13/07/2026
Alhamdulillah, ๐ ๐ฒ๐๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ด๐๐ป๐ด ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ฆ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ฟ ๐๐ฎ๐น๐ถ ๐๐ฒ-๐ญ๐ฒ telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat ukhuwah dan iltizam, bertepatan dengan tema,
"๐๐๐ฌ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฌ ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ ๐๐ง"
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Aliakbar Gulasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N16 Karambunai merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah. Ucapan dan amanat yang disampaikan menjadi suntikan semangat kepada seluruh saf kepimpinan dan ahli untuk terus memperkukuhkan kesatuan serta memperkemaskan gerak kerja jemaah dalam menghadapi cabaran mendatang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua perwakilan, pemerhati, tetamu jemputan serta seluruh ahli yang telah meluangkan masa untuk hadir menjayakan mesyuarat ini. Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada para Ketua Markas dan seluruh jentera yang telah bertungkus-lumus menyumbang tenaga, masa dan pengorbanan sehingga membawa kejayaan yang membanggakan di DUN Karambunai dalam PRU-DUN ke-17 yang lalu. Kejayaan itu bukan milik individu, tetapi hasil kesatuan hati, kesungguhan bekerja dan keberkatan usaha yang dilakukan secara berjemaah.
Sesungguhnya, kemenangan bukanlah titik penamat, sebaliknya amanah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Marilah kita terus memelihara kesatuan, memperkukuhkan ukhuwah, memperbanyakkan khidmat kepada masyarakat dan terus istiqamah dalam gerak kerja jemaah. Semoga setiap langkah yang kita atur menjadi ibadah, setiap pengorbanan menjadi saham akhirat, dan setiap usaha yang dilakukan mendapat rahmat serta pertolongan daripada Allah SWT.
Kesatuan Teras Kemenangan. Bersatu kita menguatkan saf, bergerak kita membawa manfaat, dan dengan izin Allah, istiqamah kita akan membawa kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Credit Gambar : Bunga Mas Production