Usahawan Bimbingan Felcra Sabah

Usahawan Bimbingan Felcra Sabah

Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan Mini Ekspo Jualan Produk Usahawan bimbingan FELCRA Berhad Wilayah Sabah pada...
15/08/2022

Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan Mini Ekspo Jualan Produk Usahawan bimbingan FELCRA Berhad Wilayah Sabah pada 26-28 Ogos 2022 bertempat di Basement Floor, Imago Shopping Mall Kota Kinabalu, Sabah. Pelbagai jualan produk usahawan desa & acara menarik serta persembahan buskers tempatan.

Jom Meriahkan Mini Ekspo Jualan Produk Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad Wilayah Sabah pada 26-28 Ogos 2022 bertempat di ...
27/07/2022

Jom Meriahkan Mini Ekspo Jualan Produk Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad Wilayah Sabah pada 26-28 Ogos 2022 bertempat di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu Sabah. Pelbagai jualan produk usahawan dan acara tarikan pengujung disediakan sepanjang mini ekspo ini.
"Produk usahawan Cintarasa Dunia"

Ucapan setinggi-tinggi Syabas dan Tahniah untuk Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad Wilayah Sabah yang merangkul Anugerah K...
27/07/2022

Ucapan setinggi-tinggi Syabas dan Tahniah untuk Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad Wilayah Sabah yang merangkul Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peserta (AKUP), seramai 7 orang usahawan FELCRA Wilayah Sabah yang telah terpilih menerima anugerah pada malam tersebut yang disempurnakan oleh YB Menteri KPLB bertempat di The Royale Hotel Kuala Lumpur pada Isnin 25 Julai 2022.

Anugerah Usahawan Platinum Premier
Penerima :
Esniah Musli - Kek & Bakery

Usahawan Jaya Emas Premier
Penerima :
Sariman Sarioh - Ternakan Kambing
Walidah Musli - Kek & Bakery

Usahawan Jaya Harapan
Penerima :
Nur Syamimi Syafiqah Mohd Arif - Biskut
Mohd Othman Matdris - Ternakan Kelulut
Asrizal Asmara - Butik Pakaian
Siti Khadijah Boli Sobar - Kedai pakaian budak

Syabas dan Tahniah untuk kejayaan anda semua.

Ingin merasai suasana yang tenang dan menikmati hidangan makanan laut yang segar serta pemandangan laut yang luar biasa,...
09/06/2022

Ingin merasai suasana yang tenang dan menikmati hidangan makanan laut yang segar serta pemandangan laut yang luar biasa, bolehlah anda terus datang ke SunSuite Inap.Inn, Jeti Lagenda Kg.Bambangan Sandakan.

Pemilik perniagaan Tuan Haji Awang Ahmat merupakan Peserta Projek FELCRA Berhad Kg.Bambangan Sandakan. Usahawan ini telah berdaftar sebagai usahawan dan telah menerima pelbagai bantuan dan khidmat bimbingan keusahawanan FELCRA Berhad.

Alhamdulillah, perniagaan ini telah mula dikenali dan mendapat tempat pengunjung untuk hadir. Pelbagai perkhidmatan dan aktiviti serta fasitiliti yang disediakan seperti bilik penginapan, dewan terbuka, pusat riadah,BBQ, karaoke, aktiviti memancing dan pelbagai lagi aktiviti menarik pengunjung untuk datang.

Lawatan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Keusahawanan FELCRA Berhad ke Premis Perniagaan "Bik Kina Cafe" bertempat di ...
09/06/2022

Lawatan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Keusahawanan FELCRA Berhad ke Premis Perniagaan "Bik Kina Cafe" bertempat di Pekan Daerah Kunak Sabah pada 15 Mei 2022 yang lalu. Cafe ini menawarkan menu Western Food dan pelbagai lagi menu masakan tempatan. Selain daripada itu perkhidmatan tempahan katering juga turut disediakan.

Puan Shakinah ini merupakan anak peserta FELCRA Berhad Projek Giram Kokos Kunak dan merupakan graduation UMS, selepas sahaja menamatkan pengajian, beliau membantu ibunya untuk berniaga secara kecil-kecilan di Daerah Kunak dan seterusnya berhasrat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Alhamdulillah selepas berdaftar dengan sebagai Usahawan Bimbingan FELCRA, pelbagai bantuan khidmat keusahawanan telah diberikan dan kini usahawan ini telah memiliki sebuah perniagaan yang mendapat tempat di Daerah Kunak. Tahniah diucapkan kepada usahawan muda ini.

Syabas & Tahniah untuk Usahawan Bimbingan FELCRA Sabah yang telah terpilih menyertai Program Jelajah Aspirasi Keluarga M...
08/06/2022

Syabas & Tahniah untuk Usahawan Bimbingan FELCRA Sabah yang telah terpilih menyertai Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 20-22 Mei 2022 yang lalu bertempat di SICC, Kota Kinabalu.

Tahniah untuk usahawan bimbingan FELCRA yang telah berjaya dalam bidang ini dengan mengusahakan Ternakan Madu Kelulut di...
08/06/2022

Tahniah untuk usahawan bimbingan FELCRA yang telah berjaya dalam bidang ini dengan mengusahakan Ternakan Madu Kelulut di Kampung Lambidan, Menumbok. Pada asalnya, usahawan ini telah mendapat khidmat bimbingan FELCRA dengan menyertai Kursus Asas Penternakan Kelulut pada tahun 2015 dan seterusnya mengunakan ilmu tersebut dengan menternak 10 buah log kelulut di tanah milik sendiri. Sehingga kini, usahawan ini telah mempunyai 80 buah log kelulut.

Hasil madu daripada kelulut ini telah memberi pulangan yang amat baik kepada beliau dan mendapat permintaan pasaran tempatan terutama di Wilayah Persekutuan Labuan dan khususnya dalam negeri Sabah sendiri. Sepanjang musim pandemik Covid-19 dan kini, permintaan Madu Kelulut telah mencapai permintaan luar biasa. Semoga Encik Othman Matdris (Memakai Baju T-Shirt Oren) terus success dalam bidang yang diceburi ini.

30/01/2022

Jom datang beramai-ramai ke Mini Ekspo Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad Wilayah Sabah pada 25-27 Februari 2022 Bertempat di Imago Mall Kota Kinabalu, Sabah. Pelbagai aktiviti pengunjung akan di adakan seperti Pameran Produk Usahawan, Cabutan Bertuah, Persembahan Masmona Buskers dan macam-macam lagi. Bah datang kamu!!!

Kursus Pensijilan Halal Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad Wilayah Sabah Tahun 2021 bertempat di Livingstone Hotel, Sandak...
24/11/2021

Kursus Pensijilan Halal Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad Wilayah Sabah Tahun 2021 bertempat di Livingstone Hotel, Sandakan Sabah

Alhamdulillah, Selesai Program Lawatan hari ini ke Premis Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad Wilayah Sabah bertempat di Gi...
02/10/2021

Alhamdulillah, Selesai Program Lawatan hari ini ke Premis Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad Wilayah Sabah bertempat di Giram Kokos Kunak, Semporna & Inderasabah Tawau. Semoga usahawan ini mampu berkembang demi memacu ekonomi luar bandar.

Lawatan Projek Usahawan FELCRA Berhad Wilayah Sabah bagi penerima bantuan Premis Perniagaan usahawan Sandakan & Kinabata...
01/10/2021

Lawatan Projek Usahawan FELCRA Berhad Wilayah Sabah bagi penerima bantuan Premis Perniagaan usahawan Sandakan & Kinabatangan. Semoga usahawan ini terus bertambah maju dan mampu bersaing dengan usahawan luar bandar yang lain.

Lawatan Kerja Pengurus Besar Wilayah Sabah, Tuan Irman Bin Abok, bersama Ketua Unit Hal Ehwal Peserta Wilayah Sabah & te...
09/09/2021

Lawatan Kerja Pengurus Besar Wilayah Sabah, Tuan Irman Bin Abok, bersama Ketua Unit Hal Ehwal Peserta Wilayah Sabah & team HEP ke premis Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad (Usahawan Kek & Bakery) Kedai Dangs Homebake di UUS, Telipok Kota Kinabalu, Sabah.

Address

Pejabat Wilayah Sabah, Wisma FELCRA, Jalan Sulaman Coastal Highway, Lot 33&34, Alamesra
Kota Kinabalu
88450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Usahawan Bimbingan Felcra Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share