31/03/2026
HANTARAN PALSU | Buletin TV3 hari ini menerima makluman mengenai penularan maklumat berkaitan harga minyak palsu yang menggunakan logo dan identiti visual Buletin TV3.
Sehubungan itu, Buletin TV3 menegaskan bahawa pihak kami tidak pernah menerbitkan atau mengeluarkan sebarang maklumat berkenaan harga minyak seperti yang tular di media sosial.
Justeru, Buletin TV3 akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan dan siasatan lanjut terhadap penyebaran maklumat palsu berkenaan.