Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Media Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Visi:

Menjadikan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Kelas Pertama

Misi:

1.

Merancang keperluan Modal Insan Sektor Awam selaras dengan keperluan
dan kehendak Kerajaan Negeri Sabah.

2. Membangun dan mengekalkan bakat-bakat sektor strategik dan kritikal.

3. Meningkatkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya📍Kota Kinabalu, 5 September 2026  - Jab...
05/09/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

📍Kota Kinabalu, 5 September 2026 - Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah menerima kunjungan hormat delegasi Razak School of Government (RSOG) yang diketuai oleh Dr. Wafi Nazrin Dr. Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif RSOG, pada 4 September 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JPANS. Kunjungan ini merupakan kunjungan balas susulan lawatan JPANS ke RSOG pada 30 Julai 2026.

Pertemuan ini memberi tumpuan kepada penerokaan potensi kerjasama strategik antara RSOG dan Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN), khususnya dalam bidang pembangunan kepimpinan, pembangunan kompetensi, perkongsian kepakaran serta pembangunan program dan modul latihan yang memenuhi keperluan semasa Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

JPANS berharap hubungan strategik ini dapat diterjemahkan kepada inisiatif dan program berimpak tinggi dengan outcome yang jelas dan praktikal, sekali gus memperkukuh pembangunan pemimpin dan penjawat awam negeri yang kompeten, berprestasi tinggi serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Turut Hadir, Puan Nekmah binti Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Encik David Augustine, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, Dr. Tetty Ruziaty binti A. Hamid, Pengarah INSAN, Puan Herlina binti Makanah, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat, Puan Fridah binti Ramli, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan serta pegawai dari RSOG dan JPANS.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya📍Kota Kinabalu, 4 September 2026 - Tida...
04/09/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

📍Kota Kinabalu, 4 September 2026 - Tidak semua anak Sabah berpeluang menyerlah melalui laluan akademik, namun setiap anak berhak mendapat peluang untuk membina masa depan. Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) melalui Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) terus memperluas peluang pendidikan melalui Temuduga khususnya kepada golongan B40 dan masyarakat luar bandar.

Temuduga yang bermula pada 18 Ogos 2026 dan berlangsung sehingga pertengahan September 2026 ini melibatkan hampir keseluruhan daerah di Sabah, antaranya Matunggong, Kota Marudu, Tamparuli, Sook, Kuala Penyu, Kiulu, Keningau, Tambunan, Membakut, Paitan, Beluran, Sandakan, Ranau, Kota Belud, Papar, Sipitang, Lahad Datu, Tawau, Telupid dan Kemabong.

Pelaksanaan temuduga ini turut mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan yang lain seperti Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Sandakan dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bagi memastikan peluang tersebut dapat disampaikan kepada golongan sasaran di seluruh Sabah.

Calon yang berjaya akan menerima tajaan penuh BKNS untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang yang mempunyai prospek kerjaya seperti Oil & Gas, Maritim, Automotif, Perhotelan, Kulinari dan Pastri, Rawatan dan Kecantikan serta Skuba.

Inisiatif ini memberi peluang kedua kepada pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi disebabkan kekangan kewangan atau pencapaian akademik yang kurang memberangsangkan.

Usaha ini turut mendukung hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam pembangunan modal insan dengan memberi penekanan kepada pembentukan generasi muda Sabah yang berkemahiran, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri serta pasaran pekerjaan.

Kerajaan Negeri Sabah akan terus membuka lebih banyak laluan untuk anak-anak Sabah membina masa depan. Kerana setiap anak Sabah berhak diberi peluang untuk berjaya dan menyumbang kepada Sabah Maju Jaya.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.📍 Kota Kinabalu, 4 September 2026 – Ja...
04/09/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

📍 Kota Kinabalu, 4 September 2026 – Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) melalui Unit Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Perkhidmatan Awam telah menganjurkan Program Psychological First Aid (PFA) Asas Tahun 2026 pada 2 dan 3 September 2026 bertempat di Hyatt Regency Hotel, Kota Kinabalu, dengan kerjasama Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International).

Program ini merupakan salah satu inisiatif JPANS dalam memperkukuh kompetensi warga perkhidmatan awam, khususnya dalam aspek sokongan psikologi awal dan pengurusan kesejahteraan emosi ketika berhadapan dengan situasi krisis, kecemasan atau bencana.

Program yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh 20 orang Pegawai Sumber Manusia (PSM) dan Ahli Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) daripada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Sabah. Pelaksanaan program ini turut memberi pendedahan kepada peserta berkaitan konsep, prinsip dan kemahiran asas Psychological First Aid (PFA) yang boleh diaplikasikan dalam memberikan sokongan awal kepada individu yang mengalami tekanan atau terkesan akibat sesuatu peristiwa traumatik.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nekmah binti Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) yang mewakili YBhg. Datuk Norlijah Haji Danin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Turut hadir ialah Puan Fridah Hj Ramli, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Herlina Makanah, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat, Puan Geena Shane D. Nelson, Ketua Penolong Pengarah (Prospek) serta Encik Nazri bin Marin, Ketua Penolong Pengarah (Teras).

Sesi ceramah dan latihan telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zaida Nor binti Zainuddin, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, yang juga merupakan wakil PERKAMA International, bersama Puan Sarahazidah Jamil dan Puan Azlaily Jufri, Pegawai Psikologi JPANS.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan peserta dalam memberikan sokongan psikologi awal secara berkesan, beretika dan berasaskan prinsip yang sesuai, khususnya dalam membantu warga perkhidmatan awam yang berhadapan dengan situasi krisis dan tekanan.

Program ini juga mencerminkan komitmen berterusan JPANS dalam memperkukuh jaringan sokongan psikologi serta membudayakan persekitaran perkhidmatan awam yang lebih sejahtera, responsif dan berdaya tahan.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya📍Selangor, 3 September 2026 – Lawatan k...
03/09/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

📍Selangor, 3 September 2026 – Lawatan ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor. Pameran yang mengangkat tema “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan” ini merupakan platform penting dalam mengetengahkan perkembangan semasa sektor pertanian, hortikultur, agromakanan dan agropelancongan negara. Program ini turut memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai pelbagai teknologi pertanian moden serta inovasi terkini yang mampu meningkatkan produktiviti, daya saing dan kelestarian sektor agromakanan.

Sepanjang pameran berlangsung, para pengunjung berpeluang melihat pelbagai pameran berkaitan teknologi dan inovasi pertanian, selain menikmati jualan hasil pertanian segar, persembahan kebudayaan serta pelbagai aktiviti dan program berkaitan agropelancongan. Secara keseluruhannya, pameran ini berperanan sebagai medium perkongsian ilmu, promosi produk tempatan serta pengukuhan jaringan kerjasama dalam usaha memperkasakan industri pertanian dan menjamin keterjaminan makanan negara.

Turut hadir dalam program tersebut ialah YBhg. Datuk Norlijah binti Haji Danin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Puan Aidah Haji Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Puan Maznah binti Mohd Maun, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, Puan Martina Jublee, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, serta pegawai-pegawai daripada JPANS. Kehadiran delegasi JPANS ke MAHA 2026 diharap dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan baharu berkaitan perkembangan, teknologi serta amalan terbaik dalam sektor pertanian dan agromakanan, di samping menyokong aspirasi kerajaan ke arah pembangunan yang mampan dan pengukuhan agenda keterjaminan makanan.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.📍Kota Kinabalu, 2 September 2026 - Jab...
03/09/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

📍Kota Kinabalu, 2 September 2026 - Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah mengadakan Mesyuarat Entrance Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) bersama Jabatan Audit Negeri Sabah bagi menyelaras persediaan dan pelaksanaan pengauditan pengurusan kewangan jabatan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Nekmah binti Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan dihadiri oleh Pengarah Audit Negeri Sabah, Puan Anne @ Janet binti Venantius, bersama pegawai-pegawai Jabatan Audit Negeri Sabah.

Turut hadir Tuan David Augustine, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital; Dr. Tetty Ruziaty binti A. Hamid, Pengarah INSAN; Puan Herlina binti Makanah, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat; Puan Fridah binti Ramli, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pegawai-Pegawai JPANS.

Mesyuarat ini memberi penerangan berkaitan skop dan pelaksanaan pengauditan serta menyelaras keperluan dokumen dan maklumat yang diperlukan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen JPANS dalam memperkukuh akauntabiliti, ketelusan, integriti dan tadbir urus pengurusan kewangan jabatan.

Sesi perbincangan turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak menyelaras keperluan pengauditan serta memperkukuh kefahaman berkaitan aspek pengurusan kewangan yang akan dinilai. Pelaksanaan pengauditan ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap akauntabiliti, ketelusan, kecekapan dan pematuhan terhadap peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

JPANS sentiasa komited untuk memastikan pengurusan kewangan jabatan dilaksanakan secara berintegriti, cekap, telus dan berakauntabiliti, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik serta usaha berterusan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam Negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.📍Kota Kinabalu, 1 September 2026 – Bah...
02/09/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

📍Kota Kinabalu, 1 September 2026 – Bahagian Governan dan Korporat telah mengadakan Perbincangan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (PSJPAN) 2027–2030 sebagai salah satu usaha memperkukuh perancangan strategik jabatan, sekali gus memastikan hala tuju organisasi yang lebih jelas, berdaya saing dan selaras dengan aspirasi pembangunan perkhidmatan awam Negeri Sabah.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada Penetapan Hala Tuju Pelan Strategik serta Semakan Prestasi Pelan Strategik 2024-2026 bagi memastikan perancangan strategik yang dirangka mengambil kira pencapaian, keberkesanan pelaksanaan serta keperluan penambahbaikan bagi tempoh akan datang.

Sesi perbincangan turut menjadi platform kepada warga jabatan untuk berkongsi pandangan, cadangan dan input berdasarkan fungsi serta tanggungjawab bahagian masing-masing. Antara perkara yang diberi perhatian dalam perbincangan tersebut merangkumi visi dan misi jabatan, daftar pemegang taruh, cadangan nilai JPANS, pencapaian teras dan program, serta syor penambahbaikan program.

Pelan Strategik JPANS 2027–2030 diharapkan dapat menjadi dokumen rujukan utama dalam menentukan hala tuju dan keutamaan strategik jabatan, di samping memperkukuh komitmen JPANS dalam menyediakan perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi.

Perbincangan tersebut dihadiri oleh Puan Aidah Haji Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan); Puan Nekmah binti Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan); Puan Martina Jublee, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi; Puan Maznah Maun, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam; Puan Herlina binti Makanah, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat; Puan Fridah binti Ramli, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan; serta Pegawai-Pegawai JPANS.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya📍Kota Kinabalu, 2 September 2026 – Kunj...
02/09/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

📍Kota Kinabalu, 2 September 2026 – Kunjungan Hormat YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS). Kunjungan tersebut diketuai oleh YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, kepada Tan Sri Sukarti Wakiman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), bertempat di Pejabat SPANS, Wisma Muis.

Kunjungan hormat tersebut turut disusuli dengan sesi taklimat berkaitan peranan dan fungsi SPANS, pencapaian semasa serta pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan oleh agensi berkenaan. Sesi turut membincangkan isu-isu berkaitan perjawatan yang boleh ditambah baik melalui kerjasama strategik antara SPANS dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), khususnya dalam usaha memperkukuh pengurusan sumber manusia dan penyampaian perkhidmatan awam Negeri Sabah.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Norlijah binti Haji Danin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Puan Norhaidah binti Matnoor, Setiausaha SPANS, Puan Aidah Haji Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Maznah binti Mohd Maun, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, Puan Martina Jublee, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Puan Samsakiah Jamil, Ketua BiGoNS (Pejabat SKN), serta pegawai-pegawai daripada JPANS. Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan dan kerjasama antara SPANS dan JPANS dalam mempertingkatkan pengurusan perjawatan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam di Negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga group Sabah State Secretary seluruh Sabah .Iklan rasmi CSR Fun Run 2026 sempen...
02/09/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga group Sabah State Secretary seluruh Sabah .
Iklan rasmi CSR Fun Run 2026 sempena MSPA 2026.

Mohon kerjasama semua untuk sama-sama menjayakan program ini dengan:
Mendaftar sebagai peserta.
Share posting rasmi di Facebook, WhatsApp dan media sosial masing-masing.
Mengajak rakan, keluarga dan kenalan untuk turut serta. Program ini terbuka untuk semua.
Kejayaan program ini adalah hasil usaha dan sokongan kita bersama. Semoga dengan sokongan semua warga, sasaran penyertaan dapat dicapai dan program CSR ini berjalan dengan lancar.

Terima kasih atas kerjasama semua. đź’™

📢 Hebahan Psikologi dan Kaunseling Siri 3/2026 Sleep anxiety ialah keadaan apabila kebimbangan mengganggu proses tidur w...
01/09/2026

📢 Hebahan Psikologi dan Kaunseling Siri 3/2026

Sleep anxiety ialah keadaan apabila kebimbangan mengganggu proses tidur walaupun badan sudah letih.

Malam menjadi sukar apabila fikiran tidak berhenti berfikir.

Kenali tanda-tandanya dan latih minda untuk kembali tenang sebelum tidur.

Makluman lanjut, hubungi:
Unit Psikologi dan Kaunseling
Bahagian Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

📞 088-367840
đź“§ [email protected]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya📍Kuala Lumpur, 1 September 2026 – Satu ...
01/09/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

📍Kuala Lumpur, 1 September 2026 – Satu siri Lawatan Penanda Aras Latihan Sumber Manusia telah dilaksanakan oleh delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) melalui Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 27 dan 28 Ogos 2026. Delegasi seramai lapan (8) orang pegawai telah diketuai oleh Puan Nekmah binti Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JPANS, bersama Dr. Tetty Ruziyati binti A. Hamid, Pengarah INSAN, Encik Adeymend Reny bin Japil, Encik Umar bin Mohd Tahir, Encik Mohd Amirul Adlin bin Mualin, Encik Umar bin Jiman, Encik Hazim Syafiq bin Hamidi dan Encik Alvin Peter Lajin daripada INSAN.

Pada 27 Ogos 2026, delegasi telah mengadakan lawatan ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama INTAN. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan mengenai amalan terbaik dalam pengurusan latihan sektor awam yang berteraskan pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI), termasuk sistem pengurusan latihan secara digital, penggunaan teknologi dalam pembelajaran, aplikasi AI dalam pembangunan kompetensi serta pengurusan data latihan. Pendedahan tersebut diharapkan dapat memberi input kepada INSAN dalam usaha memperkukuh sistem pengurusan latihan yang lebih pintar, digital dan berasaskan data. Delegasi telah disambut dan menyertai sesi perkongsian bersama Encik Mohd Khairul Azmi bin Khairuddin, Timbalan Ketua Unit Korporat dan Antarabangsa (TKUKA) serta Puan Fauzanah binti Mohd Sharif, Ketua Penolong Pengarah Sub Pengajian Aplikasi dan Pembelajaran Digital, Seksyen Aplikasi, bersama pegawai-pegawai INTAN.

Pada 28 Ogos 2026 sebelah pagi, delegasi meneruskan lawatan penanda aras ke Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp). Lawatan ini memberi fokus kepada amalan terbaik dalam pengurusan penyedia latihan (training provider), pembangunan dan pelaksanaan program latihan, jaminan kualiti latihan, akreditasi, pemantauan keberkesanan latihan serta pelaksanaan inisiatif pembangunan modal insan. Delegasi turut berpeluang mengadakan sesi perkongsian bersama Puan Nik Surina Suria Nik Abdullah, Chief Corporate Communications Officer; Encik Hafez Kamaruddin, General Manager, Head of Programme Management; Encik Azrul Syafiq Mohd Zikri, Manager, Corporate Communications; Encik Suraindran Visuvanathan, Head of Trainer & Provider Quality Assurance; serta Puan Syazwani Nadia, Head of Ecosystem Support & Coordination. Perkongsian ini memberi pendedahan kepada delegasi mengenai pendekatan HRD Corp dalam memastikan ekosistem penyedia latihan, pembangunan program dan jaminan kualiti latihan dapat diurus secara sistematik dan berkesan.

Pada sebelah petang hari yang sama, delegasi telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ibu Pejabat bagi meneroka peluang kerjasama strategik antara JPANS dan DBP dalam pelaksanaan Program Munsyi Muda sebagai salah satu inisiatif pembangunan kompetensi Bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam Negeri Sabah. Program ini diharapkan dapat melahirkan pegawai yang bukan sahaja mahir menggunakan Bahasa Melayu yang baku dan profesional, malah berupaya menjadi ejen pemerkasaan bahasa kebangsaan di kementerian, jabatan dan agensi masing-masing. Sesi lawatan dan perkongsian bersama DBP turut melibatkan Tuan Haji Mohd Salahuddin bin Dato' Paduka Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar); Puan Norhasmanalinda binti Mustapa, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat; Puan Mariati Josepha binti Mustafa, Ketua Akademi DBP; serta Puan Nurul Aina binti Borhan, Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran.

Secara keseluruhannya, siri lawatan penanda aras ini menjadi platform penting kepada JPANS dan INSAN untuk mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai amalan terbaik daripada institusi yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan latihan, pendigitalan pembelajaran, pembangunan modal insan serta pemerkasaan Bahasa Melayu. Lawatan ini juga membuka ruang kepada perkongsian ilmu, pengalaman dan penerokaan kerjasama strategik yang boleh disesuaikan dengan keperluan pembangunan kompetensi penjawat awam Negeri Sabah.

Dapatan dan perkongsian yang diperoleh daripada INTAN, HRD Corp dan DBP diharapkan dapat menjadi input kepada INSAN dalam memperkukuh perancangan serta pelaksanaan latihan secara lebih sistematik, berkualiti dan berimpak tinggi, selaras dengan usaha berterusan JPANS untuk membangunkan penjawat awam Negeri Sabah yang kompeten, adaptif dan bersedia menghadapi keperluan perkhidmatan awam pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Address

Tingkat 12-14, Menara Kinabalu
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6088368600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah:

Shortcuts

Share