Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah

Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah - Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) adalah sebuah badan berkanun negeri yang ditubuhkan pada tahun 1968.

Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) selaku penganjur telah menganjurkan Kejohanan Sukan Badminton MINDET 2026 pada ...
11/08/2026

Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) selaku penganjur telah menganjurkan Kejohanan Sukan Badminton MINDET 2026 pada 8 Ogos 2026 bertempat di Gelanggang Badminton, Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah.

Pertandingan ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Yang Berusaha Puan Dollyn Aloysius, Pengurus Besar LPPS, diikuti dengan ucapan oleh Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.

Kejohanan ini menyaksikan penyertaan MINDET dan semua jabatan dan agensi di bahawa MINDET iaitu Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS), Department Of Industrial Development And Research (DIDR), Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS), Sabah Economic Development Corporation (SEDCO), Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), POIC Sabah Sdn Bhd dan Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan, kerjasama dan muhibah.

Dalam kejohanan tersebut, LPPS mencatatkan kejayaan yang amat membanggakan apabila dinobatkan sebagai Johan Kejohanan Sukan Badminton MINDET 2026, diikuti oleh SEDCO sebagai Naib Johan dan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) di tempat ketiga.

Kejayaan ini mencerminkan semangat berpasukan, komitmen dan kesungguhan para pemain LPPS, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama antara jabatan serta agensi di bawah MINDET. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan di bawah MINDET yang telah memberikan saingan terbaik sepanjang kejohanan.

Majlis Perasmian Kren Baharu Pelabuhan Tawau telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Ogos 2026 di Jeti Utama Pelabuhan T...
03/08/2026

Majlis Perasmian Kren Baharu Pelabuhan Tawau telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Ogos 2026 di Jeti Utama Pelabuhan Tawau dan telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Majlis didahului dengan Taklimat Tertutup kepada YAB Ketua Menteri Sabah berkenaan Pelabuhan Tawau, pemasangan Kren Baharu Pelabuhan Tawau serta manfaat pengoperasian kren baharu dalam meningkatkan kecekapan operasi, kapasiti pengendalian kargo dan penyampaian perkhidmatan pelabuhan.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan; Yang Berhormat Datuk Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan dan Ekonomi Kreatif merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.68 Apas, Yang Berhormat Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Ahli Parlimen P.190 Tawau, Yang Berhormat Pembantu-Pembantu Menteri, Yang Berhormat Datuk Donald Peter Mojuntin, Pengerusi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Abdul Rahman bin Dahlan, Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad dan Sabah Ports Sdn Bhd, Yang Berusaha Puan Dollyn Aloysius, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Yang Berbahagia Datuk Ahmad Rizal Dahli, Pengarah Urusan Kumpulan Suria Capital Holdings Berhad dan Sabah Ports Sdn Bhd, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Suria Capital Holdings Berhad dan Sabah Ports Sdn Bhd, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, serta pihak-pihak berkepentingan dalam industri pelabuhan.

Pemerolehan dua (2) kren baharu di Pelabuhan Tawau merupakan antara inisiatif strategik Kerajaan Negeri, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) selaku pihak berkuasa pelabuhan dan Sabah Ports Sdn. Bhd. (SPSB) selaku pengendali pelabuhan dalam memperkukuh infrastruktur pelabuhan. Pengoperasian kedua-dua kren ini dijangka meningkatkan kecekapan operasi, kapasiti pengendalian kargo dan penyampaian perkhidmatan pelabuhan, sekali gus memperkukuh daya saing Pelabuhan Tawau serta menyokong agenda pembangunan Negeri Sabah selaras dengan aspirasi Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

01/08/2026
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada YB Datuk Zainudin bin Aman atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan...
30/06/2026

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada YB Datuk Zainudin bin Aman atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu berkuat kuasa mulai 29 Jun 2026.

Semoga YB Datuk terus diberi kecemerlangan dalam menerajui perkhidmatan awam Negeri Sabah.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Norlijah binti Haji Danin atas pelantikan sebagai Ketua Pe...
29/06/2026

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Norlijah binti Haji Danin atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah berkuat kuasa pada 29 Jun 2026.

Semoga YBhg. Datuk terus dikurniakan kecemerlangan dalam menerajui perkhidmatan awam Negeri Sabah ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang dan berintegriti.

Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) telah mengadakan ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก ๐‹๐๐๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” pa...
19/06/2026

Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) telah mengadakan ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก ๐‹๐๐๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” pada 18 Jun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC) sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam kalangan warga kerja LPPS.

Antara pengisian program ini adalah sesi ceramah bertajuk โ€œ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐š๐ญ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š๐š๐ง & ๐‘๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐”๐ง๐๐š๐ง๐ -๐”๐ง๐๐š๐ง๐ โ€ yang disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya Puan Maysara binti Mohammad dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sabah dan perkongsian ilmu oleh Tuan KPKPj Awang Samsul Baharam bin Bungso Penasihat Integriti kepada Ketua Menteri Sabah yang bertajuk โ€œ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง & ๐“๐š๐๐›๐ข๐ซ ๐”๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ขโ€.

Kemuncak program adalah pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Lembaga Pengarah dan kakitangan LPPS yang disaksikan oleh YBhg. Datuk TPj. Mohd Fuad Bee bin Haji Basrah, Pengarah SPRM Negeri Sabah.

Selaras dengan slogan program tahun ini iaitu โ€œ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐Š๐ข๐ญ๐š, ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ฎ๐๐š๐ฒ๐šโ€, LPPS akan terus komited mendukung amalan tadbir urus terbaik serta membudayakan nilai integriti sebagai asas kepada penyampaian perkhidmatan yang telus, berakauntabiliti dan beramanah.

Persembahan khas oleh Ritma Samudera yang menampilkan warga kerja Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) sempena Majli...
10/06/2026

Persembahan khas oleh Ritma Samudera yang menampilkan warga kerja Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) sempena Majlis Amanat Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2026 yang bertemakan โ€œ๐˜‰๐˜ฆ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜‹๐˜ช๐˜จ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ: ๐˜‰๐˜ถ๐˜ช๐˜ญ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ˆ๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜-๐˜Œ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜—๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ญ๐˜ช๐˜ค ๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ช๐˜ค๐˜ฆโ€ di Auditorium Utama, Menara Kinabalu pada 21 Mei 2026

KENYATAAN SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER BAGI TAHUN 2026 DI LEMBAGA PELABUHAN-PELABUHAN SA...
27/04/2026

KENYATAAN SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER BAGI TAHUN 2026 DI LEMBAGA PELABUHAN-PELABUHAN SABAH - NO SEBUT HARGA : LPPS/SH/003/2026-ICT (PANGGILAN KEDUA) - 27 APRIL 2026

Address

Sabah Ports Authority, Head Office Building, Jalan Tun Fuad, Tanjung Lipat
Kota Kinabalu
88617

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088538400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah:

Shortcuts

Share