10/03/2026
š¢ HEBAHAN MENGESAN WARIS
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kota Kinabalu memohon kerjasama orang awam untuk membantu mengesan waris kepada seorang wanita yang ditemui meninggal dunia di perairan Kampung Kesuapan, Pulau Gaya, Kota Kinabalu.
Pada 8 Mac 2026 kira-kira jam 4.00 petang, pihak polis telah menerima maklumat daripada Ketua Kampung Halilih bin Ladjahali berhubung penemuan satu mayat wanita terapung di kawasan perairan Kampung Kesapan, Pulau Gaya.
Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu bagi tujuan tindakan lanjut sementara menunggu waris tampil membuat pengecaman.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta supaya segera menghubungi:
š IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222
š Atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Kerjasama orang ramai dalam membantu menyalurkan maklumat amatlah dihargai bagi membantu pihak polis mengesan waris mangsa.
Terima kasih.