12/06/2026
11 - 12 Jun 2026 | Kursus Penyediaan Aturan Aktiviti Pelancongan Koperasi
Kursus ini telah berjaya di laksanakan bertempat di Cafe KRPV, Koperasi Piisaan Tambunan. Kursus ini telah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pengenalan aturan koperasi, prosedur dan teknik penulisan aturan, perundangan koperasi serta latihan amali penyediaan aturan aktiviti pelancongan. Program turut diserikan dengan lawatan tapak aktiviti pelancongan (Aktiviti Hiking) Koperasi Piisaan Tambunan dan sesi pembentangan kumpulan yang mendapat kerjasama serta komitmen yang amat baik daripada semua peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Raftica dan En. Joha daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atas kesudian berkongsi ilmu perundangan Koperasi dan pandangan sepanjang program ini berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi memperkukuh pengurusan dan pembangunan koperasi pada masa hadapan.
Fasilitator : En. Jaibit Jaudin & Pn. Norawati Ngatmin (Penyelaras)
Setiausaha Kursus : Pn. Nurhanna Muss