24/07/2026
BERITA SUKAN | BSPT IPD KOTA KINABALU
Cawangan Siasatan & Pendakwaan Juara Keseluruhan Kejohanan Badminton BSPT IPD Kota Kinabalu
KOTA KINABALU, 24 Julai – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kota Kinabalu berjaya menganjurkan Pertandingan Badminton Peringkat BSPT IPD Kota Kinabalu 2026 yang berlangsung dengan meriah di Dewan IPD Kota Kinabalu pada Jumaat, bermula jam 8.00 pagi hingga sekitar jam 6.00 petang.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Saman BSPT IPD Kota Kinabalu itu disertai oleh pegawai kanan polis, anggota, kakitangan awam serta ahli PERKEP BSPT dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim dan menyemarakkan budaya hidup sihat.
Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori VIP dan Veteran, Kategori Lelaki Terbuka serta Kategori Perempuan. Kategori VIP dan Veteran melibatkan pegawai kanan serta anggota berusia 45 tahun ke atas, manakala Kategori Lelaki Terbuka disertai oleh pegawai, anggota dan kakitangan awam lelaki. Kategori Perempuan p**a menghimpunkan anggota, kakitangan awam dan ahli PERKEP BSPT.
Perlawanan bagi Kategori VIP dan Veteran serta Lelaki Terbuka dijalankan menggunakan sistem Winner and Loser, manakala Kategori Perempuan menggunakan sistem liga berkump**an.
Bagi Kategori VIP dan Veteran, pasangan DSP Khazrul Shah bin Annuar Ahmad bersama Insp. Mohamad Kemil muncul juara, diikuti pasangan ASP Jupri (SIO) dan Insp. Brymenedran sebagai naib juara. Tempat ketiga dimenangi oleh Insp. Irian bergandingan dengan Sjn Jeff.
Dalam Kategori Lelaki Terbuka, pasangan Kpl Hafiz dan Kpl Awang menjuarai pertandingan, manakala SM Suhayimi bersama En. Fadrian muncul naib juara. Tempat ketiga menjadi milik Kpl Silwanus dan L/Kpl Robin Wong.
Bagi Kategori Perempuan, pasangan Kpl Linda dan L/Kpl Aliza dinobatkan sebagai juara. Naib juara dimenangi oleh Kpl Melissa dan L/Kpl Seetha, manakala tempat ketiga diraih oleh Kpl Camelia bersama Puan Jastina.
Secara keseluruhan, Cawangan Siasatan & Pendakwaan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan selepas berjaya merangkul kejuaraan dalam dua kategori yang dipertandingkan.
Penganjuran kejohanan berlangsung dalam suasana harmoni, penuh semangat kesukanan dan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh semangat berpasukan, mengeratkan hubungan sesama warga BSPT serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PDRM.
— Disediakan oleh BSPT IPD Kota Kinabalu