31/08/2026
值此国庆日与沙巴日,让我们共同庆祝属于马来西亚,也属于沙巴的重要日子。🇲🇾
独立,不只是一段值得铭记的历史,更是一份需要我们共同守护的责任。
对年轻一代而言,我们除了珍惜前人奋斗所留下的成果,也应勇敢承担属于这一代的使命。用行动建设社会,用团结凝聚力量,用责任为沙巴创造更好的未来。
沙巴拥有丰富的资源、人才与发展潜力。我们期待一个更进步、更公平、更有机会的沙巴,让年轻人看见希望,让下一代拥有更多选择,也让每一位沙巴人民共享发展的成果。
无论来自什么背景,我们都有共同的家园,也有共同的未来。
Selamat Hari Merdeka 🇲🇾
Selamat Hari Sabah 💙
愿马来西亚国泰民安,愿沙巴继续向前,人民安居乐业!
Sempena Hari Merdeka dan Hari Sabah yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama meraikan dua hari penting buat rakyat Malaysia dan Sabah. 🇲🇾
Kemerdekaan bukan sekadar satu catatan dalam sejarah. Ia membawa tanggungjawab kepada setiap generasi untuk terus menjaga, memperkukuh dan membina negara kita bersama.
Bagi generasi muda, kita harus menghargai pengorbanan generasi terdahulu sambil memikul tanggungjawab terhadap masa depan kita sendiri. Dengan tindakan, perpaduan dan komitmen, kita harus terus membina Sabah yang lebih maju dan sejahtera.
Sabah mempunyai sumber yang kaya, bakat yang besar serta potensi pembangunan yang luas. Kita mahu melihat Sabah yang lebih maju dan adil, di mana golongan muda mempunyai harapan, generasi akan datang mendapat lebih banyak peluang, dan setiap rakyat Sabah menikmati hasil pembangunan negeri.
Walaupun kita datang daripada latar belakang yang berbeza, kita berkongsi tanah air dan masa depan yang sama.
Selamat Hari Merdeka 🇲🇾
Selamat Hari Sabah 💙
Semoga Malaysia terus aman, makmur dan bersatu. Semoga Sabah terus maju demi kesejahteraan seluruh rakyat!