16/05/2026
Baru-baru ni kami ada terangkan buku Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan link laman BKKM untuk dokumen undang-undang ini. Ada kamu baca-baca sudah? Mesti rasa pening mahu baca dokumen dengan tulisan ayat perundangan yang padat kan?
KKM ada juga terbitkan satu panduan keperluan pelabelan di bawah akta dan peraturan tersebut. Panduan ini menggunakan bahasa yang lebih mudah difaham orang awam berserta grafik. Panduan ini boleh dicapai di https://hq.moh.gov.my/fsq/xs/dl.php?filename=Garis Panduan Pelabelan 2023_.pdf
Cuma setakat ini panduan ini hanya ada dalam bahasa Inggeris sahaja.
Produk kita tanggungjawab kita