BMKK Sabah

BMKK Sabah Official page for Media and Corporate Communication Unit of Sabah Information Department. News reporting of official events

01/04/2024

Kota Kinabalu: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meneruskan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Sabah yang telah bermula pada Khamis lalu sehingga 30 Mac ini dengan menyasarkan tiga daerah terjejas kemarau iaitu Papar, Lahad Datu dan Tawau.

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, operasi selama tiga hari itu dilaksanakan selepas pihak NADMA menerima permohonan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah.

Berita penuh: https://japensabah.blogspot.com/2024/03/operasi-pembenihan-awan-opa-nadma-sasar.html

01/04/2024

Kota Kinabalu : Seramai 200 jemaah menyertai Majlis Khatam Al Quran Perdana anjuran Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA).

Majlis tahunan yang bertujuan bagi mengimarahkan bulan Ramadan itu turut dihadiri Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga Penaung PERTIWISA.

Selain ahli PERTIWISA, majlis itu juga disertai oleh beberapa persatuan lain antaranya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS).

Berita penuh: https://japensabah.blogspot.com/2024/03/200-jemaah-sertai-khatam-al-quran.html

Address

Bahagian Media & Komunikasi Korporat, Tingkat 9, Wisma Dang Bandang
Kota Kinabalu
88612

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BMKK Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to BMKK Sabah:

Share