ICU JPM Sabah

ICU JPM Sabah Halaman Rasmi Media Sosial Pejabat Pembangunan Negeri Sabah

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI SABAH 2026 DARIPADA ICU JPM SABAH
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI SABAH 2026 DARIPADA ICU JPM SABAH







30/08/2026






Sesi Temu Anwar sempena Ambang Merdeka Sahabat MADANI menghimpunkan ratusan generasi muda dalam suasana penuh semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap negara.

Dalam sesi tersebut, 1️⃣0️⃣ murid turut menerima Sumbangan Sejahtera MADANI – Pendidikan sebagai sokongan kepada keperluan pendidikan, sekali gus menjadi manifestasi keprihatinan dan komitmen Kerajaan dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan komuniti pendidikan setempat terus diperkukuh.





30/08/2026






           24 Ogos 2026 - ICU JPM Sabah menzahirkan keprihatinan Kerajaan MADANI kepada mangsa kebakaran yang memusnahka...
25/08/2026








24 Ogos 2026 - ICU JPM Sabah menzahirkan keprihatinan Kerajaan MADANI kepada mangsa kebakaran yang memusnahkan kediaman 4 keluarga pada kejadian sekitar jam 8 malam Ahad, 23 Ogos.

Bantuan tunai sumbangan Khas YAB Perdana Menteri telah disampaikan oleh YB Ts. Datuk Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) merangkap Ahli Parlimen Sepanggar pada lewat petang tadi di Kampung Inanam Laut, Kota Kinabalu.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026M DARIPADA ICU JPM SABAH
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026M DARIPADA ICU JPM SABAH

22 OGOS 2026 - ICU JPM Sabah telah menyampaikan sumbangan khas YAB Perdana Menteri berupa wang ihsan dan bakul makanan k...
22/08/2026

22 OGOS 2026 - ICU JPM Sabah telah menyampaikan sumbangan khas YAB Perdana Menteri berupa wang ihsan dan bakul makanan kepada waris mangsa kebakaran di Kampung Darau, Menggatal, Kota Kinabalu.

Sumbangan telah disampaikan oleh YB Ts. Datuk Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Menteri (Sabah dan Sarawak) dan YBrs En Mohd Hisyamuddin Ghazali, Ketua Pengarah J-Kom.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 1.40 pagi, 21 Ogos 2026 tersebut telah memusnahkan sepenuhnya sebuah rumah dan mengorbankan 3 orang ahli keluarga, manakala seorang lagi mangsa yang terselamat masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

ICU JPM Sabah mendoakan semoga mangsa diberikan kesembuhan segera serta seluruh ahli keluarga diberi ketabahan atas ujian ini.





📍22 Ogos 2022 - Sabtu📍SK Malubang, Pitas📌Pasukan Penyelaras PMX melalui Seksyen Kesejahteraan Rakyat, ICU JPM Sabah turu...
22/08/2026

📍22 Ogos 2022 - Sabtu
📍SK Malubang, Pitas

📌Pasukan Penyelaras PMX melalui Seksyen Kesejahteraan Rakyat, ICU JPM Sabah turut serta dalam menjayakan Program Mobile Community Service (MCS) dan berfungsi sebagai rujukan utama bagi mengenal pasti, menyemak status, dan mendaftar penduduk luar bandar serta pedalaman yang berdepan isu aksesibiliti.

Selain itu, Perkhidmatan gunting rambut percuma juga disediakan dan memberi manfaat kepada golongan murid dan pelajar serta kepada masyarakat setempat.

Program ini memberi kemudahan dan Perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat yang jauh di pendalaman dan kesukaran berurusan di bandar juga memperkukuh keyakinan rakyat terhadap dasar Kerajaan MADANI.





📍 PROGRAM JIWA – KOMUNITI MADANI📍 Kampung Rancangan Belia, Sook📅 Sabtu, 22 Ogos 2026Program JIWA – Komuniti MADANI anjur...
22/08/2026

📍 PROGRAM JIWA – KOMUNITI MADANI
📍 Kampung Rancangan Belia, Sook
📅 Sabtu, 22 Ogos 2026

Program JIWA – Komuniti MADANI anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Keningau telah diadakan di Kampung Rancangan Belia, Sook dengan menghimpunkan beberapa agensi kerajaan negeri dan persekutuan.Program ini bertujuan untuk menyampaikan taklimat berkaitan perkhidmatan, inisiatif serta bantuan kerajaan, di samping menyediakan kaunter perkhidmatan secara terus kepada masyarakat setempat.

Pejabat Pembangunan Negeri Sabah melalui Seksyen Kesejahteraan Rakyat, ICU JPM turut dijemput bagi menyampaikan taklimat berkaitan perkhidmatan dan inisiatif di bawah kendalian ICU JPM.

Selain itu, Kaunter Semakan eKasih turut dibuka bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat, membuat semakan status serta mendapatkan khidmat nasihat berkaitan Sistem eKasih secara terus.

Penglibatan pelbagai agensi kerajaan dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk mendekati masyarakat, khususnya komuniti di kawasan pedalaman, serta memastikan penyampaian maklumat dan perkhidmatan kerajaan dapat diakses dengan lebih mudah, telus dan berkesan.





📍Program Madani Kita (PMK) 2026 Bersama-sama Komuniti Darau @ Sepanggar22 Ogos 2026.Pasukan Penyelaras PMX melalui Seksy...
22/08/2026

📍Program Madani Kita (PMK) 2026 Bersama-sama Komuniti Darau @ Sepanggar
22 Ogos 2026.

Pasukan Penyelaras PMX melalui Seksyen Kesejahteraan Rakyat (SKR) telah menyantuni jemputan Program Madani Kita (PMK) 2026 bersama-sama Komuniti Darau @ Sepanggar pada 22 Ogos 2026 anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Sabah & W.P. Labuan Kementerian Komunikasi.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat di samping memperkukuh keyakinan rakyat terhadap dasar Kerajaan MADANI. SKR telah membuka perkhidmatan kaunter eKasih semasa program komuniti ini.





Address

Tingkat 3 & 5, Blok C Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah Beg Berkunci 2069
Kota Kinabalu
88999

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share