan keanggotaan seramai 3 juta orang di seluruh negara, RELA megah memakai beret kuning dan seragam hijau. Anggota RELA sentiasa bersedia dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan dari semasa ke semasa. Dari penugasan kawalan keselamatan, sehingga ke penugasan kawalan komuniti di ESSZONE, RELA kini mampu m

enggalas tugas yang diamanahkan dengan berkesan. Sebagai benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sukarelawan yang unggul ini memerlukan tenaga daripada muda mudi di seluruh negara untuk memastikan RELA melangkah lebih jauh ke hadapan.

31/08/2026
πŸ†πŸ‡²πŸ‡Ύ TAHNIAH KONTINJEN JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) NEGERI SABAH πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ†TEMPAT KETIGA BAGI KATEGORI JABATAN KERAJAAN B...
31/08/2026

πŸ†πŸ‡²πŸ‡Ύ TAHNIAH KONTINJEN JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) NEGERI SABAH πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ†

TEMPAT KETIGA BAGI KATEGORI JABATAN KERAJAAN BERPAKAIAN SERAGAM RASMI (PERSEKUTUAN)

πŸ“ Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu
πŸ“… 31 Ogos 2026

Kontinjen Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 dan Hari Sabah Ke-63 Tahun 2026 dengan penuh semangat patriotik, disiplin dan semangat berpasukan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kontinjen RELA Negeri Sabah atas kejayaan meraih Tempat Ketiga Pertandingan Berjalan Lalu Kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi (Persekutuan). Kontinjen diketuai oleh Cik BB Honeyda binti Durahman, Jurulatih Anggota RELA, PLRNS selaku Ketua Kontinjen, manakala PPgKR Augustine bin Joseph @ Kopong, Penolong Pegawai Latihan, PLRNS bertindak selaku Pegawai Pengiring.

Turut serta ialah PPgKR Rayner Jerus, Penolong Pegawai Latihan PLRNS, PPgKR Mohd Najib bin Yosong, Penolong Pegawai Persenjataan; PPgR Stephenie Anak Barnabas, Penolong Pegawai Latihan PLRNS bersama jurulatih jemputan PPgKR Nurul Hassyerah Atiqah binti Hassan, Penolong Pegawai RELA Daerah, Semporna.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen, disiplin dan semangat berpasukan seluruh anggota kontinjen. Semoga pencapaian membanggakan ini menjadi pembakar semangat untuk terus Setia Berbakti kepada masyarakat, negeri dan negara.

Sumber media: Unit Media Pusat Latihan RELA Negeri Sabah.

π‘Ίπ’šπ’‚π’ƒπ’‚π’” 𝒅𝒂𝒏 π’•π’‚π’‰π’π’Šπ’‚π’‰ π’Œπ’†π’‘π’‚π’…π’‚ 𝒔𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 π‘²π’π’π’•π’Šπ’π’‹π’†π’ 𝑹𝑬𝑳𝑨 π‘΅π’†π’ˆπ’†π’“π’Š 𝑺𝒂𝒃𝒂𝒉!






πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎHari Kemerdekaan menjadi detik penting untuk kita mengenang kembali jasa da...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Hari Kemerdekaan menjadi detik penting untuk kita mengenang kembali jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu dalam membebaskan negara daripada penjajahan.

Sempena sambutan kemerdekaan ke-69, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai keamanan dan keharmonian yang dinikmati hari ini.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita terus berganding bahu, saling menghormati dan memainkan peranan dalam membina sebuah negara yang aman, sejahtera dan gemilang.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2026!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ





29/08/2026
JIWA MERDEKA: PERJUANGAN BELUM SELESAIKemerdekaan adalah amanah yang perlu terus dipelihara. Belajarlah daripada masa la...
28/08/2026

JIWA MERDEKA: PERJUANGAN BELUM SELESAI

Kemerdekaan adalah amanah yang perlu terus dipelihara. Belajarlah daripada masa lalu, bersiap untuk masa depan dan berikan yang terbaik pada hari ini.

Teruskan perjuangan membina negara dengan jiwa yang merdeka, semangat setia dan sikap saling berbakti.

15 Rabiulawal 1448H / 28 Ogos 2026M





27/08/2026

Petikan ucapan YBhg. Datuk KPjR Rosli Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) semasa Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah RELA Bersama Kontinjen Perbarisan RELA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 bertempat di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 27 Ogos 2026 (Khamis).











PENGARAH RELA NEGERI SABAH MERASMIKAN πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πŠπ€π–π€πƒ 𝐃𝐀𝐍 πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ 𝐑𝐄𝐋𝐀 (𝐊𝐊𝐈) 202626 Ogos 2026 | Rabu – Kursus Ke...
27/08/2026

PENGARAH RELA NEGERI SABAH MERASMIKAN πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πŠπ€π–π€πƒ 𝐃𝐀𝐍 πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ 𝐑𝐄𝐋𝐀 (𝐊𝐊𝐈) 2026

26 Ogos 2026 | Rabu – Kursus Kemahiran Kawad dan Istiadat RELA (KKI) 2026 memulakan hari pertama dengan Majlis Perasmian Pembukaan Kursus yang telah dirasmikan oleh PjR Darman bin Dabang, Pengarah RELA Negeri Sabah.

Selesai majlis perasmian, pengisian kursus diteruskan dengan taklimat keselamatan serta pembahagian platun kepada para peserta kursus sebelum menjalani sesi latihan yang telah ditetapkan sepanjang kursus berlangsung.

Pelaksanaan kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran, disiplin dan keterampilan peserta dalam aspek kawad dan istiadat, di samping memupuk semangat kerjasama serta profesionalisme dalam kalangan warga RELA.

Sumber Media : Unit Media Pusat Latihan RELA Negeri Sabah.





27/08/2026

LATIHAN PENYELARASAN KAWAD KAKI KONTINJEN RELA NEGERI SABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI SABAH

Latihan penyelarasan kawad kaki Kontinjen RELA Negeri Sabah telah dilaksanakan sebagai persediaan bagi menghadapi Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-69 Peringkat Negeri Sabah.

Latihan ini bertujuan memastikan setiap anggota kontinjen berada pada tahap kesiapsiagaan, disiplin dan keseragaman yang tinggi, khususnya dari aspek pergerakan kawad, kekemasan barisan serta koordinasi pasukan.

Melalui latihan yang dilaksanakan secara berterusan, semangat patriotisme, kerjasama berpasukan dan disiplin dalam kalangan anggota RELA dapat terus diperkukuhkan.

Kontinjen RELA Negeri Sabah akan terus memberikan komitmen terbaik dalam memastikan penyertaan sempena sambutan kemerdekaan ini berjalan dengan lancar serta mencerminkan imej RELA yang berdisiplin, berintegriti dan Setia Berbakti kepada negara.

RELA Negeri Sabah β€” Setia Berbakti. πŸ‡²πŸ‡Ύ





Address

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Aras 3 Blok A, Jalan UMS-Sulaman, Mel Beg Berkunci No 53
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+6088488486

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share