Briged Muslimat Kawasan Sepanggar

Briged Muslimat Kawasan Sepanggar Srikandi Mujahidah Sedia Berkhidmat

24/11/2023
26/08/2022

Assalamualaikum wbt

🌄 HIKING MERDEKA BERSAMA BRIGED MUSLIMAT MALAYSIA kembali lagi!

2019 telah menyaksikan kejayaan beliawanis bersama Briged Muslimat Malaysia menawan beberapa puncak di setiap negeri, kali ini Briged Muslimat Malaysia ingin mengajak anda bersama kami lagi untuk turut serta dalam aktiviti sihat ini sempena Hari Kebangsaan yang bakal tiba.

Berikut di dalam poster adalah maklumat puncak pendakian kami berserta tarikh yang akan diadakan di setiap negeri. Sila berhubung dengan Briged Muslimat di negeri anda masing-masing jika berminat untuk turut serta 😊




09/08/2022

KOR SAFIYAH TANGANI ISU KEGANASAN RUMAH TANGGA

Pengarah Briged Muslimat Negeri Fatimah Fatin Dian Mohd Saufique berkata, Kor Safiyah ditugas untuk menangani isu-isu keselamatan wanita dan kanak-kanak dalam masyarakat.

“Dengan adanya pasukan itu lebih mudah kita berkongsi info dengan mangsa yang terlibat keganasan rumah tangga dan mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi mereka,” katanya di sini.

Sementara itu Ketua Muslimat PAS Sabah Norsah Bongsu berkata, pihaknya menjadi jambatan untuk membantu masyarakat terutamanya wanita dan kanak-kanak yang menghadapi masalah keganasan rumahtangga.

Baca seterusnya : https://harakahdaily.net/index.php/2022/08/08/kor-safiyah-tangani-isu-keganasan-rumah-tangga/





03/08/2022

[ ]

Hari Keluarga PAS Sepanggar erat ukhuwah ahli

Oleh : Nur Uraifah Shah

KOTA KINABALU : PAS Sepanggar telah mengadakan Hari Keluarga di Resort Masindung, Kampung Kawang Jalan Papar Lama, Ahad lepas.

Menurut Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah di antara ahli, selain berkenalan dan berinteraksi antara yang muda mahupun berusia.

Berita sepenuhnya di :
https://berita.pas.org.my/hari-keluarga-pas-sepanggar-erat-ukhuwah-ahli/

21/07/2022

[ ]

✨🗞️ AKHBAR PAS SEPANGGAR 🗞️✨

Kelas mengaji percuma untuk mualaf
21 Julai 2022

KOTA KINABALU: PAS Sepanggar telah menganjurkan Kelas Asas Membaca Al Quran 1.0 secara percuma di Kampung Naalap, di sini pada ahad lepas.

Seramai 40 orang peserta majoriti terdiri daripada golongan muallaf telah hadir dalam siri pertama ini.

Menurut penyelaras program, Syamsul Maarif, sambutan sangat menggalakkan daripada penduduk kampung dan di jangka lebih ramai yang akan menyertai siri berikutnya.

“Penduduk kampung sangat mengalu-alukan kelas mengaji ini dan berharap dijalankan secara konsisten di kampung ini.

“Kami membuka peluang kepada masyarakat untuk menyumbang bagi menaik taraf pembangunan surau dan membeli keperluan semasa sesi kelas mengaji,” ujar Syamsul yang juga AJK Pemuda PAS Sepanggar.

✨📰Berita sepenuhnya di :
https://berita.pas.org.my/kelas-mengaji-percuma-untuk-mualaf/

20/07/2022
09/07/2022

Firman Allah Taala:

لَنْ يَّنَالَ اللّٰهَ لُحُوْمُهَا وَلَا دِمَاۤؤُهَا وَلٰكِنْ يَّنَالُهُ التَّقْوٰى مِنْكُمْۗ كَذٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِيْنَ

“Daging (haiwan qurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya adalah ketakwaan kamu. Demikianlah dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas apa yang dia beritakan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepda orang-orang yang berbuat baik.”

(Surah Al-Hajj: 37)

Tujuan melakukan ibadah qurban ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mencari keredhaan-Nya. Sekiranya kita inginkan diri terasa dekat kepada Allah dan mendapat keredhaan-Nya, ia bukanlah tidak akan diperoleh dari daging-daging binatang yang disembelih itu dan tidak p**a dari darahnya yang telah ditumpahkan. Adapun, semuanya itu akan diperoleh apabila qurban itu dilakukan dengan niat yang ikhlas dan dilakukan semata-mata kerana Allah Taala. Ia juga sebagai tanda syukur di atas segala nikmat yang tidak terhingga yang telah dilimpahkan-Nya kepada hamba-Nya.

Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT.

"Selamat Hari Raya Aidiladha, 10 Zulhijjah 1443H"




23/05/2022

اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ فِيْ سَبِيْلِهٖ صَفًّا كَاَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَّرْصُوْصٌ
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.
(As-Saff : 4)

BMM akan terus berkhidmat dalam melaksanakan kerja dakwah dan kebajikan untuk masyarakat. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan mempermudahkan segala tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, baik di peringkat Pusat, Negeri mahupun di Kawasan.

Siiru 'ala barakatillah.




Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Briged Muslimat Kawasan Sepanggar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share