Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah

Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah Sebagai peneraju perancangan bandar dan wilayah untuk pembangunan tanah yang teratur, progresif dan mampan di seluruh negeri Sabah termasuk kawasan perairnnya.

๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ“š ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐„๐Š๐’๐๐„๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐’๐Œ๐Š ๐“๐„๐๐Ž๐Œ ๐Š๐„ ๐‰๐๐๐–JPBW berbesar hati menerima kunjungan Jawatankuasa Per...
26/08/2026

๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ“š ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐„๐Š๐’๐๐„๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐’๐Œ๐Š ๐“๐„๐๐Ž๐Œ ๐Š๐„ ๐‰๐๐๐–

JPBW berbesar hati menerima kunjungan Jawatankuasa Perwakilan Sekolah SMK Tenom sempena Lawatan Ekspedisi Ilmu Kepimpinan. Lawatan ini diketuai Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Tenom, En. Julius Lunggok, Guru2 Pengiring Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan 6 (JPTE) SMK Tenom, Pn. Rita Vianney Tamaning, Cik Nur Adilla Rohaimin, En Frankie Maujus dan Pengerusi JPTE SMK Tenom
Saudari Elvy Emily Suangkil.

Lawatan ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan dan fungsi JPBW serta perkongsian berkaitan Pelan Induk Bandar Pintar Sabah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat, menambah ilmu dan menjadi inspirasi kepada para pelajar.

Terima kasih atas kunjungan ke JPBW! ๐Ÿค

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐’.๐€.๐–. ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐€๐๐ˆ๐”๐‹๐€๐–๐€๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT...
26/08/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐’.๐€.๐–. ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐€๐๐ˆ๐”๐‹๐€๐–๐€๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. tahun ini julung-julung kalinya JPBW menyertai Kontijen Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan (KKTP) bersama beberapa Agensi & PBT dibawa naungan KKTP telah sempurna dilaksanakan dan Alhamdulillah memenangi kategori kontinjen yg paling teramai..

Syabas, Tahniah dan Terima Kasih banyak kepada semua warga JPBW yang telah terlibat, meluangkan masa, memberikan komitmen serta bersama-sama menyertai perarakan ini. Lebih bermakna, penyertaan pada tahun ini merupakan penyertaan yang paling ramai setakat ini. Alhamdulillah, satu pencapaian yang amat membanggakan buat kita semua. ๐Ÿค

Semoga semangat kebersamaan, kerjasama dan ukhuwah yang terjalin ini akan terus kita suburkan dan kekalkan, bukan sahaja pada hari ini, malah untuk tahun-tahun yang mendatang. Insha Allah, semoga kita semua dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan kesempatan untuk berkumpul lagi pada tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya dalam suasana yang penuh kegembiraan dan keberkatan.

Kekalkanlah ikatan ukhuwah ini agar terus erat, kekal abadi, sentiasa diberkati serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ Semoga segala usaha dan kebaikan yang kita lakukan bersama mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.




18/08/2026

Gotong-Royong Pembersihan dan Keceriaan Pejabat (Cawangan Tawau)

๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—›๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ |  ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—›๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—›๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฏ...
17/08/2026

๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—›๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—›
๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—›๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—›

Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman dan Prosedur Pengauditan sebagai salah satu usaha berterusan dalam meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kompetensi warga jabatan berkaitan pelaksanaan audit dalaman.

Kursus ini memberi pendedahan mengenai prosedur, kaedah serta tatacara pengauditan yang betul dan sistematik, di samping memperkukuh pemahaman terhadap aspek pematuhan, kawalan dalaman, tadbir urus dan pengurusan risiko dalam pelaksanaan tugas yang telah disampaikan oleh pihak Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah. (tag fb dorg)

Dan, julung-julung kalinya ditubuhkan Pasukan Audit Dalaman JPBW bagi Sesi 2026/2027 untuk melaksanakan aktiviti pengauditan. Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kecekapan warga jabatan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih teratur, telus dan berintegriti, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah.

โ€œAudit Berkesan, Tadbir Urus Diperkukuh, Perkhidmatan Berkualiti.โ€

17 ๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฐ 2026 | ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฏ๐‘ถ๐‘น๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ผ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘จ๐‘ฐJabatan Perancang Ban...
21/07/2026

17 ๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฐ 2026 | ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฏ๐‘ถ๐‘น๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ผ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘จ๐‘ฐ

Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah (JPBW) telah menerima kunjungan hormat daripada ๐‘ƒ๐˜— & ๐˜—๐‘Ž๐˜ณ๐‘ก๐˜ฏ๐‘’๐˜ณ๐‘  ๐‘†๐˜ฅ๐‘› ๐ต๐˜ฉ๐‘‘ bersama rakan teknologinya, Konstruksi.AI.

Sesi ini merangkumi perkongsian berkaitan penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) dalam menyokong pengurusan aliran kerja kelulusan pelan pembangunan yang lebih cekap, telus, berakauntabiliti dan berorientasikan data.

Turut dibincangkan ialah potensi penggunaan platform digital bagi membantu pemantauan status permohonan, kemajuan proses kelulusan, pengenalpastian isu serta penyediaan laporan secara lebih sistematik dan masa nyata.

JPBW sentiasa mengalu-alukan perkongsian idea dan teknologi baharu yang berpotensi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan serta menyokong agenda transformasi digital perancangan di Negeri Sabah.

Terima kasih kepada delegasi PP & Partners Sdn. Bhd. dan Konstruksi.AI atas kunjungan serta sesi perkongsian yang bermanfaat.

10/07/2026
๐‘ฒ๐‘จ๐‘ฑ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘บ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘ป ๐‘ช๐‘ฐ๐‘ป๐’€ ๐‘ฉ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ฌ๐‘ท๐‘น๐‘ฐ๐‘ต๐‘ปJabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) sedang melaksanakan ๐พ๐‘Ž๐‘—๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘’...
10/07/2026

๐‘ฒ๐‘จ๐‘ฑ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘บ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘ป ๐‘ช๐‘ฐ๐‘ป๐’€ ๐‘ฉ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ฌ๐‘ท๐‘น๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป

Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) sedang melaksanakan ๐พ๐‘Ž๐‘—๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘’๐‘‘๐‘–๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘†๐‘Ž๐‘๐‘Žโ„Ž ๐‘†๐‘š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก ๐ถ๐‘–๐‘ก๐‘ฆ ๐ต๐‘™๐‘ข๐‘’๐‘๐‘Ÿ๐‘–๐‘›๐‘ก bagi menyediakan hala tuju pembangunan bandar pintar yang mampan, berdaya tahan dan berteraskan rakyat untuk Negeri Sabah.

Soal selidik ini bertujuan mendapatkan pandangan masyarakat berhubung isu semasa, tahap kepuasan terhadap kemudahan dan perkhidmatan awam, penggunaan teknologi digital, serta keutamaan pembangunan yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan Negeri Sabah.

๐Ÿ“ฑ Imbas kod QR pada poster atau tekan link: https://forms.gle/csz1RwPqm8bkJ1538

luangkan beberapa minit untuk menjawab soal selidik
Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.

๐‘ฒ๐’๐’•๐’‚ ๐‘ฒ๐’Š๐’๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’๐’– | 3 ๐‘ฑ๐’–๐’๐’‚๐’Š 2026 ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘น๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘บ๐‘น๐‘จ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ด๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚@๐‘ท๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ผ ๐‘ท๐‘ฐ๐‘ต๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฒ๐‘ฌ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ช๐‘จ๐‘ต...
07/07/2026

๐‘ฒ๐’๐’•๐’‚ ๐‘ฒ๐’Š๐’๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’๐’– | 3 ๐‘ฑ๐’–๐’๐’‚๐’Š 2026 ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘น๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘บ๐‘น๐‘จ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ด๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚@๐‘ท๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ผ ๐‘ท๐‘ฐ๐‘ต๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฒ๐‘ฌ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ช๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ซ๐‘จ๐‘น ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘พ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘บ๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ

Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah (JPBW) berbesar hati menerima kunjungan rasmi delegasi daripada PLANMalaysia@Pulau Pinang yang diketuai oleh Tuan Kamarul Azlan bin Mustaffa, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pulau Pinang.

Sesi ramah mesra dan lawatan tersebut telah berlangsung di Dewan Persidangan, Aras 2, Wisma Tun Fuad Stephens dan disambut baik oleh tuan rumah diketuai oleh TPr Augus Tamaning; Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah, turut bersama TPr Carolyn Tay; Timb. Pengarah (Perancangan Pembangunan), Pn. Farida Ansawi; Timb. Pengarah (Kawalan Pembangunan) dan Pegawai-Pegawai yang turut serta adalah Tn. Danny Gaery F. Malinggi, TPr Hjh. Noraffinie Norwen, Tn. Jelwin Jeneral, En. Leon Luiz Lakim dan En. Hor Sin Hong.

Kunjungan ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak menerusi sesi perkongsian pengalaman, pertukaran pandangan serta amalan terbaik berkaitan perancangan bandar dan wilayah, di samping membincangkan pendekatan serta inisiatif pembangunan yang mampu memberi nilai tambah kepada pelaksanaan dasar dan perancangan di peringkat negeri.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan melalui jaringan profesional yang lebih erat, sekali gus menyokong aspirasi pembangunan bandar dan wilayah yang mampan, berdaya tahan dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.

๐Ÿฏ ๐—๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ  | ๐Ÿ“ ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—œ๐—ก๐—” (๐—ฆ๐—”๐—™๐—˜๐—ง๐—ฌ ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—–๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—–๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—จ๐—–๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž)Jabatan Per...
07/07/2026

๐Ÿฏ ๐—๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿ“ ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—œ๐—ก๐—” (๐—ฆ๐—”๐—™๐—˜๐—ง๐—ฌ ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—–๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—–๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—จ๐—–๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž)

Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah (JPBW Sabah) telah menganjurkan Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan di Tapak Bina (Safety Induction Construction Work) bagi memperkukuh pengetahuan serta meningkatkan kesedaran pegawai dan kakitangan jabatan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa menjalankan lawatan, pemantauan serta pemeriksaan di tapak pembinaan.

Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah daripada CIDB dan ABM, iaitu Encik Poulin @ Fringkie Bondion, Encik Syaifful Bakhri bin Ag Besar dan Encik Zukyi Eman. Antara pengisian yang dikongsikan merangkumi aspek pengenalpastian bahaya, penilaian risiko, penggunaan Peralatan Perlindungan Diri (PPE), prosedur keselamatan serta amalan kerja selamat yang perlu dipatuhi sepanjang berada di tapak bina.

Penganjuran kursus ini merupakan sebahagian daripada komitmen JPBW Sabah dalam membudayakan amalan kerja yang selamat, meningkatkan kompetensi warga kerja serta memastikan setiap tugasan di lapangan dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan selaras dengan standard keselamatan industri pembinaan.

๐Š๐Ž๐“๐€ ๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐‹๐” - ๐Ÿ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”  | ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐€๐ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐† ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Jabat...
07/07/2026

๐Š๐Ž๐“๐€ ๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐‹๐” - ๐Ÿ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐€๐ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐† ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah (JPBW) telah menganjurkan Program Pengukuhan Integriti JPBW 2026 sebagai inisiatif berterusan dalam memperkasakan pembudayaan integriti, memperkukuh tadbir urus yang baik serta menyemai nilai amanah, profesionalisme dan akauntabiliti dalam kalangan seluruh warga jabatan.

Program ini telah dihadiri oleh Yang Berbahagia TPr Augus Tamaning, Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah, Yang Dihormati Tuan Awang Samsul Baharam Bin Bungso, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya merangkap Penasihat Integriti Menteri, Jabatan Ketua Menteri, Yang Berusaha TPr Carolyn Tay, Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Pembangunan; Yang Berusaha Puan Farida Ansawi, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Pembangunan; Tuan Danny Gaery F. Malinggi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Korporat; Tuan Jelwin Jeneral, Ketua Sekretariat Majlis Perancang Negeri; Tuan Awang Samad Bin Kamin, Pegawai Tadbir, serta ketua-ketua bahagian, pegawai dan seluruh warga JPBW Negeri Sabah.

Kemuncak program menyaksikan Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin sendiri oleh Yang Berbahagia TPr Augus Tamaning, sebagai lambang komitmen dan iltizam seluruh warga jabatan untuk terus mendukung prinsip integriti, menolak sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa serta pelanggaran etika dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Program ini turut menjadi platform bagi memperkukuhkan kesedaran bahawa integriti merupakan asas kepada kecemerlangan organisasi serta elemen penting dalam penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan berakauntabiliti. Penghayatan terhadap nilai-nilai integriti diyakini mampu memperkukuh kepercayaan masyarakat serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan Negeri Sabah.

Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah komited untuk terus memperkasa budaya kerja berintegriti selaras dengan aspirasi kerajaan dalam membentuk perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi, beretika dan berorientasikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.

"Integriti Membudaya, Amanah Diperkasa, Perkhidmatan Diungguli."

** **

Address

3rd, 4th & 5th Floor, Block B, Wisma Tun Fuad Stephens
Kota Kinabalu
88646

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Telephone

+6088222336

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah:

Shortcuts

Share