Pertubuhan Dusun Islam Sabah

Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) ditubuhkan sebagai wadah perpaduan & pemudahcara kepada Masyarakat Dusun yang beragama Islam Download Borang Keahlian : http://sdrv.ms/YHf6GA

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kas...
24/08/2026

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kasih-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat dan petunjuk kepada seluruh umat manusia.

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, marilah kita menghayati sirah serta meneladani akhlak Rasulullah SAW dengan memperkukuhkan ukhuwah, menyemai sifat kasih sayang, saling menghormati dan membantu antara satu sama lain.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW bukan sekadar dizahirkan melalui sambutan, tetapi diterjemahkan dalam kehidupan seharian melalui akhlak yang mulia, keikhlasan dalam beramal serta kesungguhan dalam membina keluarga, masyarakat dan ummah yang diberkati.

Saya juga mendoakan agar seluruh keluarga besar Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) serta umat Islam di Sabah khususnya sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan untuk terus membawa kebaikan dan manfaat kepada masyarakat.

๐™„๐™ ๐™๐™ก๐™–๐™จ ๐™™๐™–๐™ง๐™ž๐™ฅ๐™–๐™™๐™–,
๐˜ฟ๐™–๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™ž ๐™๐™–๐™ž๐™จ๐™ž๐™ฃ ๐™—๐™ž๐™ฃ ๐™Ž๐™–๐™ž๐™™๐™ž๐™ฃ
๐™‹๐™ง๐™š๐™จ๐™ž๐™™๐™š๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ช๐™—๐™ช๐™๐™–๐™ฃ ๐˜ฟ๐™ช๐™จ๐™ช๐™ฃ ๐™„๐™จ๐™ก๐™–๐™ข ๐™Ž๐™–๐™—๐™–๐™ (๐™‹๐˜ฟ๐™„๐™Ž)

ALHAMDULILLAHDengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami merakamkan kesyukuran atas penghijrahan๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š...
24/08/2026

ALHAMDULILLAH

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami merakamkan kesyukuran atas penghijrahan

๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐’๐ซ๐ข ๐‘๐ฎ๐๐๐ฒ ๐€๐ฐ๐š๐ก
๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ญ๐ฎ ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐‘๐š๐ฒ๐š & ๐”๐ญ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก
๐€๐ƒ๐”๐ ๐๐Ÿ‘ ๐๐ข๐ญ๐š๐ฌ

yang telah memeluk agama Islam pada 23 Ogos 2026.

Ya Allah,
Kami memohon kepada-Mu, tetapkanlah hatinya dalam iman dan Islam, teguhkanlah langkahnya di jalan-Mu serta kurniakanlah kepadanya ketenangan hati, kesihatan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Limpahkanlah rahmat, kasih sayang dan keberkatan-Mu kepadanya serta seluruh keluarganya. Permudahkanlah setiap urusannya, bimbinglah beliau dalam setiap langkah dan kurniakanlah kefahaman serta kecintaan yang mendalam terhadap agama-Mu.

Semoga penghijrahan ini menjadi permulaan kepada kehidupan yang dipenuhi iman, rahmat, ketenangan dan keberkatan, serta sentiasa berada dalam lindungan dan reda Allah SWT.

Amin Ya Rabbal โ€˜Alamin.

๐™„๐™ ๐™๐™ก๐™–๐™จ ๐™™๐™–๐™ง๐™ž๐™ฅ๐™–๐™™๐™–,
๐˜ฟ๐™–๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™ž ๐™๐™–๐™ž๐™จ๐™ž๐™ฃ ๐™—๐™ž๐™ฃ ๐™Ž๐™–๐™ž๐™™๐™ž๐™ฃ
๐™‹๐™ง๐™š๐™จ๐™ž๐™™๐™š๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ช๐™—๐™ช๐™๐™–๐™ฃ ๐˜ฟ๐™ช๐™จ๐™ช๐™ฃ ๐™„๐™จ๐™ก๐™–๐™ข ๐™Ž๐™–๐™—๐™–๐™ (๐™‹๐˜ฟ๐™„๐™Ž)
& ๐™Ž๐™š๐™ก๐™ช๐™ง๐™ช๐™ ๐˜ผ๐™๐™ก๐™ž ๐™‹๐˜ฟ๐™„๐™Ž

Selamat Hari Jadi mantan Timbalan Presiden
15/08/2026

Selamat Hari Jadi mantan Timbalan Presiden

Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Abidin bin Marjan, K.M.N.,...
15/08/2026

Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Abidin bin Marjan, K.M.N., B.S.K. atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan kebijaksanaan dalam menerajui serta memperkasa kecemerlangan pendidikan di Negeri Sabah.

Semoga terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan amanah demi kemajuan pendidikan serta pembangunan generasi masa hadapan.

Syabas dan tahniah atas pelantikan ini.

Ikhlas daripada,
Datuk Haji Raisin bin Saidin
Presiden PDIS

&

Ahli Majlis Tertinggi
Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS)

Naib Presiden IV Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS), Puan Hajah Rosmilin bersama Ahli Majlis Tertinggi PDIS telah menya...
27/07/2026

Naib Presiden IV Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS), Puan Hajah Rosmilin bersama Ahli Majlis Tertinggi PDIS telah menyampaikan kek penghargaan kepada Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah, Datuk Haji Raisin bin Saidin sempena persaraan beliau sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Sabah pada 27 Julai 2026.

Seluruh warga PDIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, dedikasi dan kepimpinan Datuk Haji Raisin bin Saidin sepanjang menerajui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta komitmen berterusan beliau dalam memimpin PDIS.

Semoga Allah SWT mengurniakan Datuk Haji Raisin bin Saidin kesihatan yang berpanjangan kebahagiaan bersama keluarga serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan. Semoga segala pengalaman, kebijaksanaan dan khidmat bakti beliau terus menjadi inspirasi kepada masyarakat serta generasi akan datang.

Selamat Bersara dan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada Datuk Haji Raisin bin Saidin. Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada dunia pendidikan dan masyarakat.

Ikhlas daripada
Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS)

27/07/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepadaProfesor Madya Dr. Halina Sendera binti Mohd. Yakinatas pelantikan sebagaiPengar...
03/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
Profesor Madya Dr. Halina Sendera binti Mohd. Yakin
atas pelantikan sebagai

Pengarah
Institut Kajian Orang Asal Borneo (BORIIS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
berkuat kuasa 3 Jun 2026.

Semoga pelantikan ini terus memperkukuhkan kecemerlangan akademik, penyelidikan serta pemerkasaan masyarakat orang asal Borneo demi pembangunan ilmu dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Ikhlas daripada,

Presiden, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) & seluruh ahli-ahli
Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS)

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha ...
27/05/2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya masyarakat di negeri Sabah yang kita cintai ini.

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat Aidiladha dengan memperkukuhkan ukhuwah, menyemai sifat kasih sayang, serta memperbanyakkan amalan kebajikan dan pengorbanan demi kesejahteraan ummah.

Semoga Aidiladha tahun ini menjadi medan untuk kita memperteguhkan iman, memperhalusi nilai keikhlasan dalam setiap pengorbanan, dan terus melangkah sebagai insan yang lebih bertakwa serta berjiwa ihsan.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.

๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ,
๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ป
๐—ฃ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐——๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต (๐—ฃ๐——๐—œ๐—ฆ)

Address

Unit 130, Tingkat Satu, Wisma
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Friday 10:00 - 16:00

Telephone

+60198715670

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Dusun Islam Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Dusun Islam Sabah:

Shortcuts

Share